Diari sayyidul ayyam : Bersama Syaikh murabbi Dr.Yusri Al hasani

Thursday, February 25, 2010


Alhamdulillah…



Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi serta apa yang berada di antara keduanya.



Berita kedatangan Syaikh Murabbi Dr. Yusri Al Hasani ke Malaysia sememangnya sebuah khabar gembira buat penuntut ilmu dan mereka yang mengasihi para ulama’, Insya Allah.



Beliau yg dimaksudkan merupakan ahlul bayt Rasulullah (solallahu alaihi wasallam) dari keturunan Saidina Hasan bin Ali. Beliau juga adalah teman sepengajian Syaikh Dr. Ali Jumuah
( Mufti Mesir) dan merupakan anak murid kepada Syaikh Abdullah Muhammad Siddiq Al Ghumari Al Hasani.



Menurut sumber ( Blog:Dari Anjung Al Atrak )Ini adalah kali pertama beliau ke Malaysia dalam rangka Jaulah ilmiyyah dan beliau tidak pernah keluar dari negeri Mesir selain dari mengerjakan ibadah umrah dan haji, serta keluar negara ketika berlaku peperangan di Pakistan dan beliau ditugaskan ke sana sebagai Doktor Bedah bantuan selama 2 bulan di sana.




Jadi teruja bilamana mengetahui kedatangan beliau dan zaujah ( Syaikhah Zainab) di Malaysia buat kali pertamanya ini adalah ke negeri kelahiranku.



Pernah terdetik di hati sebenarnya keinginan untuk bertemu dengan beliau dalam sebuah majlis ilmu dan mengambil manfaat dari beliau, walaupun diri yang hina ini mungkin tidak akan memahami kalam Syaikh murabbi 100 % - dek kefasihan bahasa arab dan ketinggian ilmunya,10 % pun belum tentu... :) . Namun, siapa yang menyangkal kelebihan jilsah bersama para ulama’? Siapa yang mengingkari kelebihan ahlul bayt Rasulullah ? Berada bersama- sama di dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat adalah anugerah dari Allah, yang akan mengundang rahmat dan anugerah-anugerah lainnya pula.



Banyak hadith-hadith dari Junjungan mulia solallah alaihi wasallam mengenai kelebihan ilmu dan para ulama. Diantaranya, mafhum hadith, Rasulullah ( solallahu alaihi wasallam) mengiktiraf para ulama sebagai pewaris para Nabi dan dalam hadith yang lain Baginda menggambarkan mereka sebagai bintang – bintang yang memberikan petunjuk di gelap malam. Rasulullah Al – Mukhtar juga mendoakan mereka - ‘Allahumarham Khulafaie’. Bila sahabat bertanya, siapakah khalifah-khalifahmu ? Jawab Baginda, mereka itulah yang datang setelahku yang mengajarkan hadith-hadithku kepada manusia. MasyaAllah, lihatlah darjat para ulama di sisi Baginda Nabi ( solallahu alaihi wasallam)



Pertemuan dengan beliau di PAKSI Alor Setar dirasakan sebagai hadiah yang begitu bermakna sempena bulan Maulid Junjungan Nabi kita Muhammad ( solallah alaihi wasallam). Wajah beliau yang tenang, merupakan terapi kepada hati yang berkeluh kesah. Tazkirah beliau banyak menyentuh tentang keistimewaan Rasulullah ( solallahu alaihi wasalam) dan sedikit sebanyak menyentuh tentang isi kitab 40 Hadith keistimewaan Rasulullah, karangan guru beliau sendiri, iaitu Syaikh Abdullah Muhammad Siddiq Al Ghumari. Syaikh Yusri Al Hasani seterusnya menghuraikan tentang sifat tawakal Rasulullah ( solallah alaihi wasallam), sedikit tentang tafwidh dan juga bagaimana seharusnya seseorang ber i’timad kepada Allah.



Sempat terkesima sorang-sorang, bilamana ada persoalan yang tersimpan di benak saya terjawab oleh beliau dalam tazkirah tersebut .Subhanallah. :) Majlis diakhiri dengan pengijazahan kitab 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah, bacaan qasidah dan bacaan doa oleh Syaikh Yusri Al Hasani sendiri.



Sebagai anak Kedah, Secara peribadinya saya menyokong segala usaha memakmurkan bumi Kedah dengan majlis ta’lim dan tarbiyyah oleh para masyaikh kita dan para ulama ahlul bayt. Mudah – mudahan kehadiran mereka dijadikan program berkala sama ada tahunan atau lebih baiknya program bulanan seperti di kawasan KL dan Selangor. Insya Allah moga – moga keberadaan dan doa mereka di tempat kita menyuburkan rahmat dan redha Allah.



Dari Abi Said Al Khudri r.a, Rasulullah ( solallahu alaihi wasallam) sendiri pernah bersabda: Perumpamaan Ahlul Baitku di kalangan kamu adalah seperti Bahtera Nuh. Barangsiapa yang menaikinya ia akan selamat dan barangsiapa yang tertingggal ia akan tenggelam, Didalam riwayat lain “akan binasa” dan ada riwayat lain yang menyebut “akan tergelincir kedalam neraka”.



Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala aalihi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi’ahu ilmullah.



Salam Maulidur Rasul


Al Haqeerah Ummul Barakah.

Read more...

permata syeikh ibnu atho'illah

Wednesday, January 27, 2010



Bismillah…
Alhamdulillah ala kulli hal, Segala puji dan tahmid selayaknya dan selama – lamanya hanya kepada Allah, Tuhan semesta alam.


Rasanya ini posting pertama pada tahun 2010. Saya seperti kehilangan momentum untuk menulis, lebih kepada mood untuk membaca. Insya Allah, semangat hijrah Rasulullah (solallah alaihi wasallam) moga terus menjadi pemangkin dalam diri , menjadi obor menyalakan perubahan kearah kebaikan dan seterusnya menatijahkan amal soleh. Mudah – mudahan dibantu Allah dalam setiap urusan..

Seorang hamba itu haruslah terus berjalan menuju TuhanNya. Menyerahkan seluruh urusannya untuk ditadbir oleh Allah disamping tidak meninggalkan usahanya sebagai makhluk kerna sesungguhnya semua, segalanya dan seluruhnya akan kembali pada Allah jua.

Janganlah pula meninggalkan doa kerana bukankah doa itu adalah senjata para mukmin. Teruslah memohon dan merayu pada Nya dengan tidak meninggalkan adab sebagai seorang hamba. Saya menyelak kitab Hikam. Mencari – cari penawar dan hikmah daripada Syeikh Ibnu Atho’illah dan.. berkali – kali juga mata mengulang baca kalam nasihat penuh hikmah Ibnu Atho’illah :


" Janganlah kelambatan pemberian Tuhan kepadamu padahal engkau
bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkanmu patah harapan, kerana Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Dia ( Allah) kehendaki untukmu , bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang Dia tentukan, bukannya pada waktu yg engkau tentukan "


Subhanallah. Sesungguhnya Syeikh Ibnu Atho’illah sedang mengajarkan adab kepada kita. Hamba itu sifatnya menyerah dan menerima segala pemberian Tuannya tanpa sewenangnya menyangkal itu dan ini. Bukankah pelik seseorang menyangkal sesuatu yang dia sendiri tidak tahu ?


Usah mendakwa ‘aku lebih tahu tentang diriku’ jika kita sendiri sebenarnya belum pasti berapakah agaknya bilangan tulang- temulang yang membungkus tubuh kita ? Bagaimana dan berapakah agaknya sel- sel otak yang bercabang di membran kita? Bagaimana pula dengan bilangan helaian rambut dan lainnya yang terlalu sukar kita ungkapkan jawapannya ?



Rupanya kita sendiri tidak tahu tentang diri kita sendiri kerna yang lebih mengetahui tentang diri kita HANYALAH ALLAH. Yang terlebih – lebih mengetahui urusan yang baik dan buruk untuk kita - justeru juga hanya DIA. HUWA ALLAH.




Allah menjadikan manusia tidak sempurna supaya kesempurnaan dan kemuliaan itu adalah milik Nya semata … dan menyedarkan manusia bahawa sesungguhnya kita yg bergelar makhluk amat dan terlalu memerlukan ALLAH.



Saya teringat pada sebuah puisi yang terdapat di dalam buku karangan Hubabah Halimah al Aydrus. Puisi yang mengajarkan cinta kepada Allah. Sungguh hebat luahan cinta orang – orang yang dekat dengan Allah sehingga generasi selepas mereka bisa belajar dan mengambil istifadah dari mutiara- mutiara penulisan mereka.



Katakanlah !

Adakah yang lebih hebat daripada NYA ?

Siapakah yang dapat memberikanmu kebahagiaan

Walaupun hanya sesaat ?

Siapa yang dapat mengaruniai mu kesenangan

Meskipun hanya sekejap ?

Sungguh….

Bukan kebahagiaan dan kesenangan yang kucari

YANG KU INGINKAN DARIMU
ADALAH ENGKAU SENDIRI

ROBBI…

(Rumi)


Hajatkan doa dari semua,
ummul barakah

Read more...

wahai,

Friday, December 4, 2009


Wahai…


Menemukanmu adalah semburat fajar


Kala pekat malam kukira takkan usai



Wahai…


Mendapatimu adalah guyuran hujan


Kala kebun jiwa kurasa mengering perlahan



Maka, Wahai…


Kumohon jangan berpaling


Sebab kupinta engkau jadi cahaya


Hingga tak sesat aku mengeja langkah


Tuk selusuri jalan gelap menuju – Nya


Atau kuharap engkau membentang sayap


Mengantar aku ke puncak Surga


Kala ruhku merindu Sang Pencipta



( Hubabah Halimah Al Alaydrus , Bidadari Bumi, 2009 )



Dan puisi indah ini, saya dedikasikan buat ,


Para Habaib, Para Tuan guru, Para Muallim/ah dan insan- insan yang selalu menunjukkan jalan kepada cahaya Allah – yang selalu mengajak manusia kepada kedekatan dengan Yang Esa, yang selalu menterjemahkan syariat-Nya menjadi qudwah hasanah, yang selalu membimbing dengan penuh sabar dan hikmah, juga yang selalu…



Mengucapkan cinta pada jalan Para nabi dan mendidikku mencintai Nabi..



Semoga Allah meredhai kalian dan meredhai kami - dengan keberkahan kalian… Ameen…



Ummul barakah,


Bumi Ujian.

Read more...

Bukan Cinta Biasa : Tribute to As- Syahid

Saturday, October 10, 2009


Saya sempat terpegun dengan poster – poster yang ditampal di sekitar UIA. Sudah agak lama kaki tidak menjejak taman ilmu dan budi. Rupanya saya banyak ketinggalan isu – isu di kampus.

Saya terpegun dengan iman dan taqwa Obaida Al Qudsi, pelajar palestin yang menuntut di UIA. Beliau mungkin tidak tahu saya diantara ribuan pelajar UIA yang mengaguminya. Bahkan mungkin jutaan insan di luar sana.

Sungguh Cintanya bukan cinta biasa.

Cintanya pada bumi Palestin, bumi Anbiya’. Cintanya pada sebuah perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa kita.

Cintanya kini berbalas kerana beliau telah menemui syahid pada Ramadhan yang lepas. Beliau di antara ikhwan yang aktif di dalam Al-Aqsa Friends Society di UIA.


Menurut sumber, Beliau syahid ditembak explosive bullet dan saat mengalami pendarahan, beliau tidak diberi sebarang bantuan dan keluarganya juga dihalang untuk menziarahi beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir ! dan jenazahnya juga hanya dibenarkan diurus oleh keluarga terdekat. Allahu Allah.. Bukanlah Yahudi kalau tidak zalim !
Begini kisah yang saya nukil dari sumber:

Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his
beautiful voice and lovely character. Obaidah passed away in an Israeli
hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was
heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the
mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and
two in his legs.

Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood.
Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30
minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence,
they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an
Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their
custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital;
and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!

As Syahid..Yang pernah berada di sekeliling kami..


Saya jadi teringat pada As- Syahid Imam Hassan Al Banna. Kisahnya tidak sama tapi persis.

Mungkin beliau telah Allah himpunkan bersama As-Syahid Imam Hassan Al banna. Siapa tahu.

Sesungguhnya orang – orang yang syahid pada jalan Allah itu tidak mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki dan nikmat. Mereka bersuka ria dan bergembira dengan kurniaan Allah yang melimpah – limpah.

Itu janji Allah yang termaktub di dalam surah Ali Imron dan sesungguhnya Allah menyintai para mujahideen yang berbaris di medan perang seumpama batu - bata yang tersusun kukuh.

Rapatkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagi janji syurga Nya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera Wahai Pemuda !
jangan terlalaikan oleh buai dunia
Disana ada negeri Islam terlupa
Sedarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri pikul senjata
Panjatkan doa untuk citakan syurga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita !

Satu hati bebaskan Palestina
Hancurkan Yahudi penjajah
Tegap, maju tersongsonglah sudah
Takkan pernah gentar
sampai Al – Quds berlegar
( izzatul Islam – Cita pemuda )

Yang syahid telah kembali menemui Tuhannya dengan senyuman pejuang. Sedangkan kami masih disini ya Rabb. Menongkah gelora dunia yang menggoda dengan iman yang tidak seberapa, sedang lambat atau cepat kami pasti akan menemui Mu.

Mereka bersemangat melaungkan “Allahu Ghoyatuna !, Al mautu fi sabilillah Asma’ amaanina !" Sedang laungan kami tersekat di kerongkong diantara dengar dan tidak dek bercampur gentar, namun ya Robb, kami masih berharap untuk bersama mereka.
Moga kami digolongkan bersama mereka yang memperjuangkan deen Mu.

Dari Sahl bin Hunaif radiallahu anhu katanya, Rasulullah solallah alaihi wasallam bersabda :
“Sesiapa yang memohon kepada Allah dengan sebenarnya untuk mati syahid, Allah pasti menyampaikannya ke darjat para syuhada’ meski ia mati di tempat tidurnya”

khaibar khaibar ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya’ud !


Untukmu jiwa dan darah kami, wahai Al – Aqsa tercinta.
Ummulbarakah.

Read more...

saat madrasah ramadhan datang bertamu..

Thursday, August 20, 2009



Hati berdebar. Nurani bergetar.Bagaimana langkah ini akan kuhayun ke gerbang madrasah ramadhan yang begitu mulia. Istimewa pada pandangan Allah dan Rasul. Bulan yang menjadi rindu – rinduan para Solihin dan orang – orang yang bertaqwa. Saat berkira – kira ramadhan bakal menjengah menjadi tetamu, maujud pelbagai nuansa yang menyerbu.


Apa khabar kondisi iman dan amal. Akan semakin khusyukkah saat Ramadhan datang bertamu ? Sudah bersediakah segenap hati dan syu’ur ini untuk mengagungkan bulan yang padanya dihadiahkan Lailatul Qadar.. Akan terpenuhikah hak Al Quran dengan tadabbur dan tadarus penuh penghayatan ? Bagaimanakah pula dengan sarang dosa yang menggunung. Akan terampunkah berkat bulan yang mulia ? Akan kuatkah jasad dan ruh menyelami rahsia malam - malam Ramadhan yang dipenuhi janji – janji Ar Rahman ? Bagaimana pula agaknya dengan sadaqah yang bisa meredam murka dan meraih kasih sayang Tuhan.. ?



Madrasah ramadhan pada kali ini..


Mampukah ianya mengekalkan momentum taqwa untuk bulan – bulan yang seterusnya. Kata Hukama’ - manfaat dan kesan madrasah Ramadhan akan bergantung kepada cara kita ‘meihatnya’. Jika ‘worldview’ ( pandangan ) kita tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga. Sebaliknya jika ‘worldview’ kita tersasar. Maka tersasar jugalah hasilnya. Jika Ramadhan hanya dilihat sebagai serpihan atau cebisan dari bulan bulan yang lain – bezanya cuma dilarang makan minum pada bulan tersebut dan bukannya sebuah madrasah yang bersifat menyeluruh untuk mentarbiah jiwa dan mengislah diri kita pada bulan – bulan yang seterusnya. Maka ditakuti, Ramadhan hanya menjadi adat. Hanya sebagai ritual yang hilang nilai – nilai spiritual.



Madrasah Ramadhan pada kali ini..


Ketuklah pintu – pintu Ar Rayyan. Pintu Syurga yang istimewa yang dikhaskan bagi orang – orang yang berpuasa.

Dari Sahl bin Sa’ad, bersabda Nabi kita Muhammad solallah alaihi wasallam:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Justeru dengan Rahmat dan Kasih Sayang Nya, dengan sifat lemah lembut Nya jua, kita memohon diberi bantuan agar tidak mensia – siakan madrasah Ramadhan dan Semoga kita berkonvokesyen dari Madrasah Ramadhan dengan mendapat KEAMPUNAN, RAHMAT & REDHANYA.


Ramadhan kareem !



Salam Ramadhan,
ummul barakah

Read more...

Taman Para Solihin

Friday, June 26, 2009


Di taman para solihin
Tertunduk seorang ‘aku’
Merenung debu diri
Dalam tumpuk – tumpuk dosa
Yg selalu tercipta
dalam bingkai alpa dan alpa...


Ya Rabbi
Jangan dipisah – pisahkan qalbuku dari mereka,
Jangan dibilah – bilahkan jasadku jauh dari mereka,
Janganlah Ya Allah..
Kerna ku takut dan bimbang
Andai sudah terpisah di alam dunia
Bagaimana mungkin ku temui
Robitoh mereka di alam sana.. ?

Doaku,

Ya Allah, himpunkan kan kami di Syurga Mu, sebagaimana Kau menghimpunkan kami di taman-taman Syurga Mu di dunia.


Nota : Ummul Barakah akan pulang ke kampung esok :) ( Alhamdulillah ala kulli hal, pengajian di bumi Gombak telah tamat secara tak rasmi) Jadi mungkin blog akan sunyi buat beberapa lama tanpa update.Maafkan salah & silap. Mohon doakan.. Nak berpantun sikit :

Kalau ada kesempatan mendatang
Boleh hamba menumpang talaqqi
Kalau ada umur yang panjang
InsyaAllah, di alam maya kita berjumpa lagi.


“Allahumma Baariklana fi Rajab wa Syaaban wa Balligna Ramadhan..”

- Al –haqeerah
- Uhibbussolihin wa lastu minhum

Read more...

Pena Al - haq : Kenapa menulis ?

Friday, June 19, 2009


Ada masanya saya merayau ‘menerjah’ blog - blog di alam maya . Meluangkan masa membaca hasil tulisan para bloggers. Ada yang begitu dewasa dan matang , sarat dengan ilmu dan pencerahan. Ada yang mengajak berfikir secara kritis dalam nada bersahaja. Tak kurang yang bernuansa perjuangan dan tarbiyah. Jiwa yang lalai ini terasa dijentik oleh penulisan kalian. Teruskan menulis.



Tulisan – tulisan kalian adalah penawar.



Saya - seorang yang miskin dalam perbendaharaan kata dan ilmu. Sememangnya saya tidak layak untuk menulis kalam – kalam berisi tazkirah mahupun nasihat, menyedari saya insan yang terlalu banyak kurang. Terlalu amat. Itu belum dihitung gunung dosa yang ditanggung. Sungguh kerdil rasanya untuk menulis.



Cuma sedikit termotivasi bila memikirkan..



Menulis sebenarnya mengingatkan hati sendiri – memberitahu diri sendiri supaya cakna dengan suasana. Mudah – mudahan dengan wasilah penulisan, kita termasuk didalam golongan orang – orang yang saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran.


Kata junjungan mulia juga, ( solallah alaihi wasallam) ‘ sampaikanlah dariku - walau satu ayat ’. Maka sampaikanlah risalah kebenaran itu menurut apa yang termampu. Dengan apa dan bagaimana caranya, terserah. sampaikanlah..


Andai diri sendiri tidak dapat mengambil manfaat dan hikmah dari apa yang ditulis, mungkin dari sisi lain - ada yang dapat mengutip walau secebis, paling tidak sezarah istifadah dari hasil penulisan tersebut. Mudah – mudahan ada kebaikannya di situ, InsyaAllah.



Telusurilah pula era sebelum merdeka. Bagaimana penulisan demi penulisan di dada majalah dan akhbar di kala itu mampu mencetuskan kesedaran masyarakat tentang betapa tragisnya kuasa penjajah di tanah air sendiri. Gelombang kesedaran dan kefahaman yang timbul hasil dari penulisan berbaur semangat cintakan tanah air - kemudiannya menatijahkan tindakan dan kesepaduan yang kukuh di kalangan masyarakat untuk bersatu menentang kuasa asing pada masa itu. Hebat kan kuasa penulisan ? Sungguh, mata pena lebih tajam dari mata pedang.



Uslub dakwah Hasan Al Banna.



Saya memang sudah lama mengagumi tokoh Hasan Al Banna dan saya makin terpesona pada tokoh mujaddid itu bilamana saya membaca sebuah buku karangan Hasan al banna yang ditulis oleh beliau dalam bentuk memoir atau diari. Beliau di antara tokoh yang lahir dari madrasah sufi . Menghayati lembar demi lembar tulisannya membuatkan saya tenggelam mengagumi prinsip dan fikrahnya yang tulus, semangat dakwahnya dan ketegasan jiwanya dalam memelihara thaqafah islamiyyah – di dalam rangka memartabatkan syariat islam setinggi – tingginya. Sebetulnya, beliau adalah sosok pemimpin yang telah disediakan Allah.



Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang buku tersebut. Kita masih berbicara tentang pena dan penulisan. :) Mengenai memoir itu, saya begitu tertarik dengan uslub dakwah Al Banna . Diceritakan di dalam memoir, bagaimana beliau dan beberapa pemuda pada masa itu telah ‘meng-inisiatifkan’ sebuah kumpulan yang diberi nama ‘ Asosiasi Anti Haram ’ dalam gerak kerja amar makruf nahi mungkar mereka kepada masyarakat. ( sebelum wujudnya ikhwanul muslimin )



Aktiviti yang dilakukan adalah memberi teguran dengan tulisan kepada pelaku maksiat.



Begini ditulis di dalam memoir :


‘Pelaku’ disini adalah mereka yg diketahui oleh Asosiasi telah melakukan tindakan dosa atau tidak menunaikan ibadah sebagaimana mestinya, khususnya berkenaan dengan solat. Barangsiapa tidak berpuasa di bulan ramadhan kemudian diketahui oleh anggota asosiasi, maka tidak lama kemudian akan datang kepadanya selembar kertas teguran yang memperingatkan dengan keras tindakan kemungkaran ini.



... lelaki yang diketahui memakai perhiasan emas akan dikirimkan lembaran kertas berisi keterangan tentang larangan syariat mengenai hal itu. Demikianlah, dengan tanpa memilih bulu; tua mahupun muda, yang diketahui melakukan tindakan dosa sudah pasti akan dikirimkan kertas teguran oleh asosiasi berisi larangan atas tindakan dosa tersebut.


Subhanallah. Mantapnya dakwah - sehinggakan mereka dapat mengecam dan mengenal pasti siapakah lelaki yang memakai perhiasan emas ! Situasi yang menunjukkan betapa prihatin dan kasihnya mereka kepada masyarakat dan kebenaran itu dizahirkan melalui kiriman ‘surat – surat cinta’ mereka.



Sekali lagi – pena juga mampu ‘berkata – kata’.

Tulisan kebenaran - untuk tatapan generasi hari esok



Tidak dapat dinafikan, penulisan juga merupakan satu cabang dakwah dan medium untuk menyeru kepada kebaikan andai itu adalah pilihan kita.



Jangan dilupa, kerana kesungguhan ulama – ulama dahulu menulis jugalah, maka kita pada hari ini bisa menekuni pelbagai cabang khazanah ilmu dan mengambil manfaat yang terlalu besar dari penulisan mereka.



Kata Hasan Al Bana lagi di dalam memoir nya :


Jika apa yang saya tulis itu adalah sesuatu yang benar, maka alhamdulillah. Namun jika tidak, maka astaghfirullah. Saya yakin bahawa kalaupun tulisan ini tidak bermanfaat, InsyaAllah tetap tidak akan membawa mudharat. Namun kebaikanlah yang saya inginkan, dan Allah sajalah yang memberikan taufiq.



Saya juga ingin menulis perkara yang sama seperti Al Banna.



Jika apa yang saya tulis adalah sesuatu yang benar, maka alhamdulillah. Namun jika tidak, maka astaghfirullah. Semoga Allah berkenan memberikan hidayah dan taufiqNya kepada kita.



Untuk akhirnya, Serulah kepada kebenaran – Andai manusia tidak menghiraukan seruan itu, ketahuilah - seluruh alam ini akan bisa memahaminya.



Teruskan menulis dan berkarya buat teman – teman bloggers ! :)




Hamba haqeerah.


Hari – hari terakhir di Taman Ilmu dan Budi.


UIA.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP