Bercermin diri

Saturday, July 26, 2008


Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yg sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh, sesungguhnya aku belum mengenal siapa yg kulihat
Tatkala kutatap wajah.hatiku bertanya, Apakah wajah ini yg kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam

Tatkala kutatap mata,nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yg akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan..
Menatap Allah,menatap Rasulullah,menatap kekasih - kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yg terbeliak,melotot,menganga,terburai menatap neraka jahanam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata,apakah gerangan yg kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulut,
Apakah mulut ini yg kelak akan mendesah penuh kerinduan...mengucap Lailaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukan menjadi mulut menganga dgn lidah menjulur, dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar ?
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam..yg getir penghangus,penghancur setiap usus !
Apakah gerangan yg engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yg engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati yg remuk dgn pisau kata - katamu yg menggiris tajam ?
Berapa banyak kata - kata manis semanis madu yg palsu engkau ucapkan utk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu..



Tatkala kutatap tubuhku
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh bercahaya..
Bersinar, Bersukacita, Bercengkerama di Syurga ?
Atau tubuh yang akan tercabik - cabik hancur,
mendidih di dalam lahar membara jahanam, terpasung tanpa ampun,derita yg tak pernah berakhir..

Wahai tubuh,berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang - orang yg engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba - hamba Allah yang engkau tindas dgn kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan yg engkau acuhkan tanpa peduli padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak - hak yang engkau rampas ?


Ketika kutatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata katamu..
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu..
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun daun yg mudah rontok
Apakah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu..

Betapa beda..
Betapa beda....
Apa yg tampak dan apa yang tersembunyi..
Aku telah tertipu,Aku tertipu oleh topeng
Betapa yg kulihat selama ini hanyalah topeng,hanyalah topeng belaka !
Betapa pujian yg terhambur hanyalah memuji topeng.. !
Sedangkan aku.....
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu, Aku malu Ya Allah......
Allah..................
Selamatkan ku......
Amin ya Rabbal alamin.

- Qolbugrafi Aa Gym, Apa Adanya-

Read more...

DOKTOR Fizikal & Spiritual

Thursday, July 3, 2008


Alhamdulillah..Dengan Rahmat Allah yang terlalu luas, Dengan nikmat dan kasih sayangNya yang tiada batas kepada para hambaNya, Dengan izinNya, saya berkesempatan mempelajari satu sunnah di dalam perubatan yang diamalkan junjungan Nabi kita, kekasih yang mulia, Muhammad saw.

Alhamdulillah ala kulli hal, berkesempatan mengikuti kursus dan praktikal Thibbun nabawi khususnya berkenaan dengan al hijamah ataupun di dalam bahasa kita, Bekam. Subhanallah, hebatnya berbekam kerana ia merupakan salah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah Saw dan para sahabat. Benarlah, pada diri baginda saw itu contoh teladan yang baik, Qudwah hasanah. Rasulullah saw,adalah insan mulia yang membawa ummat dari daerah gelap, zulmat jahiliyah ke daerah nur kebenaran, bahkan Rasulullah saw juga merupakan Doktor ummat ! Doktor jasad dan ruh ummat. MasyaAllah,Tabarokallah..


Terdapat begitu banyak hadis sebenarnya yang menceritakan tentang kebaikan dan keberkatan berbekam. Salah satu hadis riwayat Bukhari, dinyatakan :

” Sebaik – baik perawatan ialah dengan berbekam”

Dan berbekam juga merupakan sebaik – baik syifa’ seperti sabda Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

”Sebaik-baik perubatan ialah dengan berbekam, ia boleh membuang darah kotor, mencerahkan mata, meringankan tubuh..”

Termaktub juga dalam hadith Riwayat Bukhari yang menyatakan kesembuhan itu ada pada berbekam, MasyaAllah..

” 3 perkara yang menyembuhkan iaitu meminum madu, sedutan pembekam dan bakaran (kay) dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan bakaran api ”

Sepanjang mengikuti kursus, Subhanallah, terbukti berbekam dapat menyembuhkan banyak penyakit, melalui pengalaman mereka yang pernah berbekam dan berbekam juga merupakan satu bentuk perubatan yang paling baik sama ada untuk perawatan ( curative) atau pun pencegahan ( preventive) penyakit. Biiznillah, 1001 penyakit dapat diubati dengan berbekam. Diantaranya Penyakit – penyakit kronik yang mana gagal dibuktikan kesembuhannya oleh perubatan moden tapi kesembuhan itu didapati dengan berbekam.


Percayakah kalian, penyakit – penyakit seperti migrain, sembelit, beguk, rhematik ( sendi ) tekanan darah tinggi, lumpuh sebelah badan, athma, buasir, radang ginjal, radang jantung , radang payudara, prolaps uterus (masalah rahim) dan pelbagai penyakit kronik lain yang terlalu banyak untuk disenaraikan mampu sembuh dengan mengamalkan perubatan sunnah, yakni berbekam ?

MasyaAllah Tabarokallah... kadang – kadang saya tertanya - tanya, ada hadith menyatakan setiap penyakit itu ada ubatnya, tapi kenapa perubatan moden hari ini tidak ada jawapan kepada penyakit yang ditanggung oleh sekian banyak orang ? kenapa orang yang menghidap kencing manis atau darah tinggi misalnya, terpaksa menanggung penyakit tersebut hingga ke akhir hayatnya ? kenapa perubatan moden hari ini yang menggunakan bahan kimia, hanya mampu menahan seseorang daripada merasa sakit daripada penyakitnya dalam jangka masa tertentu dan bukannya menyembuhkan ? Sedangkan kalam Rasul pernah menuturkan :

”Setiap penyakit itu ada ubatnya, Jika terpadan penyakit dengan ubatnya, akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah swt ” (Riwayat imam muslim dan Ahmad dari Jabir r.a)


Subhanallah, yaqinlah akan kebenaran Rasulullah saw dan Rasul pastinya tidak pernah berbohong . Siapakah yang lebih benar kata – katanya daripada Rasulullah saw ? Rupa – rupanya Rasul telah menunjukkan kepada kita cara perubatan yang diamalkan sendiri oleh beliau. Panduan dari hadith-hadith ada mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah melakukan bekam ( al hijamah) di bahagian kepala baginda ketika dalam keadaan ihram kerana sakit kepala, Rasulullah saw juga berbekam ketika termakan racun yang diletakkan oleh wanita yahudi ke dalam daging kambing yang dihidangkan pd Rasulullah saw dan para sahabat di khaibar, Rasulullah pernah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’, serta di antara dua bahu baginda (katifain) Rasulullah saw pernah berbekam pada pinggangnya kerana sakit yang ditanggung seperti kata hadith yang diriwayatkan oleh abu dawud. Nabi kita yang mulia juga pernah berbekam di ’malal’ yakni pada bahagian belakang kaki baginda dan baginda saw berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan hijrah sepertimana tersebut dalam sebuah hadith :

” Rasulullah Saw telah berbekam di ’akhdain’ dan ’kahil’ dan baginda berbekam pada 17,19 dan 21 haribulan Hijriah” ( Riwayat Ahmad wa Turmuzi wa ibnu Majah)




Titik Bekam Rasulullah saw.

Sayangnya, perubatan sunnah, berbekam, pada hari ini semakin terlupakan dan dilupakan oleh umat Islam sendiri dan mereka meninggalkan faktor keberkatan di dalam perawatan dan perubatan, malah berbekam sekarang lebih banyak diamalkan di Barat sedangkan pernah diceritakan di dalam sebuah hadith, ketika mana seorang sahabat datang kepada Rasulullah saw dan mengadu bahawa ia sakit kepala,maka Rasulullah saw berkata ” Berbekamlah kamu ”.

Disamping faktor kesihatan pada berbekam, faktor yang paling penting dan utama ialah terdapat ciri ibadah sehinggakan para malaikat Allah sendiri yang menganjurkan kita semua supaya berbekam.Berbekam merupakan perubatan wahyu dan bukannya hasil daripada kajian,eksperimen ataupun hipotesis manusia seperti kebanyakan perubatan moden pada hari ini.

Daripada Ibnu mas’ud sesungguhnya Nabi saw telah bersabda ” Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah taala dan mereka telah berkata ’ WAHAI MUHAMMAD, SURUHLAH UMATMU BERBEKAM ’ (Riwayat Turmuzi wa Baihaqi )


Alat bekam moden

Terdapat empat jenis bekam yakni bekam Basah ( Bekam yang diamalkan oleh Rasul kita saw ) Bekam kering, Bekam Luncur, dan Bekam Tarik. Untuk infomasi pembaca secara ringkasnya, ada juga kondisi pesakit yang tidak boleh dibekam, antaranya, orang tua yang sakit kuat, wanita haid, pada perut wanita hamil, pada tempat yang ada virus, pengidap kencing manis kronik ( luka susah untuk kering ) dan lainnya.

Berdasarkan kepada hadith, kita juga digalakkan berbekam pada hari Isnin dan Selasa serta tidak digalakkan untuk berbekam pada hari Rabu tetapi andainya pesakit meminta pertolongan untuk dibekam kerana sakit yang tidak tertanggung, maka wajiblah kita menolongnya pada bila – bila masa kerana Imam Ahmad bin hanbal juga berbekam tidak mengikut hari dan waktu bahkan beliau mengikut hajat, keperluan dan suasana.Pemilihan waktu dan hari untuk bebekam adalah semata – mata untuk mencari afdhalnya, kata Ibnu Qayyim.Adapun Ibnu Sina menyatakan dalam kitabnya Al Qanun fit tibb,Sebaik – baik waktu untuk berbekam ialah pada pukul 2 atau 3 petang kerana pada waktu itu, saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dibekam.Subhanallah..

`````````````````````````````````````````````````````
Bagi mereka yang Allah uji dengan kesakitan, Bersabarlah...Yaqinlah bahawa Sesungguhnya Allah Taala menciptakan penyakit dan Dia juga lah yang menciptakan ubatnya.. Maka berubatlah..Berbaik sangkalah pada Nya di samping ikhtiar kita sebagai hamba dan pada mereka yang masih belum mengamalkan sunnah berbekam, InsyaAllah, digalakkan berbekam dan mudah – mudahan kita adalah mata – mata rantai yang menghidupkan amalan sunnah Rasulullah saw. Berbekamlah dengan ilmu dan bukannya dengan kejahilan.Berbekamlah kerana ruh sunnah, kerana kecintaan kita kepada Rasulullah saw, kerana keberkahan kekasih Allah.Niatkan untuk mengikuti sunnah baginda saw disamping menjaga syariat Allah semasa pengubatan. Janganlah berubat dengan berbekam dan sebagainya tapi solat dan amalan- amalan wajib ditinggalkan.. Kepada siapakah hakikatnya kita meminta kesembuhan ? InsyaAllah, yaqin sungguh – sungguh dengan Allah, doa, doa, doa dan tawakal... kerana DIA lah As – Syafi, Tuhan Yang Maha Menyembuhkan.



Doa yang diajarkan oleh nabi saw :

” YA ALLAH, WAHAI TUHAN MANUSIA,HILANGKAN PENYAKIT INI. SEMBUHKANLAH KERANA ENGKAULAH AS-SYAFI (PENYEMBUH) TIDAK ADA KESEMBUHAN SELAIN DARI KESEMBUHANMU,KESEMBUHAN YANG TIDAK ADA LAGI PENYAKIT ”

Wallahua'lam.

-al haqirah-

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP