UJIAN

Tuesday, March 24, 2009


Rupanya posting kali ni berkongsi rasa dengan posting Al Bazrah, Al Qasam dan cintamuhammad. Kisah tentang seorang sahabat yang sebetulnya kekanda kami yang dikasihi , Syarifah Fatimah bt Syed Abdul Qadir Al Yahya atau pun mesranya Kak Ikin, yang sekarang sedang menghidap penyakit ‘Steven Johnson’.

Musafir ke Kuala Terengganu dengan cintamuhammad – sebuah musafir yg diselubungi hiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana sebaknya kami saat melihatkan keadaan beliau di Hospital Terengganu. Memang siapa pun tak akan dapat menahan kesedihan bila melihat keadaannya. Beliau terlantar di atas katil dengan mata terpejam dan seluruh kulitnya seperti melecur – gejala penyakit ‘steven johnson’. Mata yang memandang sudah cukup merasa perit, apatah lagi yang menanggungnya. Syafahallah…



Beliau adalah seorang kakak yang baik. Kami selalu kemana- mana bersama. Ke kuliyah pengajian, talaqqi, daurah dan lainnya. Beliau adalah seorang yang komited dengan ilmu dan sering bertanya soalan di dalam kuliyah jika ada yang kurang difahami.Beliaulah kakak yang banyak mengajar saya erti, beliau lah guru motivasi dan nasihat , guru bahasa arab saya dan saya banyak berguru dengan pengalamannya. Saya rindu dengan perkongian ilmu bersama beliau, dan kata – katanya yang selalu bersemangat apabila berbicara tentang ketaatan pada Allah, kecintaan pada sunnah rasulullah solallah alaihi wasallam dan para masyaikh.


Kak Ikin,
Beliau adalah seorang yang suka bergurau dan suka menyakat saya dengan gelaran
‘Tuan Puteri’. Sikapnya yang suka berlawak itu membuatkan beliau disenangi oleh ramai orang. Beliau juga mewarisi darah yang mengasihi ummat dan perhatian kepada ummat. Pernah suatu ketika, ketika terserempak dengan remaja – remaja yang kurang beradab di atas jalan raya, lantas didoanya, Hadaakumullah.

Semasa berziarah beliau di Hospital Terengganu, beliau sedar kehadiran kami. Beliau cuba bercakap dengan kami, nampak susah tapi butir kata – katanya jelas. Saya kagum dengan beliau, di dalam keadaan sakit beliau sempat mengungkap rindu pada majlis- majlis maulid yang tidak sempat dihadiri, rindu dengan burdah (puji – pujian pada Rasulullah) Terdengar di telinga saya nama Sumayyah dan Bilal di bibir beliau. Katanya lagi nak jadi macam Bilal yang sebut Ahad, Ahad, Ahad. Sempat juga beliau berkata “Ashaddu hubban lillah.. kak rasa Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengasih..” dengan mata terpejam. Allahu Allah…

Penyakit ‘ steven johnson’ khabarnya penyakit yang dihidap oleh seorang dalam seribu. 1:1000. Saya pasti beliau adalah seorang yang terpilih untuk diuji dengan penyakit tersebut. InsyaAllah, beliau istimewa di sisi Allah dan Rasul. Semoga beliau cepat sembuh untuk berkhidmat kepada ummat dengan ilmu yg Allah anugerhkan, moga kesabarannya mendapat ganjaran disisi Allah dan kesakitan yang beliau hadapi adalah wasilah untuk Allah mengangkat darjatnya disisi Allah bersama kekasih – kekasih Nya. Ameen.


Hajatkan doa dari kalian untuk sama – sama mendoakan beliau.

Syafahallah Syifaan La Yugoodiru Saqoma. Ameen…

Read more...

DIARI MUHIBBIN

Friday, March 6, 2009


Ya Rasulullah, Ya Habibullah.. , ( solallah alaihi wasallam )

Rabiul awwal datang lagi. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkahan.. Bulan kelahiranmu…Disaat lidah-lidah kami seakan kelu untuk berselawat kerana dosa-dosa yang menggunung. Rabiul awwal datang mengingatkan.Rabiul awwal hadir membawa cahaya..


Ya Sayyidul mursalin… ( solallah alaihi wasallam)

Disana-sini mula bergema dgn bacaan maulid dan burdah , alunan madaih, zikir juga selawat. (Selawat dan salam moga sentiasa tercurah ke atasmu, ke atas ahli keluargamu yang suci, dan para sahabatmu yang mulia.)

Ada jiwa-jiwa yang ditarbiyah saat mendengar kalam simtud duror dan juga dhiyaul lami’, ada hati-hati yang tak kuat menahan rasa rindu padamu saat mendengarkan burdah Imam Busiri dialunkan, Ada mata-mata yang menangis tatkala mendengarkan lantunan maulid diba’ie dibacakan, Mengenangkan kamilah umatmu yang pernah kau seru di akhir hayatmu suatu ketika dahulu… kamilah yang kau sebut-sebut ya Rasulullah, disaat manusia tidak berupaya untuk memikirkan orang lain selain dirinya sendiri di waktu getir itu, tapi kamilah yang sentiasa kau bawa dalam ingatan. kamilah yang pernah kau seru, nama kamilah yang pernah kau gumamkan dengan lisanmu yg mulia “ummati…ummati…ummati…” kamilah umat itu.. !


Ya khaira khalqillah, ( solallah alaihi wasallam)

Kami tidak pernah menatap wajahmu yang indah, malah kata Jabir ibn Samurah r.a, wajahmu lebih indah dari bulan. Kami tidak pernah menatap kulitmu yang putih bersih seolahnya seperti perak, juga rambutmu yang indah tersisir rapi sebagaimana kata Abu Hurairah r.a, malah Bara’ bin Azib mengatakan tidak ada seorang pun yang lebih hensem ketika memakai pakaian berwarna merah melainkan dirimu Ya Badra tamam.

Kami juga tidak pernah melihat engkau tersenyum dan berbicara meskipun terlalu ingin. Walau 1oo1 perkataan yang indah-indah kami lakarkan untuk memujimu , itu belum cukup untuk menggambarkan kesempurnaanmu, belum layak untuk mengungkapkan ketinggian sifatmu. Jika ada yang mengatakan kami berlebih-lebihan memujimu, biarlah.. sesungguhnya tiada istilah berlebihan dalam cinta. Hanya orang-orang yang gersang hatinya yang mendakwa begitu, sedangkan dengan memujimu tidak bermakna kami membelakangkan Allah, zat yang layak disembah. Orang mukmin tidak pernah menyembah Nabi mereka. Hanya Allah lah yang layak disembah.



Ya Sayyiduna, Ya Rasulullah.., (solallah alaihi wasallam)

Tiada suatu perkara pun yang amat menggembirakan kami ketika mendengar sabdamu “ Anta ma’aa Man ahbabta” – kamu bersama-sama dengan orang-orang yang kamu kasihi - Sungguh kami tidak mempunyai satu amalan pun untuk dibanggakan. Solat kami ,puasa kami, sedeqah kami, semuanya jauh dan ketinggalan. Itulah harapan kami, dengan mengandalkan kasih kepada Allah dan kepadamu ya Rasulullah, moga kami digolongkan bersama-samamu nanti. ( Ameen)

Kami ingin menjadi seperti Saidina Anas r.a yang pernah berkata“ Aku amat mengasihi Nabi solallah alaihi wasallam, Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Aku berharap moga-moga aku akan bersama mereka kerana kasihku terhadap mereka, sekalipun aku tidak beramal seperti mana amalan mereka.” Wahai kekasih Allah…, mudah-mudahan kami tergolong di kalangan umatmu yang kau gelar sebagai ‘ikhwani’ ( saudara-saudaraku ) yang membenarkanmu,yang beriman denganmu walau pun tidak pernah melihatmu dan kau juga merindukan pertemuan dengan kami Ya nabiyarrahmah.., Sungguh, tidak ada pencintamu yang bertepuk dengan sebelah tangan. Ya Wajihan ‘indallah , Isyfa’lana indallah.. Wahai yang mulia disisi Allah, Syafaatkanlah kami disisi Allah..

Wahai saudaraku fillah,

Sayogianya majlis maulid tidak hanya dihadkan hanya pada bulan rabiulawwal, seperti mana kata Syeikh Al muhaddith Abdurrahaman Ad diba’ie di dalam karangannya, Seandainya perlu kita mengadakan majlis maulid setiap hari, maka itulah selayaknya dan sepatutunya. Justeru mengapa ada yg kurang senang dengan majlis-majlis maulid yang mana didalamnya ada lisan-lisan yang sedang berselawat dan melantunkan kalam suci. Apakah membidaahkan kepada orang yang sedang berselawat dan menyebut kalam Allah ? Allahu Allah…



Wahai saudaraku fillah,

Marilah kita semua bersatu padu di bawah lembayung para muhibbin. Yang mana mengasihi Nabi melebihi kasihnya kepada diri sendiri. Moga-moga kita semua termasuk di dalam golongan umatnya yang mendapat syafaat baginda Nabi solallah alaihi wasallam. Ya wajiihan ‘indallah, isyfa’lana ‘indallah. Ameen.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wa sallim fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wasi'ahu 'ilmullah..


-Astaghfirullah min qaulin bila ‘amalin.
-Al-haqeerah.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP