Toyyibah : Sesedap namamu !

Tuesday, June 2, 2009

Cerita ini tentang Dia. Dia yang telah lama saya nantikan kehadirannya. Mungkin kemunculannya hanya biasa – biasa saja pada sesetengah orang , tapi tidak bagi saya. Dia istimewa. Saya tertanya –tanya, bagaimana agaknya rupa dan penampilannya.



Cuma apa yang saya pasti , dia semestinya manis.



Saya tak dapat berbohong bahawa saya memang sukakan ‘spesis – spesis ’ dia. Sehingga hari ini saya masih belajar menahan diri untuk berpada – pada dari menyukai mereka. Saya cuma suka, tidaklah sampai jatuh cinta.



Dalam sabar saya menanti.



Dia muncul juga akhirnya dan saya mengucapkan syukur kepada Allah ! Pada saya, kemunculan dia adalah anugerah buat umat Islam.


Dialah toyyibah !


Toyyibah bukanlah seseorang... Dia adalah sejenis ice – cream yang lazat. ;)

Toyyibah - sesedap namamu...



Saya teruja kerana toyyibah dihasilkan dan dikilangkan di syarikat milik muslim 100 % ( HPA industries) Bertambah teruja bilamana saya mengetahui pekerja – pekerja di kilang HPA akan memastikan mereka dalam keadaan wudhu dan solat sunat dhuha terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing - masing. Pekerja -pekerja di situ juga diprogramkan dengan halaqah ilmu dan tadarus al –quran. Hebat tak orang – orang yang buat ice – cream kegemaran saya ni ?

Staff - staff HPA dalam halaqah ilmu. Bersatu menuju kebangkitan.



Pengeluar & Pengguna.

Setelah sekian lama, kita hanya mampu menjadi pengguna dan bukannya pengeluar. Apabila kita hanya mampu ‘mengekalkan’ status sebagai pengguna, maka disitulah kita akan diperguna. Buktinya, cubalah kalian lihat kepada sesetengah logo makanan halal dipasaran yang sebenarnya tidak halal !



Wahai umat Islam, sedarkah kita sebenarnya sedang dipermainkan ?



Pemakanan dan bahan – bahan asas yang kita gunakan sehari – hari terlalu mudah dikaitkan dengan percampuran unsur babi ( seperti dilaporkan di akhbar ) bermula dari ayam, mee, bihun, sosej , biskut, roti, sabun, ubat gigi dan sebagainya ( terlalu banyak untuk disenaraikan )



Mereka mentertawakan maruah kita dengan mengganggap umat Islam tidak mampu berdiri dengan sendiri . Mereka menafikan kebolehan umat Islam dengan menanam doktrin ‘ Umat Islam tidak mampu untuk mencipta walaupun sebatang jarum. ‘



Lebih parah andai sumber makanan umat Islam dikuasai oleh ‘musuh – musuh’ mereka sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika musuh – musuh ini berusaha ‘meracuni ’ pemakanan umat Islam dengan mencampur adukkannya dengan benda –benda yang haram. Inilah bahananya apabila kita masih berada di zon selesa menjadi pengguna.



Saya masih ingat ketika kelas ‘ Etika dan Fiqh dalam kehidupan seharian’ minggu lepas,Ustaz Latif ada mengatakan – Kita tak punya teknologi canggih dan moden seperti mereka, mungkin yang tinggal pada kita hanyalah doa, dan musuh-musuh Islam sedar bahawa kekuatan dan senjata umat Islam adalah pada doa mereka. Jadi, untuk memastikan doa umat Islam tidak dimakbulkan ( nauzubillah.. ) Maka, mereka memulakan strategi mengganggu gugat apa yang dimakan oleh umat Islam.


Sungguh sayang andai kita berhempas pulas mengkader generasi pejuang Islam, merekrut pelapis jundullah, tapi kita lupa untuk menghalusi apa yang menjadi makanan mereka. Bukankah hati yang baik itu ditempa oleh makanan yang baik pula ?



Apa & kenapa HPA ?


HPA – merupakan Hadiah Pemberian Allah buat umat Islam. Sungguh, ia adalah bukti bahawa kita adalah umat yang terbaik sekaligus menyangkal dakwaan puak kuffar. HPA membuktikan, kita mampu membina jaringan usahawan Muslim dan melahirkan produk – produk kita sendiri yang mana terjamin kesucian dan kehalalannya InsyaAllah.Kita punya asset sendiri seperti kilang, ladang, bahan mentah, hotel, restauran, panel syariah, pekerja muslim yang komited dan terlalu besar dari semuanya, Kita punya Allah.


Mungkin ramai yang masih belum tahu, HPA kini telah melangkah jauh ke hadapan dengan 1001 produk halal, bermula dengan ubat – ubatan herba sehinggalah kepada barang yang kita gunakan sehari – hari dan HPA kini sedang berusaha gigih untuk mewujudkan shopping complex sendiri, InsyaAllah, yang mana kita harapkan kekayaan umat Islam akan menjana dan menguntungkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Sudah sekian lama rasanya, kita sibuk memperkayakan musuh ( Yahudi ) dengan kebergantungan kepada produk – produk mereka. Sudah – sudahlah... Bagi yang belum mengenali HPA, jom kita lihat galeri di bawah. Tak kenal maka tak cinta kan..


GALERI HPA.

Radix fried Chicken (RFC) di Alor Star. Tak jauh dah ni dari rumah ku.. :) Cuba tengok betul -betul gambar ni, ramai kan orang ?

RFC akan dibuka di seluruh Malaysia..

Bagi yang tak pernah masuk, ni la rupe dalamnye.

Di antara menu...

Sedapnyee..ni yang tak sabar nak balik alor staq ni.. :)

Restaurant organic recipe ( ROR ) Sape nak makan Nasi ayam organik di sini lah..
(Ayam yang di bela sendiri oleh HPA)

Ini pulak HPA collection. Macam - macam ada...

Homestay pun ada ? Masya Allah.

Disebabkan rakyat Malaysia ni suka makan, ni satu lagi restaurant Radix oriental Cuisine ( ROC ) yang berkonsepkan makanan cina. Belum sampai lagi disini.. ada orang nak bawa ? :)

HPA Ilham holidays menyediakan pakej umrah dan pelancongan.

Sape malas basuh baju ? Boleh hantar di Toharah Dobi HPA

Ni pula Jawi herb shop yang menyediakan khidmat perawatan.klinik HPA..

Hotel Salahuddin al ayubi yang bakal gah berdiri di bumi Kelantan


Bergerak sebagai satu umat. Muslim boleh !

HPA juga telah menubuhkan koperasi sendiri. Subhanallah..

kosmetik pun ada tau..

Kopi radix..dengan temanya... mai secawan !

Diantara produk - produk HPA di pasaran


Majulah usahawan Muslim!

Pengarah urusan HPA, Tn Hj Ismail bersama isteri

Pengarah urusan ( tengah)- RFC bakal diperluaskan di Bumi Makkah.. InsyaAllah

Tuan Haji ketika menerima Anugerah Perdana Menteri

Gambar di sekitar pelancaran MLM syariah - HPA

Para ibu di sekitar majlis

Gelombang kebangkitan.

Diantara program untuk ahli.. Islah nafsak wad'u ghairak

Mujahidahku... Syurgaku ( ibu - 2 dari kiri) yg membantu menjadi tenaga penggerak dalam sebuah program HPA




Masih terngiang – ngiang di telinga saya, sebuah nasyid yang sarat sebuah pengertian ketika saya menghadiri program bijak cemerlang ( PBC ) bersama HPA tidak lama dulu. Sebuah mesej bahawa umat Islam adalah umat yang terpilih. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Nak bernasyid dengan lagu tema HPA ?

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh ?

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau

Taat perintah Rasulullah

Bersama berusaha

Bersatu tuju wawasan

Dunia & Akhirat

Wawasan Dunia & Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu

Wawasan agama

Bekalan masa depan & Akhirat

Kuat usaha jujur & Amanah

Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Aqidah ibadah harus sempurna

Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan

Ulama warisan anbiya’.



Jika kalian masih belum menjadi ahli HPA. Apa tunggu lagi ? perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Menyokong dan menyebar luaskan produk halal juga adalah tanggungjawab dan perjuangan yang perlu kita galas. Andai kita merasa cukup dengan apa yang ada, (dengan bergantung kepada produk milik non muslim yang terlalu banyak dan berlambak di pasaran ) Ingatlah kepada generasi di belakang kita. Janganlah dipandang remeh perjuangan ini, kerana pembentukan generasi soleh yang kita harapkan berada di soff hadapan mendaulatkan panji - panji tauhid tidak dapat dinafikan sememangnya bermula dari tarbiyah dan tidak dilupa , aspek pemakanan yang membentuk darah daging mereka.Tentunya kita lebih yakin dengan kesucian produk kita ( produk Muslim ) yang lebih soheh dari mana sumbernya,cara pengilangannya,bahan mentah dan sebagainya.



Ini adalah permulaan kepada kebangkitan dan kitalah mata - mata rantai yang akan bergerak meneruskan kesinambungan orang - orang terlebih dahulu dari kita. Takbir ! Allahuakbar :)



Bagi yang ingin melihat senarai produk, diantaranya di sini
(http://hpa.com.my/produk-hpa/)



Majulah HPA dalam redha Allah.


‘ Support Muslim products ’.

Al haqeerah

Mahallah Asiah

Read more...

Ada apa dengan influenza A ( H1N1) ?

Thursday, May 21, 2009


Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang Influenza A (selesema ba-alif-ba-ya) yang melanda dunia. Saya mengetik internet, mencari – cari definisi yang pasti tentang wabak ini dan saya menemuinya..

It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses...

Hmm.. saya bukanlah ingin berbicara tentang bagaimana,dimana ataupun bila virus ini tersebar. Tidak juga berminat untuk mengambil tahu tentang binatang yang dikategorikan sebagai najis mughallazah ini..Pun bukan ingin menyentuh tentang vaksin dan langkah-langkah keselamatan menghadapi virus selesema tragis ini. bukan..bukan.. Malaysia masih di tahap terkawal, InsyaAllah.

Tapi mengundang fikir , mungkinkah virus yang tersebar ini ada kena mengenanya dengan perang biologi.

Perang Biologi ?

Perang biologi - peperangan yang menggunakan orgasma hidup sebagai senjata dalam peperangan seperti kuman, bakteria dan makhluk perosak lain. Perang biologi juga sebenarnya merupakan cara halus bagi melemahkan musuh.. ya.. dengan cara penyebaran penyakit !

Amerika Syarikat sendiri telah lama mempergiatkan kajian senjata biologi mereka sekitar tahun 1941. (Mungkin kalian belum lahir ke dunia ?) Mereka menggunakan penyakit seperti antraks, tularemia,bruselosis dan toksin botulisme. Lebih tragis apabila senjata biologi ini diisi dalam kelongsong bom dan ‘berperanan’ menyebar luaskan penyakit ke sesuatu kawasan musuh.

‘Mencipta’ penyakit dan kemudian menyebarkan pada musuh dengan tujuan membunuh, melumpuh atau pun menyukarkan musuh . Bunyinya aneh dan kejam kan ? Believe it.. ianya benar-benar berlaku.

Tidak mustahil untuk musuh – musuh Allah ‘mencipta-cipta ’ isu untuk melalaikan dan ‘melenakan’ umat Islam kerana Allah sendiri terlebih dahulu mengkhabarkan pada kita - bahawa orang – orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali senang dan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah agama mereka.

Mereka mencanang isu-isu yg dapat mengaburi dan ‘melupakan’ umat Islam tentang isu yang tidak sepatutnya mereka lupa. Di waktu orang sibuk bercakap tentang selesema sana, selesema sini, kita mungkin sampai terlupa nak bertanya – tanya tentang ‘ Apa cerita saudara- saudara kita di Gaza ?? ’

Ya Rabb.. kurniakan kami hati - hati yg sentiasa cakna.

Al Haqeerah
Sayyidul ayyam.
IIUM – Final semester, InsyaAllah.
Mahallah Asiah

Read more...

Pemilik Cintaku : Setelah Allah & Rasul

Tuesday, May 19, 2009

Di saat tiada naungan selain naungan Nya...

Tajuk yang kontroversi kah ? (ehem.. ehem) Sebenarnya tajuk posting kali ni saya pinjam dari sebuah buku “Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul” karya Fatimah Syarha. Saya memang menyenangi karya – karya Fatimah syarha seperti mana saya menyenangi diri peribadi penulisnya. Bukanlah kerana Kak Syarha pernah menjadi naqibah saya, tapi method penulisannya saya kira berkesan dan bisa menjernihkan hati , InsyaAllah. Dia diantara orang yang banyak menyuntik jiwa dan mempengaruhi saya dengan kalam ‘Cinta Allah’ - ‘Cinta Allah tak pernah mengecewakan’. Itu yg paling saya ingat.Terima Kasih Kak Ha.. Di saat dunia yang semakin parah dengan budaya ikhtilat yg menyusup melalui virus – virus hedonism, Siapa yang masih peduli untuk ‘mempertahankan’ Cinta pada Allah dan Rasul (solallah alaihi wasallam) ?


Hebatnya penghargaan Allah kepada kaum Adam, ‘para – para’ suami – yang mana Allah menjadikan ketaatan mutlak sang isteri adalah pada mereka, selepas Dia dan RasulNya ! ( Tapi perlu diingat privillege comes with responsibility. Higher post means higher responsibility la kan.. ?)

Sungguh, cinta itu adalah kepatuhan. Cinta itu ada undang – undangnya, ada prinsipnya. Cinta itu setulusnya lahir dari kesempurnaan tanggungjawab ( Er..betul ke mutazawwijin ? )

C.I.N.T.A - bukannya sekadar untuk bersuka-suki dan berasyik - asyik. Bukanlah cinta jika sampai lahir anak tak tahu bapa, Bukanlah cinta jika sampai mengenepikan orang tua, cinta itu bukanlah mempertaruhkan syariat hingga tak kisah dosa pahala. Itu semua bukan lah cinta ! Tapi bala - yang mengundang murka

Tak nak !

Lihatlah pada mereka yang melanggar undang – undang cinta Allah. Kononnya waktu bercinta dunia ini bagaikan mereka yang punya. Apa – apa yang haram semuanya menjadi halal kerana suka sama suka. Teman, cinta itu bukannya ‘Tuhan’. Apakah dikira Allah tidak melihat saat mereka berpapasan dan berpelukan. Apakah dikira Allah tidak cemburu saat mereka berpegangan tangan di atas muka bumi Milik Nya (selagi syariat tidak menghalalkan)? Adakah dikira Allah tidak melihat tangan yang Dia ciptakan digunakan sebegitu angkuh untuk melawan hukum dan ketentuan Nya. Jika perkara haram sanggup diredah atas nama cinta, itu sebenarnya menempah tiket ke neraka. Bagaimana diharapkan barakah dan rahmat Allah akan mengiringi perjalanan sebuah rumah tangga, andai hukum Nya kita pandang sebelah mata . (Kata nak bercinta sampai syurga ?)

Semaklah di dalam firman cinta Nya di dalam surah Az – Zukhruf – Dimana teman – teman karib pada hari itu ( kiamat) sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.

Kata sebuah kumpulan nasyid :

Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada siapa ?
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa ?
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bungakan layu
Cintakan manusia - akan pergi..

Orang – orang yang cuba lari dari undang – undang cinta Nya, pasti suatu saat nantinya dia akan pulang juga mengharap dan mendamba cinta Allah dan juga cinta Rasul Nya, kerna tiada yang lebih menyelamatkan, tiada cinta yang lebih meyakinkan – melainkan semuanya akan kembali pada hadrah Cinta Nya.

Cinta sesama manusia, mudahan-mudahan hanya lah menjadi alat dan bukannya matlamat. Alat untuk sama-sama memperteguh taqwa, alat untuk sama-sama mengecap nikmat syurga, alat untuk sama-sama menggapai Redha Nya kerana destinasi cinta kita pastinya bukan sekadar bersenang-senang di dunia. ( Kata orang, praktikal tak semudah teori. mohonlah pada Nya.. )

Sesungguhnya hanya Cinta Allah dan Rasul Nya saja yang dapat memberi kesejukan - saat cinta dunia dan cinta pada manusia meronta kehangatan ! :) Allahumma inna nas’ aluka hubbak.



Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul...? :)

Al Haqeerah

IIUM ( Mahallah Asiah)

Read more...

Bermimpikah ?

Thursday, May 14, 2009


Bermimpikah aku di siang hari

Akukah insan yg terlalu bermimpi

Pada sela - sela waktu

Yg tidak pernah kutahu



Bermimpikah aku di siang hari

Pada setitis bayang yg jatuh ke bumi

Ilusi yg realiti ?

Ataukah realiti itu yang cuba berfantasi

Ah, aku tidak tahu



Akukah itu yg bermimpi di alam siang

Mimpi yg payah kuterjemah

Pada siapa kan kuadukan

Oh, dimanakah Ibnu Sirin...



Tapi Akukah yg bermimpi dikesiangan ?

Teganya aku begitu

Merenda mimpi sampai ke awan putih

Sedang aku di kaki bumi

Di bawah lumpur hitam zulmat

Alangkah !



Akukah yg bermimpi di alam siang

Berpijakkah di bumi nyata

atau sekadar berfatamorgana

Sedarkah dunia ini hakikatnya fana

Ya Rabb

Pemilik segala mimpi- mimpiku

Ku pohon berlindung

dari mimpi seorang pendosa

Atau mimpi yg hakikatnya menjadi noda dan dosa



Nota kaki :


Setitis bayang yg jatuh ke bumi = makhluq


Makhluq ?


Ijazah , Master,PhD = makhluq


Kerja = makhluq


Tunang,Suami, bakal isteri = makhluq


Dan yg sewaktu dengannya = makhluq


Ibnu Sirin = Pengarang kitab Tafsir mimpi.


Al haqeerah

Read more...

Menjemput H.I.D.A.Y.A.H

Friday, May 8, 2009

Wahai diri,

Bukalah mata dan hatimu, lihatlah pada mereka yang hidup tanpa pedoman dan kau akan merasa betapa bernilainya anugerah sebuah hidayah..

Betapa sukarnya perjalanan jika tidak dipandu hidayah Nya, Btapa payah melangkah , jika tanpa tuntunan dari Nya. Sungguh peritnya sebuah kehidupan, jika hati tidak diterpa nur hidayah. Justeru seharusnya kau bersyukur wahai diri, jika kau masih bisa membezakan diantara yang hak dan batil. Itu tandanya Allah mengasihi mu.

Tanpa hidayah dan taufiq Nya – hatimu bisa linglung dalam menentukan arah tuju. Lihatlah pada mereka yang seenaknya hidup di atas muka bumi milik Nya dengan sesedap rasa dan berlazat – lazat dengan keinginan mereka. Mereka bertuhankan nafsu sendiri, berbuat apa saja sekehendaknya, bebas - menurut kepala sendiri. Mereka lupa, bukankah syariat itu adalah neraca dalam menggapai redha Nya ?

Jemputlah hidayah itu. Ketuklah pintu – pintu yang bisa membawamu dalam rengkuhan hidayah Nya. Di dalam Bidayatul hidayah, (permulaan jalan hidayah) – karya Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a, terkandung rahsia dan adab – adab seorang makhluq dalam muamalat sehari – hari bersama Khaliqnya. Sungguh, didalam kitab itu terkandung adab – adab melaksanakan ketaatan dan cara – cara meninggalkan maksiat pula. Janganlah kau sombong (ingin ditulis bodoh sombong) untuk mengikuti jalan yang telah dibentang oleh para ulama’ wahai diri. Sesungguhnya mereka itu pewaris para nabi. Bukankah begitu ?

Berdoalah padaNya seperti doa yg diajar oleh kekasih – solallah alaihi wasallam – mohon padaNya, janganlah dibolak – balikkan hatimu setelah diberikan dan disinari hatimu dengan taufeeq dan HidayahNya.



Tidakkah kau gentar wahai diri tatkala kau membaca kalam agung Nya.


“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka , pendengaran mereka telah tertutup , dan mereka akan mendapat azab yang berat.”


Hati – hatilah kau menjaga menjaga hatimu. Kata para guru, hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah.. Masih ingatkah kau pada kata – kata Habib Ali Zainal abidin al – hamid di masjid Baitul Aman. Sesungguhnya HATI itu – hatimu itu - jika tidak disibukkan dengan perkara yg bermanfaat maka dia akan bersibuk – sibuk dengan perkara – perkara yang tidak bermanfaat. Oh hati..


Semaklah firman cinta Nya dan kau akan menjumpainya di dalam surah Al ahzab “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..”


There’s no way for an evil and angel to get along together ( you know ? ). Kebaikan dan kejahatan tak pernah berjalan seiring. Laksana titisan air dan minyak – tak mungkin pernah akan berbaur dan sebati.


Moga diriku dan dirimu termasuk di kalangan hambaNya yg terpilih – yg sentiasa terpandu di atas jalan hidayah Nya dalam meniti realiti ujian dunia yg dahsyat.


Hamba tak punya (Yg mengharap Hidayah dan Maghfirah ),
Al haqeerah

Read more...

Madras Nur

Monday, May 4, 2009


Al-Habib Umar ben hafidz tidak dapat hadir ke Malaysia dan Brunei kerana ada hal yg menyebabkan beliau harus pulang ke Tarim, Yemen - Sungguh, berita yg menyedihkan bagi para muhibbin yang ternanti – nanti untuk menadah hati dan bertatap wajah langsung dengan ahlul bayt rasulullah solallah alaihi wasallam. Sudah hampir setahun lebih rasanya bumi Malaysia tidak menerima kunjungan habib. Janganlah habib merajuk dengan orang Malaysia .. InsyaAllah mudah – mudahan ada kesempatan dan rezeki untuk bertemu beliau di lain kesempatan..

Ada apa dengan Madras nur ?

2 hari lepas saya ke Madras nur ( terletak di lembah pantai petaling Jaya) – Tempat pengajian yang diilhamkan dan diberi nama oleh Habib umar sendiri ( ditubuhkan lebih kurang 2 tahun lepas ). Yang menariknya, silibus pengajian disini juga ditetapkan oleh al Habib. Sistem pengajian disini juga katanya ala – ala pengajian di Yemen – Para muallim akan berganti – ganti mensyarahkan Hadith , Tafsir Quran, Tasawwuf dan masalah Fiqh. Majlis akan diakhiri dengan bacaan Yasin dan doa penutup majlis. Akhir sekali para pelajar akan bersolat fardhu zuhur secara berjemaah dan biasanya dengan tambahan bacaan qunut. ( Dengarnya seperti yg diamalkan di Darul mustofa, Yemen )

Pada hari ahad minggu pertama pula, Majlis akan diteruskan dengan bacaan qasidah dan burdah dikalangan muslimat yg mana dipimpin oleh para Habibah. Mudah - mudahan menjadi majlis yang penuh dengan rahmat dan keberkahan. Ameen..

Ada lagi yang istimewa tentang madras nur. Istimewanya, habib umar ben hafidz telah berkenaan mendoakan para penuntut ilmu yg belajar disini. Syair yg terkandung doa dibawah dikarang sendiri oleh Habib umar dalam perjalanan beliau ke Madras nur.


يا مدرس النور يا ما ابركك مجلس حضور

تحضر بك أرواح أرباب الصفا والخيور

ورَّاث طه النبي المختار بدر البدور

ومن حضرفيك حاز المعرفة والسرور

ياربنا اشرح لمن يحضر جميع الصدور

واصلح لهم شأنهم كله وكل الأمور

وهب لهم عافية في الباطنه والظهور

واسقيم يا إلهي من شراب طهور

شراب خير الورى المختار بدر البدور

وعترته والصحابة الليوث الصدور

أهل التقى والنقا وأهل الكسب الأجور

ونفعهم عم أهل البروأهل البحور


بصدقهم مع إلهي العزيز الغفور

بجاههم مدرس الأنوار يزداد نور

يعم نفعه لأحياناو من في القبور

ينال حاضره غفران الإله الغفور

ويدرك الود من طه الحبيب الشكور

عليه صلى إلهي في المساء والبكور

والآل والصحب ما هبت نسيم السحور

وما شرح ربنا بالنور منا الصدور

والحمدلله دايم في الخفا والظهور




Madras Nur - Mudah - mudahan menjadi tempat perhimpunan para muhibbin dalam mengikuti jejak para salafus soleh dalam budaya ilmu mereka. Moga di bukakan futuh ke dalam para hati muridin. Amen..

-al haqeerah-

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP