Taman - Taman Syurga Di Dunia.

Wednesday, October 22, 2008

MAJLIS PENGAJIAN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI AL MAKKI

Tarikh: 24 Syawwal 1429/ 24 Oktober 2008 (Jum’at)

Masa: Pagi

Tempat: Dewan Serbaguna INTIM, Perak

Masa: Selepas Maghrib - hadits Qudsi;

Masa :Selepas Isya

Kitab :Rasail Hammah wa Mabahits Qayyimah susunan Syaikh Muhammad Nuruddin.

Tempat: Masjid Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor



Tarikh: 25 Syawwal 1429/ 25 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Masjid al-Falah USJ9, Subang Jaya, Selangor

Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat; Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Masjid Proton, Shah AlamKitab: Martabat Ilmu dan Ulama`.



Tarikh: 26 Syawwal 1429/ 26 Oktober 2008 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Masjid al-Falah USJ9, Subang Jaya, Selangor

Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat; Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Surau an-Nur Seremban, Negeri Sembilan.


Dijemput hadir beramai - ramai.

Read more...

Imtihan... !

Tuesday, October 21, 2008



Diantara dua kekalutan,

Moga Allahku tidak meninggalkan,

Hamba pohon diberi kekuatan,

Disaat jiwa bergetar penuh kekacauan,

Kerna KAU lah satu- satunya harapan,

Duhai Tuhan,

Bantulah,Bantulah, Bantulah hamba... agar tidak tersesat dari jalan,

Dan mudah ku temu jawapan..

Pada tiap soalan imtihan... :)





Hajatkan doa teman-teman sekalian.
Doakan saya ye... :)

Read more...

Tanwir al Qulub

Saturday, October 18, 2008


Doa Saidina Ali r.a


اللهم صل على محمد وآله مصابيح الحكمة, وموالي النعمة, ومعادن العصمة, واعصمني بهم من كل سوء, ولا تأخذني على غرة ولا على غفلة, ولا تجعل عواقب أمري حسرة وندامة, وارض عني, فإن مغفرتك لظالمين وأنا من الظالمين, اللهم اغفر لي مالا يضرك, واعطني ما لا ينفعك, فإنك الواسعة رحمتة, البديعة حكمتة, فأعطني السعة والدعة والأمن والصحة والشكر والمعافة والتقوى, وأفرغ الصبر والصدق علي وعلى أوليآءك, وأعطني اليسر ولا تجعل معه العسر, واعمم بذلك أهلي وولدي وإخواني فيك, ومن ولدني من المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات.


Ya Allah... Cucurilah Rahmat ke atas nabi Muhammad dan keluarganya yg merupakan lampu lampu hikmah, penjaga nikmat dan galian yg terpelihara.Peliharalah daku dengan keberkatan mereka , dari setiap kejahatan.Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika ku berada dlm kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku dengan kerugian dan penyesalan.Redhailah daku kerana sesungguhnya keampunanMu adalah utk orang-orang yang zalim dan daku termasuk dari kalangan orang-orang yg melakukan kezaliman...



Ya Allah.. Ampunilah daku (dimana keampunanMu itu) tidaklah memudharatkanMu, dan kurniakanlah kepadaku dgn sesuatu yg tidak memanfaatkanMu krn sesungguhnya Engkau mempunyai Rahmat yang luas dan hikmah yg luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaku kelapangan,keamanan,kesihatan,kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan.Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-waliMu.Kurniakanlah kepadaku kemudahan (utk mentaatiMu) dan jgnlah Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan.Ratakanlah kurniaan yg sedemikian ke atas keluargaku,anak-anakku dan saudara – saudaraku dari kalangan kaum Muslimin dan Muslimat, mukminin dan Mukminat.. Ameen.


أم البراكة

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP