UJIAN

Tuesday, March 24, 2009


Rupanya posting kali ni berkongsi rasa dengan posting Al Bazrah, Al Qasam dan cintamuhammad. Kisah tentang seorang sahabat yang sebetulnya kekanda kami yang dikasihi , Syarifah Fatimah bt Syed Abdul Qadir Al Yahya atau pun mesranya Kak Ikin, yang sekarang sedang menghidap penyakit ‘Steven Johnson’.

Musafir ke Kuala Terengganu dengan cintamuhammad – sebuah musafir yg diselubungi hiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana sebaknya kami saat melihatkan keadaan beliau di Hospital Terengganu. Memang siapa pun tak akan dapat menahan kesedihan bila melihat keadaannya. Beliau terlantar di atas katil dengan mata terpejam dan seluruh kulitnya seperti melecur – gejala penyakit ‘steven johnson’. Mata yang memandang sudah cukup merasa perit, apatah lagi yang menanggungnya. Syafahallah…



Beliau adalah seorang kakak yang baik. Kami selalu kemana- mana bersama. Ke kuliyah pengajian, talaqqi, daurah dan lainnya. Beliau adalah seorang yang komited dengan ilmu dan sering bertanya soalan di dalam kuliyah jika ada yang kurang difahami.Beliaulah kakak yang banyak mengajar saya erti, beliau lah guru motivasi dan nasihat , guru bahasa arab saya dan saya banyak berguru dengan pengalamannya. Saya rindu dengan perkongian ilmu bersama beliau, dan kata – katanya yang selalu bersemangat apabila berbicara tentang ketaatan pada Allah, kecintaan pada sunnah rasulullah solallah alaihi wasallam dan para masyaikh.


Kak Ikin,
Beliau adalah seorang yang suka bergurau dan suka menyakat saya dengan gelaran
‘Tuan Puteri’. Sikapnya yang suka berlawak itu membuatkan beliau disenangi oleh ramai orang. Beliau juga mewarisi darah yang mengasihi ummat dan perhatian kepada ummat. Pernah suatu ketika, ketika terserempak dengan remaja – remaja yang kurang beradab di atas jalan raya, lantas didoanya, Hadaakumullah.

Semasa berziarah beliau di Hospital Terengganu, beliau sedar kehadiran kami. Beliau cuba bercakap dengan kami, nampak susah tapi butir kata – katanya jelas. Saya kagum dengan beliau, di dalam keadaan sakit beliau sempat mengungkap rindu pada majlis- majlis maulid yang tidak sempat dihadiri, rindu dengan burdah (puji – pujian pada Rasulullah) Terdengar di telinga saya nama Sumayyah dan Bilal di bibir beliau. Katanya lagi nak jadi macam Bilal yang sebut Ahad, Ahad, Ahad. Sempat juga beliau berkata “Ashaddu hubban lillah.. kak rasa Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengasih..” dengan mata terpejam. Allahu Allah…

Penyakit ‘ steven johnson’ khabarnya penyakit yang dihidap oleh seorang dalam seribu. 1:1000. Saya pasti beliau adalah seorang yang terpilih untuk diuji dengan penyakit tersebut. InsyaAllah, beliau istimewa di sisi Allah dan Rasul. Semoga beliau cepat sembuh untuk berkhidmat kepada ummat dengan ilmu yg Allah anugerhkan, moga kesabarannya mendapat ganjaran disisi Allah dan kesakitan yang beliau hadapi adalah wasilah untuk Allah mengangkat darjatnya disisi Allah bersama kekasih – kekasih Nya. Ameen.


Hajatkan doa dari kalian untuk sama – sama mendoakan beliau.

Syafahallah Syifaan La Yugoodiru Saqoma. Ameen…

Read more...

DIARI MUHIBBIN

Friday, March 6, 2009


Ya Rasulullah, Ya Habibullah.. , ( solallah alaihi wasallam )

Rabiul awwal datang lagi. Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkahan.. Bulan kelahiranmu…Disaat lidah-lidah kami seakan kelu untuk berselawat kerana dosa-dosa yang menggunung. Rabiul awwal datang mengingatkan.Rabiul awwal hadir membawa cahaya..


Ya Sayyidul mursalin… ( solallah alaihi wasallam)

Disana-sini mula bergema dgn bacaan maulid dan burdah , alunan madaih, zikir juga selawat. (Selawat dan salam moga sentiasa tercurah ke atasmu, ke atas ahli keluargamu yang suci, dan para sahabatmu yang mulia.)

Ada jiwa-jiwa yang ditarbiyah saat mendengar kalam simtud duror dan juga dhiyaul lami’, ada hati-hati yang tak kuat menahan rasa rindu padamu saat mendengarkan burdah Imam Busiri dialunkan, Ada mata-mata yang menangis tatkala mendengarkan lantunan maulid diba’ie dibacakan, Mengenangkan kamilah umatmu yang pernah kau seru di akhir hayatmu suatu ketika dahulu… kamilah yang kau sebut-sebut ya Rasulullah, disaat manusia tidak berupaya untuk memikirkan orang lain selain dirinya sendiri di waktu getir itu, tapi kamilah yang sentiasa kau bawa dalam ingatan. kamilah yang pernah kau seru, nama kamilah yang pernah kau gumamkan dengan lisanmu yg mulia “ummati…ummati…ummati…” kamilah umat itu.. !


Ya khaira khalqillah, ( solallah alaihi wasallam)

Kami tidak pernah menatap wajahmu yang indah, malah kata Jabir ibn Samurah r.a, wajahmu lebih indah dari bulan. Kami tidak pernah menatap kulitmu yang putih bersih seolahnya seperti perak, juga rambutmu yang indah tersisir rapi sebagaimana kata Abu Hurairah r.a, malah Bara’ bin Azib mengatakan tidak ada seorang pun yang lebih hensem ketika memakai pakaian berwarna merah melainkan dirimu Ya Badra tamam.

Kami juga tidak pernah melihat engkau tersenyum dan berbicara meskipun terlalu ingin. Walau 1oo1 perkataan yang indah-indah kami lakarkan untuk memujimu , itu belum cukup untuk menggambarkan kesempurnaanmu, belum layak untuk mengungkapkan ketinggian sifatmu. Jika ada yang mengatakan kami berlebih-lebihan memujimu, biarlah.. sesungguhnya tiada istilah berlebihan dalam cinta. Hanya orang-orang yang gersang hatinya yang mendakwa begitu, sedangkan dengan memujimu tidak bermakna kami membelakangkan Allah, zat yang layak disembah. Orang mukmin tidak pernah menyembah Nabi mereka. Hanya Allah lah yang layak disembah.



Ya Sayyiduna, Ya Rasulullah.., (solallah alaihi wasallam)

Tiada suatu perkara pun yang amat menggembirakan kami ketika mendengar sabdamu “ Anta ma’aa Man ahbabta” – kamu bersama-sama dengan orang-orang yang kamu kasihi - Sungguh kami tidak mempunyai satu amalan pun untuk dibanggakan. Solat kami ,puasa kami, sedeqah kami, semuanya jauh dan ketinggalan. Itulah harapan kami, dengan mengandalkan kasih kepada Allah dan kepadamu ya Rasulullah, moga kami digolongkan bersama-samamu nanti. ( Ameen)

Kami ingin menjadi seperti Saidina Anas r.a yang pernah berkata“ Aku amat mengasihi Nabi solallah alaihi wasallam, Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Aku berharap moga-moga aku akan bersama mereka kerana kasihku terhadap mereka, sekalipun aku tidak beramal seperti mana amalan mereka.” Wahai kekasih Allah…, mudah-mudahan kami tergolong di kalangan umatmu yang kau gelar sebagai ‘ikhwani’ ( saudara-saudaraku ) yang membenarkanmu,yang beriman denganmu walau pun tidak pernah melihatmu dan kau juga merindukan pertemuan dengan kami Ya nabiyarrahmah.., Sungguh, tidak ada pencintamu yang bertepuk dengan sebelah tangan. Ya Wajihan ‘indallah , Isyfa’lana indallah.. Wahai yang mulia disisi Allah, Syafaatkanlah kami disisi Allah..

Wahai saudaraku fillah,

Sayogianya majlis maulid tidak hanya dihadkan hanya pada bulan rabiulawwal, seperti mana kata Syeikh Al muhaddith Abdurrahaman Ad diba’ie di dalam karangannya, Seandainya perlu kita mengadakan majlis maulid setiap hari, maka itulah selayaknya dan sepatutunya. Justeru mengapa ada yg kurang senang dengan majlis-majlis maulid yang mana didalamnya ada lisan-lisan yang sedang berselawat dan melantunkan kalam suci. Apakah membidaahkan kepada orang yang sedang berselawat dan menyebut kalam Allah ? Allahu Allah…



Wahai saudaraku fillah,

Marilah kita semua bersatu padu di bawah lembayung para muhibbin. Yang mana mengasihi Nabi melebihi kasihnya kepada diri sendiri. Moga-moga kita semua termasuk di dalam golongan umatnya yang mendapat syafaat baginda Nabi solallah alaihi wasallam. Ya wajiihan ‘indallah, isyfa’lana ‘indallah. Ameen.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wa sallim fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wasi'ahu 'ilmullah..


-Astaghfirullah min qaulin bila ‘amalin.
-Al-haqeerah.

Read more...

Segalanya milik Mu..

Wednesday, February 4, 2009

Segalanya-galanya milik Mu

Mendengar nasyid ada kalanya menyegarkan hati dan perasaan. ya..kadang-kadang, Tertarik juga dengan bait- bait kata yang mampu membawa kita merenung dan berfikir. Betapa segalanya milik Allah. Hatta apa yang terkadang kita rasa adalah milik kita. Jantung yg berdenyut, hati yang menyimpan pelbagai keinginan, mata yang melirik, lisan yang berbicara. Jika dilihat, mungkin semuanya ada dan lengkap pada diri dan jasad kita, tapi adakah ianya milik kita ? Ternyata tidak..

Jika dilihat pada seketul daging bernama Hati. Ah, terlalu banyak keinginan yang dipendam.Terlalu banyak mahu dan angannya sehinggakan kadang - kadang tak tercapai dek akal sendiri. Oleh itulah dalam hal ini, Para Sufi mengajarkan, katakanlah “ Aku ingin agar aku tidak punya keinginan ” Sirr di sebalik kata- kata tersebut – Kerana biarlah keinginan Allah yang berjalan ke atasku, seperti apa yang Dia berkehendak ke atasku. Keinginan ku mungkin sebenarnya didasari hawa nafsu. Keinginan ku, mungkin bukan apa yang Allah mahu. Keinginan ku, mungkin hingga sanggup mengenepikan ‘keinginan’ Allah.

Bait – bait nasyid di bawah, pada saya memang sedap didengar disamping terselit mesej hakikat sebuah kehambaan.

Kau yang menciptakan cinta,
Dan Kau jua yg menghampar bahagia,
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkau lah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu.. inilah KasihMu
Aku tahu.. inilah CintaMu
Dan ku tahu.. tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu…
Ya Allah…

Dicelah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu… Ya Allah

Dan kutahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan…
(Mestica)
Tidak ada daun yg gugur yg tidak diketahui olehNya.

Hakikatnya DIA yang menghamparkan bahagia dan mengirimkan duka. Walau apa pun ‘keinginan’Nya ke atas kita, di situ ada isyarat CintaNya yang mungkin tidak mampu kita tebak hikmahnya. Bahagia itu bilamana tunduknya jiwa hamba . Bukanlah bahagia itu apa yang menyenangkan hawa nafsu dan terealisasinya apa yang kita mahu,mahu dan mahu manakala duka yang bertandang di lubuk jiwa, bukanlah bermakna Allah meninggalkan kita, bahkan mungkin duka itulah yang lebih membuatkan hati selalu tertaut pada kebesaranNya, Jiwa selalu merintih disisi keagunganNya.


Ingatlah, ‘apa yang terbaik buatku.. tak semestinya apa yang kumahu’ Indahnya jika segala – galanya kerana Allah. Moga Allah memahamkan kita akan rahsia ilmu – ilmu Nya yang terrr…lalu luas. :) Ameen.

Astaghfirullah min qaulin bila ‘amalin.

- Al haqeerah.

Read more...

Palestin - Menghantar ke Syurga

Friday, January 9, 2009





- Palestine - In every HEART of MUKMIN -

Read more...

Pemuda Pemudi Syurga.

Monday, January 5, 2009

Gambar sekadar hiasan :)


Tahun 2009 baru beberapa hari melabuhkan tirai dan di mana – mana tempat, seperti biasanya pembukaan tahun baru menyaksikan pemuda pemudi dengan sambutan – sambutan hiburan dan seronok – seronok. Terkesima dan terkejut saat membaca akhbar, ada sambutan tahun baru yang dibuat di sebuah taman tema air dengan pemuda – pemudinya begitu ramai dlm keadaan bercampur baur dan bersesak sesak dengan pakaian tak cukup kain. Saya bagaikan tak percaya walaupun jelas terbukti di depan mata. Malaysiaku tercinta dah jadi Las Vegas!

Siapa yang masih peduli dengan ‘kisah’ pemuda-pemudi kita hari ini. Saban hari, dari hari ke hari dan dari tahun lama ke tahun baru, saya dapat rasakan pemuda pemudi hari ini masih ‘belum terdidik’ sepenuhnya - sama ada cara berfikir, perbuatan dan tindakan. Buktinya – realiti yang melanda anak – anak muda kita hari ini. Sudah menjadi terlalu biasa pada masa sekarang jika pemuda pemudi kita dikaitkan dengan cerita–cerita seks bebas, zina, pelacuran, homoseks,lesbian (sekadar menyebut beberapa nama) dan lainnya yang setiap hari berlambak- lambak di dada akhbar dan media massa.

Mereka pintar. Mungkin. Tapi bukanlah pintar jika tidak tahu membezakan apa yang baik dan buruk buat diri mereka sendiri. Peradaban bukanlah mendabik dada dgn bangunan tinggi dan teknologi canggih canggun semata - mata andainya cara berfikir jauh lebih jahiliah dari era jahiliah itu sendiri ataupun lebih rendah dari manusia di era Paleolitik mahupun Neolitik (baca : Sejarah Tingkatan 1)

Teringat zaman sekolah dulu – dulu, cikgu suka sebut – Pemuda harapan Negara,Pemudi tiang agama. Kata hukama juga, jika ingin melihat sesebuah Negara pada masa hadapan, maka lihatlah kepada keadaan pemuda – pemudinya hari ini. Hakikatnya hari ini, berapa ramai pemuda – pemudi kita yang merasa leceh terhadap hukum - hukum Allah. Berapa ramai yang benar – benar merasa indah dan manisnya syariat yang membataskan pergaulan di antara pemuda dan pemudi. Berapa ramai pula yang sanggup dan berani mencabar syariat dek kerana bertentangan dengan nafsu sendiri.


Ya Allah, golongkn kami hamba yg diberi kebaikan, di Dunia & Akhirat

Jika dahulu,
Pemudi tersenyum megah,
Pemuda – pemuda kami Ansarullah,
Kami juga punya Saifullah,
Tiap detik nafasnya cintakan Rasulullah
Siapa berani mengganggu gugah
Pantang kalah pantang menyerah
Di medan perang rela bertumpah darah.

Siapa tak kenal nama yang penuh gah
Abu Ayyub Al Ansari pemuda gagah
Mahsyur namanya di timur dan Barat
Itu buktinya pemuda hebat

Kami juga punya Abu Ubaidah Al Jarrah
Di medan Badar menggempur musuh
Pemuda Ghifari juga sebagai contoh ( Abu Zarr )
Teguh iman melafazkan syahadah
Salman Al Farisi musafirnya serata daerah
Mencari kebenaran cahaya Allah


Tapi sekarang
Pemuda – pemuda banyak yg buaya
Mereka bangga berkata ‘ Aku memang Pencinta wanita’
Mereka hero hanya dalam drama dan telenovela,
Kesian pemudi, tandus pemimpin yg membawa ke jln Nya.
Mereka tak malu terlibat dlm sumbang mahram dan zina
Tapi teragak - agak untuk menikah dan menggapai Redha Nya
Ada juga yg malu mengaku pemuda
Lantas ambil keputusan jadi mak nyah dan pondan saja
Pemuda hari ini lebih suka merempit di jalan raya
Budaya mencari ilmu malas nak layan la..
Ada lagi yg asyik berpegangan tangan dgn bukan mahram di tmn bunga
Apakah tangan itu diharapkan mengangkat senjata di soff pertama
Menggempur musuh durjana Di Gaza ?

To be continued, Biiznillah.

-Al haqirah-

Read more...

Hijrah : Hanya kerana Allah

Wednesday, December 31, 2008


Salam Maal Hijrah 1430. Sudah lama juga saya tidak mencoret sesuatu di laman blog. Urusan yang menuntut disana sini membuatkan saya terlalai untuk menjenguk blog ditambah dengan keyboard komputer yang tidak 'berapa sihat' membuatkan saya sedikit malas untuk menulis. Tidak perasan, mungkin blog sudah bersawang dengan sarang ankabut :)

Bersempena tahun baru, saya gagahkan diri mencoret sesuatu walaupun seperti dipaksa - paksa. Moga ada manfaat dan peringatan terlebih - lebihnya untuk diri sendiri. Moga HIJRAH Rasul Salalla alaihi wasalam dan para sahabat bukannya sekadar satu sejarah yang hanya dibaca berulang - ulang tanpa ruh qudwah. HIJRAH adalah sesuatu yang sukar jika hati tidak dibulatkan hanya kerana Allah. HIJRAH - satu manifestasi agung untuk kita memulakan dan merubah seluruh kehidupan kepada yang lebih baik dan terbaik dalam pandangan Allah.


Istimewanya Muharam

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah Solallah alaihi wasallam bersabda : puasa yang paling afdhal setelah puasa bulan Ramadhan adalah puasa bulan Muharam dan solat yang paling afdhol setelah solat fardhu ialah solat malam ( tahajjud)


Puasa Hari Tasu'a ( 9 Muharam)
Daripada Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah Solallah alaihi wasalam bersabda: Sekiranya aku masih ada pada tahun hadapan, aku pasti akan berpuasa pada 9 Muharam ( Riwayat Muslim)


Puasa Hari Asyura ( 10 Muharam)
Daripada Abi Qatadah bahawasanya Rasulullah Solallah alaihi wasalam pernah ditanya mengenai puasa pada 10 Muharam jawab baginda : Dihapuskan dosa pada tahun sebelumnya ( Riwayat Muslim)

Kurniakan kami hati yang sentiasa hidup subur mengingatiMU..


Moga Allah mempermudahkan, memberikan kebaikan dan mengislah segala urusan kita. Dijauhkan Allah dari hati yang lalai daripada mengingati Nya dan dari sifat bermalas - malasan pada perkara kebaikan. Semoga tahun baru menguatkan azam, iman dan keyakinan untuk tunduk menjadi hambaNya yang soleh dan seluruh umur mudah - mudahan senantiasa di dalam naungan RedhaNya. Akhir hidup mudah - mudahan dianugerahkan husnul khatimah. Ameen ya Wahhab..

Al haqirah
أم البراكه

Read more...

Taman - Taman Syurga Di Dunia.

Wednesday, October 22, 2008

MAJLIS PENGAJIAN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI AL MAKKI

Tarikh: 24 Syawwal 1429/ 24 Oktober 2008 (Jum’at)

Masa: Pagi

Tempat: Dewan Serbaguna INTIM, Perak

Masa: Selepas Maghrib - hadits Qudsi;

Masa :Selepas Isya

Kitab :Rasail Hammah wa Mabahits Qayyimah susunan Syaikh Muhammad Nuruddin.

Tempat: Masjid Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor



Tarikh: 25 Syawwal 1429/ 25 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Masjid al-Falah USJ9, Subang Jaya, Selangor

Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat; Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Masjid Proton, Shah AlamKitab: Martabat Ilmu dan Ulama`.



Tarikh: 26 Syawwal 1429/ 26 Oktober 2008 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat: Masjid al-Falah USJ9, Subang Jaya, Selangor

Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat; Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Surau an-Nur Seremban, Negeri Sembilan.


Dijemput hadir beramai - ramai.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP