Kepiluan 'hati' seekor kucing V manusia yang tak ber 'hati'

Wednesday, August 22, 2007



Bunyi kucing mengiau seperti merintih – rintih dan mungkin juga sedang menangis, telah mengetuk jiwa rasa saya. Sudah beberapa kali kucing itu berlegar – legar di kawasan bilik dalam dua tiga hari ini, sambil mengiau panjang dan saya sendiri selama ini, tidak pernah mendengar seekor kucing mengeluarkan suara sebegitu, sehingga sempat saya terfikir, adakah kucing juga punya perasaan ?



Kucing yang saya maksudkan itu sebenarnya telah ‘ delivered baby’ dalam beberapa hari yang lepas dan Subhanallah, anak – anak kucing tersebut sungguh comel, 4 ekor semuanya. Melihatkan mereka tiada tempat berlindung, teman sebilik dengan prihatinnya meletakkan mereka ke dalam sebuah kotak, dan ibu kucing itu juga nampaknya selesa dengan rumah baru mereka, di sebelah bilik kami…

Saya sendiri tidak dapat memastikan bilakah detiknya peristiwa tragis ibu dan anak ini terpisah. Sepulangnya dari kelas, kotak tempat ‘ bayi- bayi’ comel itu bermain telah hilang…Teman – teman sebilik juga turut rungsing kerana ibu kucing tersebut kerap mengiau di bilik kami….mungkin meminta ehsan mencari ‘bayi-bayi’ comelnya yang hilang ! Kesimpulan yang dapat kami buat, mungkin ‘Makcik- makcik cleaner’ yang rajin telah mengubah kedudukan ‘rumah baru’ mereka dan mungkin juga telah mengambil ‘bayi-bayi’ comel tersebut untuk dibela tanpa mengetahui pilunya hati seorang ibu…. Wallahua’lam.



Andai suaranya bisa didengar, mungkin rintihan yang panjang itu bermaksud “ Tolonglah saya…saya rindukan anak- anak saya, saya sayangkan mereka..” Mungkin payah memahami bahasa mereka pada pendengaran zahiriah, tapi rasanya tidak sukar untuk kita menghalusi suara-suara mereka dengan mata hati.

Dan tiba – tiba jiwa rasa ini tersentak dek peristiwa yang acapkali kita dengar “ Manusia buang anak”, “ bayi comel dijumpai dalam tong sampah” dan seumpamanya. Andai kucing, haiwan yang tidak dianugerahkan aqal oleh Allah, mampu menzahirkan rasa kasih dan sayang, Dimanakah kita, manusia - manusia yang Allah anugerahkan dengan hati, perasaan, jiwa, sanubari, dan……. Aqal ? Sedangkan kucing merasa bertanggungjawab terhadap anak – anaknya, bagaimanakah pula kita ?



Kita Bukannya sekadar dituntut untuk bertangungjawab, bahkan akan dipertanggungjawabkan di hadapan MahkamahNya nanti… Apakah sifat kasih sayang telah tandus dan pupus dalam diri – diri manusia sehinggakan nilai kasih sayang perlu dipelajari dari seekor haiwan yang terkecuali dari sebarang taklifan di atas muka bumi ini… ? Apakah haiwan pula yang “ prihatin” untuk menjelmakan kasih dan sayang yang sebetulnya merupakan sifat manusiawi ? Andai begitu, mungkin tajuk posting kali ini perlu ditukar menjadi “ Kepiluan hati ‘seorang’ kucing V ‘seekor’ manusia yang tak berhati…Mungkin bunyinya gharib , tapi itulah hakikat nya…

Bukankah Allah telah menempelak manusia – manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran di dalam Al – Quran bahkan tidak ada bezanya antara manusia dan haiwan andai manusia itu sendiri tidak mahu memahami dan melaksanakan perintahNya

Allah berfirman.. “ Atau apakah engkau mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami ? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak ,
bahkan lebih sesat jalannya… ( Al Furqan : 44)

Malulah pada Allah… Sama – sama kita tafakurkan…

Andai adik – adik saya ( yang terlalu sayangkan kucing ) mengetahui ‘peristiwa tragis’ ini, mungkin mereka juga ikut sedih. Teringat kucing – kucing di rumah yang dibela silih berganti. Dulu, adik bungsu saya ( ketika di alam sekolah rendah ) pernah menangis kerana anak kucingnya yang comel mati. Dia juga yang susah payah tanamkan anak kucing tersebut di sebelah rumah, siap dengan bacakan doa untuknya...( Tak tahulah doa apa yang dibaca…) dan sekarang dia dengan kucing barunya, (kucing kacukan) hadiah dari ayah saya sempena keputusan exam dia yang sederhana cemerlang…satu – satunya kucing yang pernah kami pelihara yang mempunyai banyak nama, sebabnya bila kami syura nak letakkan satu nama, semua orang tak setuju, jadi, kami pun panggillah dengan nama yang kami suka… kucing ‘yang tak bersalah’ tu pula nampaknya redha dengan banyak nama… :)



~ Moga kita bisa bersama Abu Hurairah di negeri abadi… ~



RENUNGAN

KUALA LUMPUR: Gelagat mencurigakan pasangan kekasih muda yang dilihat mundar-mandir dalam kawasan masjid terjawab apabila mereka tergamak membuang seorang bayi lelaki berhampiran tempat memandikan jenazah masjid itu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, kedua-dua suspek didakwa meninggalkan bayi lelaki terbabit yang dipercayai baru dilahirkan kurang tiga hari berdasarkan keadaan tali pusat yang masih melekat.

Ketika ditinggalkan, bayi terbabit yang lengkap berpakaian hanya dibalut tuala mandi kuning dan diletakkan dalam bekas plastik berwarna merah.

Ibu bapa bayi terbabit turut meninggalkan dua tin susu tepung, dua bungkusan lampin pakai buang, peralatan untuk memandikan bayi serta ubat bagi menanggalkan tali pusat bayi.

Kejadian itu menyebabkan jemaah Masjid Al Muttaqim, Jalan Wangsa Melawati di sini, terkejut selepas mendengar tangisan bayi berkenaan sejurus selesai menunaikan solat Zuhur.

Saksi kejadian, Izham Basar, 47, berkata, tindakan suspek membuang bayi terbabit disedari ketika dia bersama seorang kerani sekolah berhampiran sedang menjalankan 'operasi' mengintip penjenayah licik yang kerap melakukan kes kecurian dan pecah kenderaan di kawasan masjid berkenaan.

Menurutnya, dia yang melakukan intipan melalui bilik bercermin gelap di tingkat satu masjid berkenaan melihat sebuah kereta Proton Saga berwarna coklat cair memasuki kawasan letak kereta masjid terbabit.

“Ketika itu saya dapat melihat dengan jelas pemandu kereta terbabit seorang lelaki berusia awal 20-an, manakala penumpangnya seorang gadis remaja berusia sekitar 15 hingga 17 tahun,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memakai kemeja-T hitam, manakala teman wanitanya yang bertudung berlegar-legar di kawasan meletak kenderaan masjid walaupun azan Zuhur berkumandang.

Pemandu kereta itu seperti resah dan berulang kali mengelap mukanya menggunakan tuala kuning.

“Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit keluar dari kenderaan sambil menjinjing bakul merah memasuki kawasan masjid berhampiran penjuru bilik menguruskan jenazah,” katanya.

Menurutnya, dia yang tidak sedap hati dengan tindakan lelaki terbabit berlari menuju ke arah masjid untuk menahannya.

“Malangnya lelaki itu sempat berlari masuk ke dalam keretanya yang enjinnya masih dihidupkan sebelum memecut lari.

“Saya terkejut mendapati bekas merah yang ditinggalkan itu berisi bayi lelaki yang sedang tidur di dalamnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit meninggalkan bayi berkenaan ketika jemaah masjid sedang khusyuk mengerjakan solat Zuhur.

“Bagaimanapun, bayi lelaki yang dianggarkan seberat 3.5 kilogram itu dalam keadaan sihat. Berdasarkan rupa paras bayi berkenaan, saya yakin ia bayi berbangsa Melayu.

“Saya kemudian meminta bantuan tiga pelajar sekolah yang kebetulan melalui masjid terbabit untuk menjaga bayi berkenaan sementara saya menghubungi Balai Polis Wangsa Maju untuk memaklumkan kejadian terbabit,” katnya.

Menurutnya, tidak sampai lima minit, tiga anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju tiba untuk mengambil bayi terbabit sebelum dibawa ke balai berkenaan.

Sementara itu, anggota polis Balai Polis Wangsa Maju dilihat bertungkus-lumus menjaga bayi terbabit dengan membelikan botol susu serta menukar lampin dipakai.

Bayi berkenaan yang dipercayai dilahirkan di hospital swasta kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh beberapa anggota polis pada jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Izham yang berjaya mengenal pasti nombor kereta suspek dilihat membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

-HARIAN METRO-

8 comments:

Anonymous August 23, 2007 at 12:36 AM  

salam ya ummul barakah,

alhamdulillah, hari ni akak dapat berkunjung ke sini. semoga sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah, insyaAllah ada ruang esok kita jumpa di al falakh dan sabtu insyaAllah jumpa di majlis albazrah.

doakan akak.

haqir jua,

k.alida
(ps: minta izin copy gambar insan-insan pilihan Allah)

Al haqeerah August 23, 2007 at 10:17 PM  

Wsalam kak Alida.. :) Ahlan..ke site yang baru lahir ni..
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti.. akak datang ya di majlis Kak Al Bazrah nanti.. Biiznillah boleh kita jumpa ya..

Sama - sama kita doa, kak.. Saya lebih memerlukan doa akak..

ps: Silakan,bertabarruk dgn insan2 pilihan Allah..gambar2 tu milik semua..

Anonymous August 25, 2007 at 12:10 PM  

salam...

wahh...best la blog nie....ade input yg best...

trimas kat ummulbarakah...huhu

Al haqeerah August 25, 2007 at 9:06 PM  

Wsalam,cik yang tak bernama.. :)

Ahlan...T.Kasih atas ziarah. Sebarang komen dan input dialu alukan..

Anonymous August 27, 2007 at 3:09 AM  

Assalamualaykum, saya sangkakan kak albazrah tadi, heh. bagus usaha perintisan albazrah.blogspot.com ..ya ummul barakah(Saya mengagumi kak Azma kerana pemikirannya tak macam orang perempuan yang lain) Baguslah.

Al haqeerah August 28, 2007 at 10:41 PM  

waalaikumussalam wbth...kepada bin ali.. ana bukan Al bazrah tapi 'adik' kepada Al Bazrah.. :), mungkin site yang berwarna hitam ada iras2 kot... (^_^)

Sebarang input yang membina dialu -alukan...

Puteri September 2, 2007 at 10:06 PM  

bila manusia hanya mmpunyai hati, tidak punya perasaan

Al haqeerah September 6, 2007 at 10:39 PM  

Salam... Benar kata puteri...

Apa guna ada hati tapi tidak tahu menilai...

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP