Nikmat di sebalik musibah...

Thursday, October 25, 2007

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Dengan izinNya, beberapa hari yang lepas saya sempat menziarahi seorang sahabat yang ditahan di wad HKL berikutan masalah kesihatan. Seusai ‘ revision class’ pada jam 6, saya dan seorang sahabat terus bergegas ke HKL dengan menaiki kenderaan awam. Alhamdulillah, perjalanan yang dimudahkan Allah.

Sesampainya di Hospital, saya diserbu berbagai jenis perasaan, baru saya teringat agak sudah lama juga kaki ini tidak menjejak lantai hospital. Tanpa berlengah, kami terus menaiki lif ke tingkat 5 dan menuju ke wad seperti yang dimaklumkan.

Dari jauh kelihatan sahabat yang seorang itu tersenyum pada kami. Dia sedang bersiap – siap untuk menunaikan solat fardhu Maghrib memandangkan azan sudah dikumandang. Dia ‘ menjaga ‘ Allah di waktu sakit, di saat ramai orang sakit melupakan Allah. Semoga Allah menjaganya. Ihfazillaha Yahfazki.

Sempat saya bertafakur sebentar di birai katil, saya terdiam sejeda. Dia dikelilingi pesakit – pesakit, yang pada saya agak kronik. Agak lama juga saya merenung mereka, seorang demi seorang. Kasihan saya melihat,kepada beberapa orang non muslim yang sudah uzur di sekitar katil sahabat. Kasihan…mereka tidak dapat mengecap nikmat Islam. Moga Allah memberi mereka HidayahNya..

Saya merenung ke dalam diri, Sudahkah kita bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan pada kita hari ini ? juga atas nikmat Iman dan Islam, untuk hari ini dan hari yang seterusnya ? sudah terzahirkah kata syukur dan sudah terlafazkah walau sekadar perkataan ‘alhamdulillah’ dari bibir kita seharian ini ? Maka Nikmat TuhanMu yang mana kah yang kau dustakan ?? ( Surah Ar Rahman )


Sungguh malang bagi kita andai tidak mampu untuk melahirkan rasa syukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan apatah lagi jika sampai menggunakan nikmat sihat itu untuk melakukan maksiat padaNya. Alangkah ! Kasih sayang Allah kita peralatkan menjadi sebuah dosa !

Kami sempat bersembang – sembang tentang banyak perkara. Ada nada lucu, serius, bimbang dan harapan. Dia terbatuk – batuk namun nak juga bercakap.Saya memandang dia, memberikan kata sabar, Sesungguhnya dia dalam pandangan Allah. Beruntung bagi orang yang sakit, kerana disitu, terlalu banyak tarbiah dan hikmah Ilahiyah. Cuba kita ingatkan balik, di waktu kita sendiri yang sakit, mungkin demam panas, batuk dan sebagainya, pergantungan kita pada Allah akan menjadi lebih kuat. Di saat kita berdoa, keyakinan kita lebih mantap, hanya Dia yang bisa menyembuhkan. Hanya Dia. Kita lebih kerap merintih, meminta, menangis agar Allah melihat kita dengan pandangan rahmat. Kita lebih khusyuk dalam solat, juga lebih kerap ‘ berdialog’ dengan Allah melalui ‘ayat – ayat CintaNya’.



Musibah itu juga merupakan satu nikmat sebenarnya. Mungkin pelik bagi sesetengah orang jika dikatakan ada nikmat di sebalik musibah..Ya, NIKMAT MUSIBAH.

Jika kita menyelak Hadith, Dari Abu Said Al Khudri, Nabi ada mengajarkan dalam sabdanya : “ Tidaklah menimpa satu musibah kepada seorang Muslim seperti lelah, kesakitan , kegelisahan, dukacita, gangguan dan keluh kesah, sehinggakan duri yang menusuknya, melainkan adalah Allah menjadikan ( musibah tersebut ) sebagai penebus dari segala kesalahannya ” Hadith ini diriwayatkan oleh al Bukhari, Muslim, at Tirmizi dan Ahmad.

MasyaAllah… musibah kita, derita kita, susah kita, ada hikmah disisi Nya.Andai kita bersabar, Allah akan mengangkat kita ke darjat yang lebih tinggi disisiNya. Itu juga merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya…

Sesungguhnya di sebalik musibah, terlalu besar rahmatNya...

p/s - Alhamdulilah,sahabat saya sudah sembuh dan baru saja dibenarkan keluar dari hospital.. Syukur alhamdulillah... :)

3 comments:

Anonymous November 8, 2007 at 8:36 PM  

salam,

semoga diberkati Allah sentiasa..semoga lulus exam...insyaAllah jumpa lagi di mana2 sekali pun...

k.alida

Al haqeerah November 8, 2007 at 9:38 PM  

Salam.. kak Alida..InsyaAllah,dah windu ni kat kak (^_+)

em,masih berbaki 2 paper, doakan ana tau..!

salam..

Anonymous July 12, 2008 at 9:55 PM  

salamssss .. .. setiap pemberian dari Tuhan adalah kemanisan meskipun diliputi kepahitan di permukaannya .. .. apabila Yang Maha Pencipta berada di hati dan nadi maka kemanisan itu akan dinikmati dan dirasai dengan izin dariNYA jua .. .. insyaAllah .. .. semoga rahmat dan kesejahteraan bersama kamu yang menulis di sini lalu menerbitkan penawar .. ..



Jiwa

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP