Taman Para Solihin

Friday, June 26, 2009


Di taman para solihin
Tertunduk seorang ‘aku’
Merenung debu diri
Dalam tumpuk – tumpuk dosa
Yg selalu tercipta
dalam bingkai alpa dan alpa...


Ya Rabbi
Jangan dipisah – pisahkan qalbuku dari mereka,
Jangan dibilah – bilahkan jasadku jauh dari mereka,
Janganlah Ya Allah..
Kerna ku takut dan bimbang
Andai sudah terpisah di alam dunia
Bagaimana mungkin ku temui
Robitoh mereka di alam sana.. ?

Doaku,

Ya Allah, himpunkan kan kami di Syurga Mu, sebagaimana Kau menghimpunkan kami di taman-taman Syurga Mu di dunia.


Nota : Ummul Barakah akan pulang ke kampung esok :) ( Alhamdulillah ala kulli hal, pengajian di bumi Gombak telah tamat secara tak rasmi) Jadi mungkin blog akan sunyi buat beberapa lama tanpa update.Maafkan salah & silap. Mohon doakan.. Nak berpantun sikit :

Kalau ada kesempatan mendatang
Boleh hamba menumpang talaqqi
Kalau ada umur yang panjang
InsyaAllah, di alam maya kita berjumpa lagi.


“Allahumma Baariklana fi Rajab wa Syaaban wa Balligna Ramadhan..”

- Al –haqeerah
- Uhibbussolihin wa lastu minhum

Read more...

Pena Al - haq : Kenapa menulis ?

Friday, June 19, 2009


Ada masanya saya merayau ‘menerjah’ blog - blog di alam maya . Meluangkan masa membaca hasil tulisan para bloggers. Ada yang begitu dewasa dan matang , sarat dengan ilmu dan pencerahan. Ada yang mengajak berfikir secara kritis dalam nada bersahaja. Tak kurang yang bernuansa perjuangan dan tarbiyah. Jiwa yang lalai ini terasa dijentik oleh penulisan kalian. Teruskan menulis.



Tulisan – tulisan kalian adalah penawar.



Saya - seorang yang miskin dalam perbendaharaan kata dan ilmu. Sememangnya saya tidak layak untuk menulis kalam – kalam berisi tazkirah mahupun nasihat, menyedari saya insan yang terlalu banyak kurang. Terlalu amat. Itu belum dihitung gunung dosa yang ditanggung. Sungguh kerdil rasanya untuk menulis.



Cuma sedikit termotivasi bila memikirkan..



Menulis sebenarnya mengingatkan hati sendiri – memberitahu diri sendiri supaya cakna dengan suasana. Mudah – mudahan dengan wasilah penulisan, kita termasuk didalam golongan orang – orang yang saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran.


Kata junjungan mulia juga, ( solallah alaihi wasallam) ‘ sampaikanlah dariku - walau satu ayat ’. Maka sampaikanlah risalah kebenaran itu menurut apa yang termampu. Dengan apa dan bagaimana caranya, terserah. sampaikanlah..


Andai diri sendiri tidak dapat mengambil manfaat dan hikmah dari apa yang ditulis, mungkin dari sisi lain - ada yang dapat mengutip walau secebis, paling tidak sezarah istifadah dari hasil penulisan tersebut. Mudah – mudahan ada kebaikannya di situ, InsyaAllah.



Telusurilah pula era sebelum merdeka. Bagaimana penulisan demi penulisan di dada majalah dan akhbar di kala itu mampu mencetuskan kesedaran masyarakat tentang betapa tragisnya kuasa penjajah di tanah air sendiri. Gelombang kesedaran dan kefahaman yang timbul hasil dari penulisan berbaur semangat cintakan tanah air - kemudiannya menatijahkan tindakan dan kesepaduan yang kukuh di kalangan masyarakat untuk bersatu menentang kuasa asing pada masa itu. Hebat kan kuasa penulisan ? Sungguh, mata pena lebih tajam dari mata pedang.



Uslub dakwah Hasan Al Banna.



Saya memang sudah lama mengagumi tokoh Hasan Al Banna dan saya makin terpesona pada tokoh mujaddid itu bilamana saya membaca sebuah buku karangan Hasan al banna yang ditulis oleh beliau dalam bentuk memoir atau diari. Beliau di antara tokoh yang lahir dari madrasah sufi . Menghayati lembar demi lembar tulisannya membuatkan saya tenggelam mengagumi prinsip dan fikrahnya yang tulus, semangat dakwahnya dan ketegasan jiwanya dalam memelihara thaqafah islamiyyah – di dalam rangka memartabatkan syariat islam setinggi – tingginya. Sebetulnya, beliau adalah sosok pemimpin yang telah disediakan Allah.



Saya tidak berhajat untuk mengulas tentang buku tersebut. Kita masih berbicara tentang pena dan penulisan. :) Mengenai memoir itu, saya begitu tertarik dengan uslub dakwah Al Banna . Diceritakan di dalam memoir, bagaimana beliau dan beberapa pemuda pada masa itu telah ‘meng-inisiatifkan’ sebuah kumpulan yang diberi nama ‘ Asosiasi Anti Haram ’ dalam gerak kerja amar makruf nahi mungkar mereka kepada masyarakat. ( sebelum wujudnya ikhwanul muslimin )



Aktiviti yang dilakukan adalah memberi teguran dengan tulisan kepada pelaku maksiat.



Begini ditulis di dalam memoir :


‘Pelaku’ disini adalah mereka yg diketahui oleh Asosiasi telah melakukan tindakan dosa atau tidak menunaikan ibadah sebagaimana mestinya, khususnya berkenaan dengan solat. Barangsiapa tidak berpuasa di bulan ramadhan kemudian diketahui oleh anggota asosiasi, maka tidak lama kemudian akan datang kepadanya selembar kertas teguran yang memperingatkan dengan keras tindakan kemungkaran ini.



... lelaki yang diketahui memakai perhiasan emas akan dikirimkan lembaran kertas berisi keterangan tentang larangan syariat mengenai hal itu. Demikianlah, dengan tanpa memilih bulu; tua mahupun muda, yang diketahui melakukan tindakan dosa sudah pasti akan dikirimkan kertas teguran oleh asosiasi berisi larangan atas tindakan dosa tersebut.


Subhanallah. Mantapnya dakwah - sehinggakan mereka dapat mengecam dan mengenal pasti siapakah lelaki yang memakai perhiasan emas ! Situasi yang menunjukkan betapa prihatin dan kasihnya mereka kepada masyarakat dan kebenaran itu dizahirkan melalui kiriman ‘surat – surat cinta’ mereka.



Sekali lagi – pena juga mampu ‘berkata – kata’.

Tulisan kebenaran - untuk tatapan generasi hari esok



Tidak dapat dinafikan, penulisan juga merupakan satu cabang dakwah dan medium untuk menyeru kepada kebaikan andai itu adalah pilihan kita.



Jangan dilupa, kerana kesungguhan ulama – ulama dahulu menulis jugalah, maka kita pada hari ini bisa menekuni pelbagai cabang khazanah ilmu dan mengambil manfaat yang terlalu besar dari penulisan mereka.



Kata Hasan Al Bana lagi di dalam memoir nya :


Jika apa yang saya tulis itu adalah sesuatu yang benar, maka alhamdulillah. Namun jika tidak, maka astaghfirullah. Saya yakin bahawa kalaupun tulisan ini tidak bermanfaat, InsyaAllah tetap tidak akan membawa mudharat. Namun kebaikanlah yang saya inginkan, dan Allah sajalah yang memberikan taufiq.



Saya juga ingin menulis perkara yang sama seperti Al Banna.



Jika apa yang saya tulis adalah sesuatu yang benar, maka alhamdulillah. Namun jika tidak, maka astaghfirullah. Semoga Allah berkenan memberikan hidayah dan taufiqNya kepada kita.



Untuk akhirnya, Serulah kepada kebenaran – Andai manusia tidak menghiraukan seruan itu, ketahuilah - seluruh alam ini akan bisa memahaminya.



Teruskan menulis dan berkarya buat teman – teman bloggers ! :)




Hamba haqeerah.


Hari – hari terakhir di Taman Ilmu dan Budi.


UIA.

Read more...

Qalbi laka wa bass Ya Rabb..

Thursday, June 11, 2009

Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi.. A'thini mahabbataka wa ma'rifataka..



Dunia ini begitu meletihkan dan memenatkan bagi orang yang menuntutnya.Beringatlah, sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat bersinggah buang sebentar cuma dan kitalah para musafir yang sedang berjalan menuju destinasi yang dijanjikan.

Ya. Destinasi itu pasti.

Di tengah perjalanan, terkadang kita tersepak batu lalu rebah dan bangun semula. Rebah, jatuh dan bangun lagi. Terkadang juga di tengah perjalanan, kita bertemu dengan perkara – perkara yang tidak ingin kita hadapi, sedang perkara yang ditunggu – tunggu, yang digemar - gemarkan tak kunjung tiba. Siapa yang punya qudrah untuk mengatur hidupnya seperti yang dia inginkan ? Justeru tidak seharusnya kita bergantung kepada sesiapa, melainkan ALLAH.

Beringatlah, Segala tiap sesuatu yang berlaku ke atas makhluk Nya, pasti tidak akan terlepas dari pengetahuan dan pengawasan Allah, Oleh itu, kenapa selalu mengeluh dan berkeluh kesah setiap kali datangnya ujian ? Bukankah Allah itu sebenarnya Maha Tahu. Apa yang penting, bagaimana makhluk itu kembali mengingati Nya di setiap keadaan, sama ada di waktu senang mahupun susah.

Allah menguji bukanlah untuk meninggalkan.. apatah lagi membiarkan. Sesungguhnya ujian adalah sebuah medan untuk berada lebih dekat disisi Nya. Ujian itu adalah wasilah Cinta.

Saat kita diuji, Serulah nama Nya yang agung. DIA – pemilik kepada sifat Rahman dan Rahim.. Pemilik kepada sifat Latif dan Wadud.

Bilamana hati kita berbolak balik saat diuji. Ungkapkan Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya Latif.. Ya Wadud.. Pejamkan mata dan katakan “ Qalbi Laka wa bas Ya Rabb. “


Al haqeerah
IIUM
Mahallah Asiah

Read more...

Toyyibah : Sesedap namamu !

Tuesday, June 2, 2009

Cerita ini tentang Dia. Dia yang telah lama saya nantikan kehadirannya. Mungkin kemunculannya hanya biasa – biasa saja pada sesetengah orang , tapi tidak bagi saya. Dia istimewa. Saya tertanya –tanya, bagaimana agaknya rupa dan penampilannya.



Cuma apa yang saya pasti , dia semestinya manis.



Saya tak dapat berbohong bahawa saya memang sukakan ‘spesis – spesis ’ dia. Sehingga hari ini saya masih belajar menahan diri untuk berpada – pada dari menyukai mereka. Saya cuma suka, tidaklah sampai jatuh cinta.



Dalam sabar saya menanti.



Dia muncul juga akhirnya dan saya mengucapkan syukur kepada Allah ! Pada saya, kemunculan dia adalah anugerah buat umat Islam.


Dialah toyyibah !


Toyyibah bukanlah seseorang... Dia adalah sejenis ice – cream yang lazat. ;)

Toyyibah - sesedap namamu...



Saya teruja kerana toyyibah dihasilkan dan dikilangkan di syarikat milik muslim 100 % ( HPA industries) Bertambah teruja bilamana saya mengetahui pekerja – pekerja di kilang HPA akan memastikan mereka dalam keadaan wudhu dan solat sunat dhuha terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing - masing. Pekerja -pekerja di situ juga diprogramkan dengan halaqah ilmu dan tadarus al –quran. Hebat tak orang – orang yang buat ice – cream kegemaran saya ni ?

Staff - staff HPA dalam halaqah ilmu. Bersatu menuju kebangkitan.



Pengeluar & Pengguna.

Setelah sekian lama, kita hanya mampu menjadi pengguna dan bukannya pengeluar. Apabila kita hanya mampu ‘mengekalkan’ status sebagai pengguna, maka disitulah kita akan diperguna. Buktinya, cubalah kalian lihat kepada sesetengah logo makanan halal dipasaran yang sebenarnya tidak halal !



Wahai umat Islam, sedarkah kita sebenarnya sedang dipermainkan ?



Pemakanan dan bahan – bahan asas yang kita gunakan sehari – hari terlalu mudah dikaitkan dengan percampuran unsur babi ( seperti dilaporkan di akhbar ) bermula dari ayam, mee, bihun, sosej , biskut, roti, sabun, ubat gigi dan sebagainya ( terlalu banyak untuk disenaraikan )



Mereka mentertawakan maruah kita dengan mengganggap umat Islam tidak mampu berdiri dengan sendiri . Mereka menafikan kebolehan umat Islam dengan menanam doktrin ‘ Umat Islam tidak mampu untuk mencipta walaupun sebatang jarum. ‘



Lebih parah andai sumber makanan umat Islam dikuasai oleh ‘musuh – musuh’ mereka sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika musuh – musuh ini berusaha ‘meracuni ’ pemakanan umat Islam dengan mencampur adukkannya dengan benda –benda yang haram. Inilah bahananya apabila kita masih berada di zon selesa menjadi pengguna.



Saya masih ingat ketika kelas ‘ Etika dan Fiqh dalam kehidupan seharian’ minggu lepas,Ustaz Latif ada mengatakan – Kita tak punya teknologi canggih dan moden seperti mereka, mungkin yang tinggal pada kita hanyalah doa, dan musuh-musuh Islam sedar bahawa kekuatan dan senjata umat Islam adalah pada doa mereka. Jadi, untuk memastikan doa umat Islam tidak dimakbulkan ( nauzubillah.. ) Maka, mereka memulakan strategi mengganggu gugat apa yang dimakan oleh umat Islam.


Sungguh sayang andai kita berhempas pulas mengkader generasi pejuang Islam, merekrut pelapis jundullah, tapi kita lupa untuk menghalusi apa yang menjadi makanan mereka. Bukankah hati yang baik itu ditempa oleh makanan yang baik pula ?



Apa & kenapa HPA ?


HPA – merupakan Hadiah Pemberian Allah buat umat Islam. Sungguh, ia adalah bukti bahawa kita adalah umat yang terbaik sekaligus menyangkal dakwaan puak kuffar. HPA membuktikan, kita mampu membina jaringan usahawan Muslim dan melahirkan produk – produk kita sendiri yang mana terjamin kesucian dan kehalalannya InsyaAllah.Kita punya asset sendiri seperti kilang, ladang, bahan mentah, hotel, restauran, panel syariah, pekerja muslim yang komited dan terlalu besar dari semuanya, Kita punya Allah.


Mungkin ramai yang masih belum tahu, HPA kini telah melangkah jauh ke hadapan dengan 1001 produk halal, bermula dengan ubat – ubatan herba sehinggalah kepada barang yang kita gunakan sehari – hari dan HPA kini sedang berusaha gigih untuk mewujudkan shopping complex sendiri, InsyaAllah, yang mana kita harapkan kekayaan umat Islam akan menjana dan menguntungkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Sudah sekian lama rasanya, kita sibuk memperkayakan musuh ( Yahudi ) dengan kebergantungan kepada produk – produk mereka. Sudah – sudahlah... Bagi yang belum mengenali HPA, jom kita lihat galeri di bawah. Tak kenal maka tak cinta kan..


GALERI HPA.

Radix fried Chicken (RFC) di Alor Star. Tak jauh dah ni dari rumah ku.. :) Cuba tengok betul -betul gambar ni, ramai kan orang ?

RFC akan dibuka di seluruh Malaysia..

Bagi yang tak pernah masuk, ni la rupe dalamnye.

Di antara menu...

Sedapnyee..ni yang tak sabar nak balik alor staq ni.. :)

Restaurant organic recipe ( ROR ) Sape nak makan Nasi ayam organik di sini lah..
(Ayam yang di bela sendiri oleh HPA)

Ini pulak HPA collection. Macam - macam ada...

Homestay pun ada ? Masya Allah.

Disebabkan rakyat Malaysia ni suka makan, ni satu lagi restaurant Radix oriental Cuisine ( ROC ) yang berkonsepkan makanan cina. Belum sampai lagi disini.. ada orang nak bawa ? :)

HPA Ilham holidays menyediakan pakej umrah dan pelancongan.

Sape malas basuh baju ? Boleh hantar di Toharah Dobi HPA

Ni pula Jawi herb shop yang menyediakan khidmat perawatan.klinik HPA..

Hotel Salahuddin al ayubi yang bakal gah berdiri di bumi Kelantan


Bergerak sebagai satu umat. Muslim boleh !

HPA juga telah menubuhkan koperasi sendiri. Subhanallah..

kosmetik pun ada tau..

Kopi radix..dengan temanya... mai secawan !

Diantara produk - produk HPA di pasaran


Majulah usahawan Muslim!

Pengarah urusan HPA, Tn Hj Ismail bersama isteri

Pengarah urusan ( tengah)- RFC bakal diperluaskan di Bumi Makkah.. InsyaAllah

Tuan Haji ketika menerima Anugerah Perdana Menteri

Gambar di sekitar pelancaran MLM syariah - HPA

Para ibu di sekitar majlis

Gelombang kebangkitan.

Diantara program untuk ahli.. Islah nafsak wad'u ghairak

Mujahidahku... Syurgaku ( ibu - 2 dari kiri) yg membantu menjadi tenaga penggerak dalam sebuah program HPA




Masih terngiang – ngiang di telinga saya, sebuah nasyid yang sarat sebuah pengertian ketika saya menghadiri program bijak cemerlang ( PBC ) bersama HPA tidak lama dulu. Sebuah mesej bahawa umat Islam adalah umat yang terpilih. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Nak bernasyid dengan lagu tema HPA ?

Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh ?

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau

Taat perintah Rasulullah

Bersama berusaha

Bersatu tuju wawasan

Dunia & Akhirat

Wawasan Dunia & Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu

Wawasan agama

Bekalan masa depan & Akhirat

Kuat usaha jujur & Amanah

Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Aqidah ibadah harus sempurna

Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan

Ulama warisan anbiya’.



Jika kalian masih belum menjadi ahli HPA. Apa tunggu lagi ? perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Menyokong dan menyebar luaskan produk halal juga adalah tanggungjawab dan perjuangan yang perlu kita galas. Andai kita merasa cukup dengan apa yang ada, (dengan bergantung kepada produk milik non muslim yang terlalu banyak dan berlambak di pasaran ) Ingatlah kepada generasi di belakang kita. Janganlah dipandang remeh perjuangan ini, kerana pembentukan generasi soleh yang kita harapkan berada di soff hadapan mendaulatkan panji - panji tauhid tidak dapat dinafikan sememangnya bermula dari tarbiyah dan tidak dilupa , aspek pemakanan yang membentuk darah daging mereka.Tentunya kita lebih yakin dengan kesucian produk kita ( produk Muslim ) yang lebih soheh dari mana sumbernya,cara pengilangannya,bahan mentah dan sebagainya.



Ini adalah permulaan kepada kebangkitan dan kitalah mata - mata rantai yang akan bergerak meneruskan kesinambungan orang - orang terlebih dahulu dari kita. Takbir ! Allahuakbar :)



Bagi yang ingin melihat senarai produk, diantaranya di sini
(http://hpa.com.my/produk-hpa/)



Majulah HPA dalam redha Allah.


‘ Support Muslim products ’.

Al haqeerah

Mahallah Asiah

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP