BURUNG,CICAK DAN P.A.L.E.S.T.I.N.A.

Thursday, May 22, 2008


Poster yang ditampal di bangunan mahalah, memanggil saya untuk membacanya. Ia berbunyi
“ Remembering Nakba ( 15 May 1948 ) Ethnic cleansing of Palestine ! dan dibawahnya tertera
“Save Palestin ! The Second Salahuddin Al Ayyubi is in you ! ”

Ada apa dengan bumi Palestina ?
Saya membelek sebuah buku kecil tentang Palestine yang dikarang oleh Dr.Mohsen Mohammad Saleh, seorang Professor yang major di dalam Palestinian Studies, tertera..
Palestine has a special place in the heart of every Muslim. It is, according to the Quran, a sacred and blessed land. It contains Al – Aqsa mosque, the first Qibla or direction of Muslim Prayer, and the third most sacred mosque in Islam. It is also the land of Al Israa – Night journey. To its sacred realm, the prophet Muhammad saw was taken on a miraculous night journey.It is the land of the prophets. Many of the prophets mentioned in the noble Quran were born, raised and buried in its soil.may the peace of Allah be upon them all. From an Islamic perspective, it is the land of the gathering and Resurrection and the centre of the abode of peace. Anyone who inhabits this land is considered a mujahid – fighter in the way of Allah. ”

Dan lagi dinyatakan satu fakta tentang bumi Palestina..

“ The land of Palestine is also holy among the Jews and Christians. The Jews regard it as their promised land, the focal point of their history and the resting place of their prophets. The centres of their holy sites are in Jerusalem and Hebron. The Christians consider it the cradle of their religion, as Jesus (as) was born there and conducted his mission in it. The great centres of their religion are in Jerusalem, Bethlehem and Nazareth"

FATWA YUSUF AL QARADAWI

Ingatkah kita ulama besar Dr.Yusuf Al Qaradawi pernah mengeluarkan fatwa berkenaan dengan Memboikot barangan Amerika dan Israel. Beliau membuat fatwa supaya umat Islam tidak membantu Amerika dan Israel sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebarang pembelian yang dikira menguntungkan pihak Yahudi atau kafir dan keuntungan tersebut mereka gunakan untuk memusnahkan orang Islam yang lain, maka ia adalah haram. Fatwa beliau juga adalah berdasarkan kepada Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' para ulama'.


BOIKOT
```````````````````````````````````````````````````````````````

Ketika saya menjalani praktikal beberapa bulan yang lepas, prinsip yang baru nak dipegang teruji.. :) Kebetulan tempat saya praktikal tu, memang suka sangat makan fast food, Kadang – kadang pizza dot , kadang – kadang KFdot. Teringat, saya ada bersembang – sembang dengan seorang kakak fresh graduate yang baru bekerja di tempat tersebut, Dalam sembang – sembang ada juga saya sentuh isu boikot, saja nak tengok reaksi dia. Jawapannya membuatkan saya seperti nak tergelak, saya hanya senyum. Katanya spontan “ Kita bukannya nak tolong Israel, Yahudi...kita nak tolong perut kita...” Mungkin jawapan seperti itu agak sinis bagi sesetengah orang. Tapi itulah realiti cara fikir masyarakat kita hari ini. Saya langsung tidak menyalahkannya, kerana kita memang ’dididik’ sedemikian rupa, media massa kita contohnya, lebih ghairah dengan isu – isu gossip daripada mendedahkan masalah – masalah ummat dan kalau ada pun, just on the surface.meng ’ada’kan daripada tak ada langsung.

Masih saya ingat , hari terakhir saya berpraktikal di tempat tersebut, mereka merancang mengadakan jamuan untuk saya, diminta pula saya memberikan sedikit ucapan akhir, tak terkecuali hadiah dari mereka.Terasa segan bagaikan nak sembunyi di bawah meja.Bagi saya, itu terlalu gharib bagi seorang pelajar praktikal. Bagaikan bos yang akan meletakkan jawatan... :) Tapi bukan itu persoalannya, persoalannya adalah makanan yang dihidang semasa jamuan , ya.. pastinya fast food ”sehingga menjilat jari ” dan ada makanan yang dibeli khas untuk saya. Ternyata, saya yang masih terumbang ambing, yang masih tidak tetap hati dalam memegang prinsip boikot, rupanya diberi perhatian oleh mereka, walaupun saya sebenarnya tidak meminta dan memaksa mereka membeli kan makanan yang katanya khas untuk saya itu. Mereka yang sebenarnya membantu saya untuk memboikot.

Saya bukanlah orang yang terlalu anti dengan segala macam fastfood yang wujud di Malaysia dan bohonglah jika saya tidak pernah menyentuh fastfood langsung. Tapi bila difikir semula, sudah terlalu kukuh bukti yang menunjukkan sesetengah premis – premis fastfood yang memang ada kaitannya dalam mengkayakan Yahudi, yang menjadi sumber menstabilkan ekonomi Yahudi dan wang itu mereka salurkan ke mana, siapa tahu ? mungkin kita pernah terdengar di dalam kuliyah mahupun seminar – seminar, yang mana barangkali wang itu mereka gunakan untuk membeli peluru – peluru yang tujuannya adalah untuk membaham saudara – saudara kita sendiri di Palestine. Siapa tahu ? Jika kita masih ingin ’husnu zon’ dengan Yahudi, itu terpulang kepada kita sendiri.. Tepuk dada tanyalah iman....

Seringkali seminar – seminar tentang Palestin diakhiri dengan esak tangis, insaf dan sedih. Sejurus keluar dari dewan Seminar.. ”Jom lunch di Kfdot..MCdot.” Apa peranan kita sebenarnya? Saya bertanya diri sendiri juga. Adakah seminar – seminar tentang Palestin hanyalah seperti sebuah teater sedih yang menuntut orang supaya menangis saja. Pastinya tidak akan ada mudarat langsung kepada kita jika kita tidak memilih untuk makan di Kfdot, Mcdot....Bahkan sistem tubuh kita sendiri yang akan mudarat jika terlalu kerap mengambil fastfood.ya..mudaratnya, mungkin ke atas nafsu yang sudah terbiasa dengan makanan – makanan tersebut ...



Wahai insan lumpuh yg menggentarkan musuh ! ( Bapa Intifada Palestin )

Paling parah, andai ada dikalangan ’pejuang – pejuang agama’ yang berapi- api bercakap tentang Islam, perjuangan Islam, nasib umat Islam, Islam...Islam...! tapi gugur syahid dengan godaan ayam goreng rangup, ”Sehingga menjilat jari ”. Mungkin sesetengah orang berpendapat, kita masih boleh membantu mereka dengan doa... ya...benar, doa adalah senjata kita tapi dengan doa saja tidak memadai jika tanpa usaha yang menyusul. Kenapa diwaktu lapar kita tidak berdoa saja agar makanan terhidang didepan mata, sunnatullahnya kita yang perlu mendapatkannya.Itu usaha.Tambahan pula, kita tidak pasti apakah doa kita benar-benar dari nurani yang tulus ikhlas.Kadang – kadang jika ingat pada mereka, kita doa, terkadang lupa.. apakan daya...
Kerana kita sebenarnya tidak merasa kepayahan mereka, derita mereka,susah mereka. Kita tidak merasa hakikat apa yang mereka rasa...

Jika difikir, kita masih punya alternatif lain sebagai pengguna. Paling tidak ayam yang digoreng sendiri, terjamin kebersihan dan kesuciannya dan yang terbaru adalah kehadiran RFC iaitu RADIX FRIED CHICKEN yang akan mula beroperasi di Sungai Petani, Kedah pada 1jun 2008 ini. Saya bangga dengan RFC, salah satu produk Muslim 100 % keluaran HPA industries. Ya...pastinya sokongan dan wang yang kita laburkan untuk makan disitu walaupun satu sen akan memberi 1001 kekuatan kepada ekonomi umat Islam itu sendiri. Kalau bukan kita yang membantu dan bersama-sama dalam perjuangan ni, siapa lagi....? Takkan nak harapkan Muthusamy dan Ah Chong kot ?

Sila lihat gambar RFC disini
http://www.hpa.com.my/mal.php

Marilah kita menjadi seperti burung yang membantu untuk memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim. Berusaha memadamkan api dengan kudrat yang ada, walaupun mungkin burung itu sendiri tahu, apalah dayanya... apalah sangat ‘seciput’ air diharapkan dapat memadamkan api yang marak membakar. Mustahil. Tapi burung itu yaqin, bukannya natijah yang Allah lihat, tapi usahanya! Daya upayanya untuk membantu seorang Nabi..

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak yang meniup-niup api yang membakar Nabi Ibrahim, yang mana tiupan si cicak itu sebenarnya bukanlah memberi faedah dan apa apa kesan pun untuk memarakkan lagi api tersebut tetapi oleh kerana si cicak itu telah menunjukkan usahanya membantu untuk menentang Sang Nabi.
Cubalah lihat didalam hadith Bukhari dan hadith Muslim, dimana kita disunatkan membunuh cicak malahan berpahala pula!, Ia oleh kerana penentangan Si cicak tersebut terhadap seorang utusan Allah...

Dan emel yang saya terima bertajuk ‘A Horrible Fact About KFdot’, memang horrible! . Ia berbunyi..
KFdot has been a part of our American traditions for many years. Many people, day in and day out, eat at KFdot religiously. Do they really know what they are eating? During a recent study of KFdot done at the University of New Hampshire, they found some very upsetting facts. First of all, has anybody noticed that just recently, the company has changed their name?
Kentucky Fried Dot has become KFdot. Does anybody know why? We thought the real reason was because of the 'FRIED' food issue.

IT'S NOT ! !

The reason why they call it KFdot is because they can not use the word chicken anymore. Why? KFdot does not use real chickens. They actually use genetically manipulated organisms. These so called 'chickens' are kept alive by tubes inserted into their bodies to pump blood and nutrients throughout their structure. They have no beaks, no feathers, and no feet. Their bone structure is dramatically shrunk to get more meat out of them. This is great for KFdot.

Because they do not have to pay so much for their production costs. There is no more plucking of the feathers or the removal of the beaks and feet. The government has told them to change all of their menus so they do not say chicken anywhere. If you look closely you will notice this. Listen to their commercials, I guarantee you will not see or hear the word chicken. I find this matter to be very disturbing.
I hope people will start to realize this and let other people know. Please forward this message to as many people as you can. Together we make KFdot start using real chicken again.



Ayam jadian / the so called 'chicken' ?


Deidre Williams
Mis Tech, Boston/Hingham
Boston (617) 626-1295
Hingham (781) 740-1600 ext.112

Memang mengerikan. Saya tidak memaksa para pembaca untuk menerima bulat- bulat isi emel tersebut tapi andaikan pembaca inginkan kepastian, maka bolehlah menghubungi no. dan ext seperti di atas. Jika tak ada angin, masakan pohon bergoyang. Walaupun seruan penulis emel tersebut adalah ‘Together we make KFdot start using real chicken again’ :) Tapi mudah – mudahan kita semua bisa memperoleh manfaat dari sisi – sisi yang baik, InsyaAllah.

Semoga Allah menjaga pemakanan kita, dan apa yang masuk ke dalam perut kita kerana Rasul kita, Muhammad saw pernah bersabda : Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram. ( HR Imam Ahmad )

Manakala hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani pula, Sabda Baginda saw : Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya.

Nauzubillahi min zalik..

Disini saya tidak mengkhususkan mana mana fastfood sebagai haram, tapi hanyalah perkongsian hadis dari junjungan mulia, seruan untuk menjaga pemakanan kita.

Allahu Allah.. Semoga Allah membantu kita untuk membantu saudara – sudara kita yang teraniaya dan dizalimi di bumi Palestin. Masjid Al Aqsa bukanlah masjid yang perlu dipertahankan hanya oleh orang Palestin sahaja... tapi kita... tanggungjawab semua Muslim yang mengucapkan syahadah. Mereka di bumi Palestin mempertahankan masjid al aqsa dengan segala kemampuan dan kudrat yang mereka ada.. bertarung nyawa, ruh, berbentengkan jasad dan bermandi darah. Sedang kita, tidak terasa mahu untuk berkorban walaupun hanyalah dengan kepingan – kepingan kertas berupa fulus. Kita menutup mata dan mentulikan telinga dengan seruan dan panggilan masjidil aqsa hanya kerana ingin bersenang – senang dengan hawa nafsu...



Masjid Al Aqsa di hati setiap umat Islam

Cubalah kita bayangkan andai kita berada di tempat mereka, satu tempoh penderitaan yang terlalu panjang dan menyeksakan. Hampir 60 tahun warga Palestin dinafikan hak mereka untuk berada dan mendiami bumi sendiri apabila Zionis mendirikan Negara haram Israel pada 15 Mei 1948 ! Alangkah! Hak yang dinafikan selama 60 tahun !

Kisah penderitaan panjang itu pula telah berjaya dikaburkan malah dihitam gelapkan puak Yahudi dan zionis dengan menghidangkan budaya hedonisme yang ’best – best’, relek – relek... kita enjoy dulu.. sehingga ke satu tahap hati kita menjadi imune dengan apa yang berlaku kepada saudara seaqidah dengan kita di sana, jemu, tak best, muak nak ambil tahu... sedangkan darah mereka yang tumpah itu juga adalah darah kita, bayi – bayi comel yang terbunuh tanpa dosa itu juga adalah zuriat kita...dan mereka ada hak untuk mengadili kita didepan Allah Robbul Jalil kelak ! mereka ada bahagian untuk mengadukan di hadapan Allah betapa kita adalah saudara-saudara mereka yang langsung tak guna, kita berdengkur di atas tilam yang empuk di waktu mereka menjadikan batu – batu kecil sebagai senjata ! pandai menulis dan bercakap tapi habuk pun tak ada !



My Palestinian boy , May Allah bless u..

Bukalah hati, dengarlah Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang tidak peduli akan permasalahan kaum muslimin maka dia tidak termasuk di kalangan mereka. ( HR. Al Baihaqi, Hakim dan Abu Naim)

Mari kita lihat apa yang Yahudi dah buat pada waktu yang mana mungkin kita masih belum lahir ke dunia.Betapa sistematiknya mereka dalam menyusun gerakan.Terancang dalam kebatilan.Cuba kita fikir, dalam sepanjang tempoh 60tahun, pastinya tentera Yahudi yang memusnahkan Palestin 30 ataupun 40tahun yang lalu bukanlah tentera yang sama, tapi bagaimana mereka boleh ’bersatu hati’ dalam meneruskan misi mereka ? bagaikan ada continuation of action dari satu generasi ke generasi Yahudi ?

1967-1968 : Israel menggali terowong sejauh 70 meter di selatan Masjid Al Aqsa di belakang menara masjid.

1969 – 1970 : Israel menggali terowong sejauh 80 meter dari pagar masjid Al Aqsa

1970-1973 : Israel menggali terowong di bawah Mahkamah Syariah dan di bawah lima pintu Masjid Al Aqsa, Al Musalsal,Al Muthahirah, Al Qatthanin, Al Hadid dan Alauddin Al basyri di samping terowong yang ada di bawah empat masjid dan menara Masjid Qaithabi dan Suuq Al Qatthanin. Penggalian terowong dan aktiviti meluaskan pengaruh Yahudi ini menyebabkan sebahagian daripada bangunan Mahkamah Syariah berubah menjadi gereja.

1973-1975 : Berlaku penggalian di bahagian belakang gerbang selatan sepanjang 80 meter juga penggalian bahagian bawah Masjid Al Aqsa

1975 : Mereka berusaha menghilangkan kubur sahabat Nabi dan mendirikan beberapa tempat pelancongan di atasnya.Satu projek telah dilaksanakan sehingga berhampiran pagar Al barraq ( Al Mabkaa) dan diteruskan penggalian di bawah bangunan Mahkamah Syariah dan perpustakaan Al khalidiah dan tepi Abu Madin al Ghauts dan semuanya telah roboh bersama 35 rumah warga lainnya.

Awal tahun 80an: Israel mencanangkan kempen ”pencarian harta karun kerajaan Israel” mereka kembali menggali terowong di bawah masjid.Ini merupakan pengalian yang sangat berbahaya yang pernah dilakukan trhadap Masjid al Aqsa.Pada masa itu sempat berlaku pergaduhan antara tentera Israel dengan jemaah Solat.Walaupun berlaku bantahan berdarah, aktiviti penggalian di bawah Masjid Al Aqsa terus dijalankan.

1981 : Pembukaan terowong yang ditemukan oleh kolonel Inklizi Charles warn.Tidak lama kemudian terowong ini ditutup kembali.terowong itu bermula di bhgian bawah pintu Al Muthahharah antara pintu Al Silsilah dan Al Qathanin hingga ke pintu Magharibah di bwh Masjid Al Aqsa.Israel mendakwa bahawa tembok yg terdapat di terowong adalah milik Haikal Sulaiman yg mereka sebut dgn terowong Hasyumunaim.

1999 : Tepatnya 24 Sept. Sebahagian terowong Hasyumunaim dibuka setelah hari raya pengampunan Yahudi.Panjangnya 250 meter. Pembukaanyya menimbulkan pergaduhan paling sengit antara tentera Israel dan rakyat Palestin.Kerajaan Israel menutupnya kembali

Hingga kini : Israel telah menggali terowong di bawah Masjid Al Aqsa sepanjang 400 meter dari kampung bahagian Barat Arab memanjang hingga di batu asas tembok Al Barraq di bahagian utara kampung Islami.Nampaknya mereka akan meneruskan aktiviti tersebut sehingga Masjid Al Aqsa runtuh !

-Dipetik dari sumber-

Ini baru cerita menggali terowong, tidak termasuk kezaliman mereka mengebom sesuka hati, menganiaya kanak – kanak, orang tua yang lemah dan ibu – ibu.. !



Saya menulis untuk memperingatkan hati sendiri yang selalu lalai, Saya juga bukanlah insan yang kuat melainkan kita meminta kekuatan tersebut dari yang mutlak punya kekuatan. Saya haqirah. Cuma berharap agar dapat berusaha mencetus upaya. Mungkin juga kerana taraf hidup keluarga kami yang sederhana dan ”ketidakcukupan” wang semasa saya adik-beradik kecil-kecil dulu menjadi satu faktor ayah tidak terlalu memanjakan dan membiasakan kami dengan makan-makan di KFdot, MCdot, Pizzadot.. seperti kebanyakan anak- anak zaman sekarang. Alhamdulillah , Ketidakcukupan yang ada hikmahnya.. :)

Saya juga minta diingatkan, andai ada pembaca blog yang ternampak saya di KFdot atau di MCdot, tolong ingatkan saya tentang kisah burung dan cicak ya.. kerana mungkin pada waktu itu saya terlupa. ;)

Wallahu’alam.



Buat Pemuda Pemudi agama,
Khususnya Rijaluddin yang kian sirna,
Bangkitlah membela !
Muliakanlah jiwa latifmu dengan nur agama
Semoga hati kita sentiasa cakna !

- Al Haqirah-
-Ummul barakah
-Mahallah Asiah,Gombak.

Read more...

Jom ke Taman dari Taman-taman Syurga ...

Tuesday, May 13, 2008




عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر



Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki -

Bulan Mei 2008 di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya


Tarikh : 11 Jumadil Awwal 1429H / 17 Mei 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.

Masa: Selepas Maghrib

Kitab Pengajian: Qawaid Fiqhiyyah (Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah)



*********



Tarikh : 12 Jumadil Awwal 1429H / 18 Mei 2008 (Ahad)

Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari

Kitab Pengajian: Kitab Hadits Riwayat 10 Shahabat – Jilid 2 dan Nashihat Agama dan Wasiat Iman.


Muslimin dan Muslimat di jemput hadhir.

Ehsan dari blog Al Fansuri.blogspot

Read more...

SEKEPING NOTA BUAT HATI.

Thursday, May 1, 2008


Wahai diri...

Sesungguhnya,
Yang mengetahui tentang diri kita dan kemaslahatannya hanya Allah.
Sememangnya, kita tidak pernah tahu apapun yang maslahat dan terbaik untuk diri kita.
Bahkan apa yang kita anggap baik,
Terkadang malah buruk untuk diri kita
Dan apa yang kita anggap buruk dan jelek
Bisa jadi itulah yang terbaik


Wahai hati...
Banyak manusia menzalimi diri sendiri di atas nama keinginan dan kehendaknya
Padahal itu sebenarnya dari nafsunya
Banyak dari mereka yang baru menyedari hakikat ini di akhir hidupnya
Maka,
Apa yang telah Allah berikan kepada kita.
Itulah yang terbaik
Redha, Syukur dan Husnu Zon kepadaNya…

Mungkin juga nafsu kita menginginkan yang lain yang ‘dia’ anggap baik
Tapi Hanya Allah yang tahu hakikatnya

Ketahuilah wahai hati,
Allah takkan berbuat zalim sedikitpun pada hamba Nya
Terkadang manusia menganggap bahawa Allah menimpakan musibah dan menyusahkannya,
Padahal kerana itu tidak sesuai dengan nafsunya !

Jika kita terima apa saja dari Allah
Kita akan dibukakan faham oleh Allah bahawa memang itulah yang sesuai untuk diri kita
Jadilah dirimu sendiri dan jangan menginginkan menjadi orang lain serta beradablah kepada Allah pada kondisi itu
Maka kita akan bahagia dengan apa pun, bilapun, dimana pun dan bersama siapa pun
Kerana Allah Esa,
Tunggal.

Lalu apa yang kita usahakan dan lakukan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan
Anggaplah itu sebagai ibadah
Dan bukannya tengah menentukan keinginan diri kita
Sebab di dunia bahkan di akhirat
KEINGINAN ALLAH sajalah yang berjalan.
Itulah ibadah.

Allah…..
Allah…..
Allah…..


Jika tidak

Nafsu…..
Nafsu…..
Dan nafsu…..
Dan itu dari setan.





- Buat hati-hati dan hati sendiri -
- Jazakumullah ya Syeikhuna, Syeikh Rohimuddin An Nawawi Al banteni.

Read more...

AKU INGIN SEPERTI LALANG.....

Tuesday, April 29, 2008


Saya terkaku sebentar di hadapan komputer. Sudah agak lama jari tidak mengetik sesuatu. Sekian lama blog tertinggalkan,berdebu dan bersawang. Saya di ‘alam realiti’ beberapa bulan yang lalu, juga memenuhi tuntutan silibus sebagai pelajar. Ingin menulis,tapi ternyata menulis bukan semudah yang disangka juga ya. Mungkinkah juga saya mengalami writer’s block. Moga-moga ia bukannya musibah yang menimpa diri. Menulis hakikatnya memberitahu diri sendiri, ruang muhasabah diri hendaknya. Mengingatkan hati sendiri, supaya jangan mati..

4 bulan saya ‘bercuti’ dari keriuhan kampus dan sepanjang tempoh itu saya memerhatikan ‘perangai’ masyarakat. Dunia dituntut bagaikan tiada akhirnya. Hari ini cakap ‘dunia’, esok bincang-bincang ‘dunia’ lagi….setiap minit bagaikan memenuhi kehendak dunia. Dunia, dunia. Begitu lazat sekali bergelumang dengan dunia..?! Dunya oh Dunya !!

Dan saya harus mengakui, bukan mudah untuk mengingat Allah jika kita berada di dalam lingkungan yang tidak membantu ke arah itu.Moga – moga Allah tidak menyibukkan kita dengan urusan dunia dan membuatkan kita terlalu masygul dengan urusan wang ! duit ! fulus ! sehingga terlalai kita daripada ibadah dan zikir. Tergelincir dari ‘track’ asal seorang yang bergelar hamba. Jika itu terjadi.. sememangnya itu adalah bala yang melanda diri kita dan musibah besar ke atas agama kita. Moga dijauhkan Allah…

Saya merenung masa hadapan.Ya, sesuatu yang masih jauh dari kepastian. Tiada siapa yang dapat menebak. Ianya merupakan satu rahsia dalam ilmu Allah yang Maha luas. Masyarakat yang bagaimanakah 10 ataupun 20 tahun yang akan datang ? Terselamatkah anak – anak kita daripada penjajahan minda dan akhlaq yang digembleng Yahudi ? Tergiur lagikah masyarakat kita dengan konsert, hiburan, hiburan lagi, dan lagi - lagi hiburan… ?



anak bangsa kita ?


Oh lalang !



Pernah suatu ketika saya merenung lalang. Cubalah kalian lihat pada sifat lalang. Ia bisa tumbuh dimana – mana, dan bisa tumbuh subur di dekat pokok – pokok yang mana sekalipun. Walau mungkin 1000 kali dibuang, dicantas, disembur dengan racun lalang untuk ditamatkan riwayatnya, tetap saja lalang itu tumbuh dan membiak..Malah mungkin lebih subur dari sebelumnya !





Alangkah kuatnya jati diri sang lalang. Seolah – olah lalang itu, makhluq Allah itu, ingin memberitahu sesuatu kepada kita dan kita bisa belajar dari prinsip sang lalang, ‘ Biar terbuang terus berjuang !’ Jadilah seperti lalang, yang ‘hadir’ dimana – mana sahaja, tidak jemu – jemu mendekati masyarakat bagaimana pun keadaan dan rupa bentuk mereka agar seruan kepada al-haq lambat laun terzahir melalui tindakan dan perbuatan mereka. Insya Allah..



bunga lalang yg cantik


Kenapa orang selalu memandang yang buruk – buruk kepada lalang ? ish, ish,ish. Kesian lalang… :) Lihatlah kepada lalang, jika angin bertiup ke sebelah barat, maka ‘ramai – ramai’ meliuk kearah barat. Jika angin bertiup ke timur pula, maka tanpa protes, bersama – sama pula meliuk lentok ke timur Patuhnya lalang – lalang itu pada kehendak Allah, tanpa protes dan banyak soal. Malulah pada lalang yang sentiasa redha atas ketentuan Pencipta padaNya. Seia – sekata pula, di dalam menyusun barisan mereka. Hebat kan lalang .. !

Indahnya menjadi lalang, terlepas dari segala taklifan. Itu bukan maksud menyesali kurniaan Allah :) Manusia tetap sebaik – baik kejadian yang diciptakan Nya. Namun, ingatlah kita punya amanah sebagai hamba. Al amanah laisa tasyrifan walakin taklifan. Agar dihadapan Allah nanti , kita yang punya aqal tidak kalah dengan kehebatan sang lalang !!









-Al haqirah,
-ummul barakah.

Read more...

JOM ' BERSAMA ' HABIBUNA RASULULLAH SAW...

Monday, March 17, 2008

Assalamualaikum warahmatullah ...

Disini saya nak menjemput sahabat - sahabat semua untuk menghadiri :

sambutan maulidurrasul bersama Syeikhuna Fuad Al Maliki di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) Gombak.



Tarikh : 19 mac 2008 / 11 Rabiul Awal 1429 H
Hari : Rabu
Masa : 11.15 pagi - 1 Tengah hari
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak

Tentatif Program :
~ Bacaan Quran
~ Bacaan Qasidah
~ Ucapan oleh Rector Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(Y. Bhg. Prof. Dato' Syed Arabi Idid )
~ Ceramah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki
Tajuk: " Zikra Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam and its
significance to the development of Ummah " ( speech will be conduct in Malay)

Dengan berbesar hatinya saya menjemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri majlis maulid yang diharapkan menjadi satu manifestasi luahan rasa cinta kepada nabi kita Muhammad saw dan menguatkan iqrar kita untuk membudayakan sunnah di setiap masa dan ketika, Moga - moga kita dapat beramal dengan sunnah baginda walaupun dengan perkara - perkara ynag dianggap kecil... Insya Allah...

" ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD FI KULLI LAMHATIN WA NAFASIN 'ADADA MA WASI'AHU ILMULLAH "

Read more...

Sebuah ceritera : Daulah Islamiyah di ' Darul Taqwa'

Wednesday, February 27, 2008

Sama sama kita hayati.Indahnya hidup ini jika ada kebersamaan dengan Ilahi.....



Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi
di Akhirat.
Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani
menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban
yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar
aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara.
Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari
busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku
sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang
menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara
lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab.
Belumsempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar
dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam
berjalur biru.

"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik.
Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar
tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.

Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak
marahkan aku ? "Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,"kata pegawai
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik
pakai pakaian
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia
berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam
berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan.

Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya
ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia
masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan
lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow
Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang
terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas
sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan
Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan
jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu. pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Dia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia
mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari
sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al
Abrar, hartawan
besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya
sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanyatak betah lagi
melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka
pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni
kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah
menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,"terangnya.
Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan
kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu.
Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani
sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan
makan seorang ?"
tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!

Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain
putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu
dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin
lengkap dengan
alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera
sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa.
Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya
sahabatnya di sebelah.Dia
nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu
ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak
mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.
Ah, susahnya jadi
orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di
dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.

Oh... keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui
warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada
moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara
atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak
labur habis-habisan.bBiar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya
kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum
kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan
kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri
atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi,
kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera
ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan
berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu
hospital!

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis
macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku
perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada
siapa menghidapnya. ...."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu
hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana,
tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau
pasal bil. Percuma

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden
Datuk Dr.Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya;
satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-
KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul

nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk
tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum
nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di
atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.

Dibacanya dengan teliti...
FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CIN
TA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG
ABADIï.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang
Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya
kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang
ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan
kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar
lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema

.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami
halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar
dengan kad kredit
saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima,
kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik
Datuk Dr. Johar
lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan
menyakitkan hati.
Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya.
Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya.
Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA
BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ".

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi
begini? Kenapa?Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr.
Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat
itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan
pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah !!? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka
tak mahu
pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"ISLAM !!?? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Sabar Teguhkan Istiqamah!"

-Imamrsc-

Read more...

Narwastu KASIHMU..

Tuesday, November 13, 2007

Dengan nama Tuhanku yang maha Pengasih lagi Penyayang



Sedikit demi sedikit,
Kau biarkan….
Sezarah demi sezarah…
Hatimu kau biarkan tercuri,
Terasyiq pada setetes dunia,
Tanpa kau sedari
Ia bagaikan asid yang menghakis..

Ah, teganya kau begitu..
Membiarkan…
Jiwa rasamu terbang entah kemana – mana
Sengaja mengalpakan…
Gelora yang dicipta setan,
Sedikit demi sedikit…

Saat kau tersedar,
Kau sedikit gusar…
Kerna terlupa engkau tafakurkan
Pada siapa kau serahkan segala urusanmu ?
Dengan sibgoh siapa ,
Kau mengkhayal angan dan harap..

Saat kau terpana,
Pada realiti qadha’ Nya,
Terasa pedih yang terlalu dalam
Bagai gelegak asid yang merumba,
Mahu-mahu nafsu terkalah dek MahuNya
Dan saat itu setan tertawa padamu…
Kau sebenarnya terpedaya
Pada palsu fatamorgana …

Dalam sujud pasrah kau berserah,
Indahnya tarbiah Mu Ya Allah…
Pada melentur ruang zarah jiwa
Agar tergoda pada cintaMu saja…
Bukan pada yang selain Nya

Seolah KAU berkata
Palingkan !
Palingkan saja,
Atmamu dari resah gelisah dunia
Kerna segala haqiqat urusanmu
Adalah dalam genggaman KU jua…
Sudah tercalarkah yaqin mu duhai hamba ??



Saat tersedar kau tersenyum…
Tuhanmu bisa cemburu..
Lantas,
Dia menguji mu..
Apa benar….
Luahan cintamu yang kelmarin – kelmarinnya,
hanya pada NYA ?
Untuk NYA ?
Buat NYA semata ?
Ataukah sekadar sastera bisu…beku…
Tanpa bukti…
Apa sebenarnya ada di hati ??

Kau terdengar lagi..
Saat Tuhan Mu membujuk ,
Jangan pernah kau merasa sepi
Dari kasih Ilahi…
Kerna AKU lah yang terlebih – lebih menyayangimu
Walau sejelek dan seperti apa rupa bentukmu…

Kerna AKU lah yang terlebih – lebih mengasihimu
Sebelum kau sendiri mengenal
Apa itu sebenarnya kasih…

Kerna AKU menyayangi mu…
Tidak kerana dosa atau pahala mu…
Lantaran..
Rahmat KU yang terlalu, dan terlalu luas..
Sedarkah engkau
betapa..CintaKU padamu
adalah Cinta tanpa Syarat…. !!

Bagai disimbah kata azimat,
Dari Sang kekasih…
Tak ingin lagi kau berpaling..
Tak ingin lagi kau dibalut palsu,
Hati – hati kau membawa hati,
Tempat musyahadah zat Allah....
Umurmu,jiwa ragamu,hidup matimu
Tawajuhkan…tawajuhkan…tawajuhkan……
Di daerah sunyi uzlah,
Dari cempera ghaflah..,
Kau.. Perindu Husnul Khatimah !

Hu….Hu…..Hu………Allah…………………..
Ternyata..
DIA tidak pernah meninggalkan mu,
Melainkan kau yang selalu menjauhi NYA
DIA… Tuhan mu…
Maha Tahu tentang dirimu
Lebih dari engkau mengetahui
tentang dirimu sendiri…
DIA terlalu dekat.
Terlalu dekat amat….

Tetaplah engkau berdiri..
Terus berdiri sampai kapan pun jua…
Menanti di Pintu Rahmat dan RedhaNya…
Ketukanmu di pintu itu
Pasti kan dibuka…
Dan….
Tuhanmu akan ‘tersenyum..’
Mendepakan ‘tangan’ menyambutmu
DIA Setia menantimu tanpa jemu-jemu.

Allah…….Allah…………Allah…………….
Sungguh… !
Walau sedebu narwastu kasih MU cuma.
Adalah segalanya…. !



- ummul barakah -

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP