Hijrah : Hanya kerana Allah

Wednesday, December 31, 2008


Salam Maal Hijrah 1430. Sudah lama juga saya tidak mencoret sesuatu di laman blog. Urusan yang menuntut disana sini membuatkan saya terlalai untuk menjenguk blog ditambah dengan keyboard komputer yang tidak 'berapa sihat' membuatkan saya sedikit malas untuk menulis. Tidak perasan, mungkin blog sudah bersawang dengan sarang ankabut :)

Bersempena tahun baru, saya gagahkan diri mencoret sesuatu walaupun seperti dipaksa - paksa. Moga ada manfaat dan peringatan terlebih - lebihnya untuk diri sendiri. Moga HIJRAH Rasul Salalla alaihi wasalam dan para sahabat bukannya sekadar satu sejarah yang hanya dibaca berulang - ulang tanpa ruh qudwah. HIJRAH adalah sesuatu yang sukar jika hati tidak dibulatkan hanya kerana Allah. HIJRAH - satu manifestasi agung untuk kita memulakan dan merubah seluruh kehidupan kepada yang lebih baik dan terbaik dalam pandangan Allah.


Istimewanya Muharam

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah Solallah alaihi wasallam bersabda : puasa yang paling afdhal setelah puasa bulan Ramadhan adalah puasa bulan Muharam dan solat yang paling afdhol setelah solat fardhu ialah solat malam ( tahajjud)


Puasa Hari Tasu'a ( 9 Muharam)
Daripada Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah Solallah alaihi wasalam bersabda: Sekiranya aku masih ada pada tahun hadapan, aku pasti akan berpuasa pada 9 Muharam ( Riwayat Muslim)


Puasa Hari Asyura ( 10 Muharam)
Daripada Abi Qatadah bahawasanya Rasulullah Solallah alaihi wasalam pernah ditanya mengenai puasa pada 10 Muharam jawab baginda : Dihapuskan dosa pada tahun sebelumnya ( Riwayat Muslim)

Kurniakan kami hati yang sentiasa hidup subur mengingatiMU..


Moga Allah mempermudahkan, memberikan kebaikan dan mengislah segala urusan kita. Dijauhkan Allah dari hati yang lalai daripada mengingati Nya dan dari sifat bermalas - malasan pada perkara kebaikan. Semoga tahun baru menguatkan azam, iman dan keyakinan untuk tunduk menjadi hambaNya yang soleh dan seluruh umur mudah - mudahan senantiasa di dalam naungan RedhaNya. Akhir hidup mudah - mudahan dianugerahkan husnul khatimah. Ameen ya Wahhab..

Al haqirah
أم البراكه

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP