R.a.m.a.d.h.a.n Kareem... !

Thursday, August 28, 2008


Akan datang kepada kita, sebuah hadiah dan kurniaan yang terlalu besar di sisi Allah ’Azza wa Jalla kepada umat Nabi Muhammad saw, yang mana kelebihan bulan ini tidak pernah dirasai dan dipilih kepada umat sebelum kita. Bulan kemuliaan, kerahmatan dan keampunan. Bulan yang padanya Lailatul Qadar, Bulan Al Quran diturunkan, Bulan kasih sayang Allah yang tercurah melimpahi hamba – hamba yang mengejar dan mendambakan kasih sayang Nya, Bulan meraih keampunan Allah, Pintu Syurga dibukakan seluas – luasnya manakala pintu neraka ditutup. Amalan soleh yang kita lakukan akan dilipat gandakan ganjarannya..



Allah ’Azza wa jalla ingin memberi kepada hambaNya dengan Kurnia Nya yang terlalu luas, Seolah – olah Allah berkata kepada kita, adakah hamba-hamba Ku yang ingin meminta ? Dibentangkan dan dihamparkan hadiah – hadiah dan anugerah Nya yang tak tertanding harganya, sememangnya untuk diberikan kepada kita, umat nabi Muhammad saw. Allah swt ingin memberi, memberi dan memberi dengan Rahmat dan CintaNya, maka adakah hamba yang tulus meminta dan merayu ?
secara logikanya, jika ada seorang hartawan dan dermawan yang telah menyediakan hadiah yang terlalu banyak untuk kita, maka jika hanya sedikit yang kita minta, pastinya akan diberi kerana hadiah itu sememangnya diperuntukkan untuk kita. Apatah lagi yang pandai meminta dengan bermacam - macam cara, memujuk, merayu dan sebagainya... pastilah banyak pula yang akan ia dapatkan.. malah, mungkin Si dermawan tadi mengharapkan kita meminta untuk dia memberi ! Ini cerita makhluk. Bagaimanakah pula halnya dengan Al- Khaliq ? yang mana pemilik kepada segala sifat Rahman dan Rahim... Hadiahnya berupa nikmat, hadiahnya berupa keampunan dari segala dosa, hadiahnya adalah Rahmat , hadiahnya adalah kasih sayang, hadiahnya adalah al jannah, Hadiahnya adalah barakat, Hadiahnya berupa nafahat dan juga redho Nya...


Subhanallah.. Istimewanya Bulan Ramadhan....

Merintih dan mengharaplah dengan adab dan rasa kehambaan kerana Allah suka kepada hamba - hamba yang meminta – minta kepada Nya dan juga kerana Nya..


Moga – moga Allah menguatkan kita dengan kudrat Nya untuk tidak mensia – siakan Bulan penuh barakah, Bulan Ramadhan. Andai hati dan perasaan kita masih lalai , moga Allah ’menggantikan’ dengan jiwa subur yang tidak melalaikan Ramadhan, 'menggantikan' dgn jiwa latifah yang merindui Ramadhan dan khazanah ibadah yang terkandung didalamnya.

Andai ruh kita masih layu dan tidak bersedia untuk Bulan mulia ini, moga – moga Allah ’menggantikan’ dengan semangat ruh para abid dan hamba – hamba beriman yang bergembira dan bersorak sorai menyambut kedatangan Ramadhan kareem.. !

InsyaAllah...!



Salam Ramadhan, Salam penuh ta’zim dan hormat....

Selamat bertemu Lailatul Qadar... :)

-Al Haqer 'inda Robbiha -

~ummul barakah~

2 comments:

alQasam October 6, 2008 at 11:23 PM  

Selamat Hari Raya Ukht.

Al haqeerah October 9, 2008 at 9:22 PM  

Salam eidulfitri juga buat ukhti yang beraya dengan 'org baru' tahun ini. :) Kullu 'amin wa antun bikhoir.

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP