Bila hatimu berwarna ' pink '...
Friday, September 28, 2007
In the name of Allah most Gracious, most Merciful.
“ ….. Tuhan menciptakan makhluqnya di alam semesta ini juga atas dasar kehendak dan cintaNya. Matahari, rembulan dan bintang bersinar kerana cinta.Lautan menampung segala sisa dan kotoran yang mengalir dari daratan dengan penuh rasa cinta. Sungai mengalir kerana cinta. Angin bertiup kerana cinta. Bunga – bunga berkembang mekar kerana cinta. Lebah menitiskan madu kerana cinta.Dan hidup ini pada asalnya adalah aliran cinta. Sumbernya adalah samudera Cinta Allah yang meliputi semesta. Dan segala benda dalam alam raya tunduk patuh menyembah Allah juga atas dasar Cinta.Bukankah kesejatian penyembahan dan kepatuhan itu lahir dari kedahsyatan Cinta ? Lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum Cinta… ?? “
Kata – Kata diatas dipetik dari Novel ‘ Pudarnya Pesona Cleopatra’ yang ditulis oleh Penulis yang menitik beratkan unsur keagamaan dalam penulisannya.
Penulis : Habiburrahman El Shirazy ( Penulis novel Best Seller ‘ Ayat – Ayat Cinta ’ )
‘ Lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum Cinta… ’ ??
Kata – kata tersebut sedikit mengundang perhatian saya. Dalam kata tersebut mengandungi makna yang tersirat bagi mereka yang mahu berfikir. Kata ‘ mengusik Hukum cinta ’ yang digunakan oleh Habiburrahman seperti mengandungi satu prinsip untuk memahamkan pembaca kepada prinsip Qada’ dan Qadar .
Dalam perjalanan hidup seorang hamba menujuNya, pasti ujian dariNya adalah suatu yang lumrah dan kadang – kadang dalam perjalanan kita bermujahadah untuk memahami makna CintaNYA, kita diuji dengan istilah cinta murahan, yang mana kadang – kadang dibaluti nafsu dunia, yang juga terkadang sesetengahnya makin menjauhkan kita sedikit demi sedikit dari mujahadah asal untuk mencari erti cintaNYA..
Memang susah untuk mendidik hati, untuk suka apa sahaja yang Allah suka dan benci pada segalanya yang Dia benci kerana kadang - kadang nafsu dulu yang berbicara sebelum iman.
Andai kita yakin. Setiap apa yang berlaku, Qada dan Qadar ke atas diri kita adalah suatu bentuk interaksi Cinta Sang Pencipta kepada hamba, pasti kita menerima pemberianNya dengan ekspresi cinta juga yakni dengan penuh redha.
Hakikatnya, Segala ketetapan Dialah yang sempurna buat kita kerana ia datangnya dari Yang Maha Sempurna. Pasti pemberian Allah itu tiada cacat celanya. Relakan, Allah pilihkan apa saja untuk kita, walau pilihan Allah mungkin tak seperti keinginan di hati, Namun pasti disana ada Rahsia Illahi yang tersembunyi, yang kita tidak tahu dan pasti tersirat hikmah yang terlalu banyak . Bukankah kita ini memang manusia yang terlalu banyak jahil dan tidak tahu? Apa yang tersembunyi sedikit dari penglihatan mata kita saja kita sudah tidak dapat menebaknya. Justeru, kenapa sewenangnya orang yang kecewa dengan Allah berkata “ Allah tak tahu perasaan hatiku...” atau “ Tuhan.. tidakkah Kau tahu itu yang terbaik buatku…” atau dalam versi yang lain pula “ Oh God, Why this happened to me..” ??
Jika diteliti, Beriman kepada Qadha dan Qadar adalah merupakan satu bahagian yang sangat penting daripada Aqidah Islamiah. Sememangnya Allah taala mempunyai pengetahuan mengenai segala makhluq semenjak azali lagi dan Dialah yang menghendaki kewujudannya. Dialah yang menciptakan makhluq Nya berdasarkan apa yang telah Dia tentukan.
Dialah juga yang menghendaki apa yang terbit dari makhluq Nya selepas kewujudannya ; tanpa terkecuali sama ada berupa perbuatan – perbuatan manusia, ataupun lainnya, sama ada perbuatan tersebut baik ataupun buruk, ketaatan mahupun maksiat. Juga tidak terkecuali segala yang menimpa manusia dan yang berlaku di alam kejadian ini. Seluruh perkara ini wajib diimani. Melalui keimanan ini tercapailah iman yang dituntut oleh syara’ , sebagaimana yang dikehendaki terhadap Qadha dan Qadar, yang diperintahkan di dalam Al Quran dan As Sunnah an nabawiah.
( Dr. Abdul Karim Zaidan, Qadha dan Qadar ,kesannya terhadap perilaku manusia ( Al Iman Bil Qada wal Qadar wa asaruhu fi suluk al insan )
Dan, barangsiapa yang beriman kepada Qadha dan Qadar, pastinya dia sedar bahawa segala pergantungan hanya semata – mata kepada Allah.
Kata Dr Abdul karim Zaidan, Pemilik iman yang sahih dengan Qadar mengambil sebab – sebab melalui usahanya ,tetapi pergantungannya hanya kepada Allah dan bukan kepada sebab. Katanya lagi, beginilah keadaan Rasul kita, Muhammad saw. Baginda telah bersembunyi di dalam gua. Tindakan baginda saw ini adalah pengambilan sebab untuk melepaskan diri daripada musyrikin. Akan tetapi, pergantungan baginda dalam usaha melepaskan diri bukannya kepada sebab tersebut tetapi kepada Allah semata – mata.
Di sebalik sebarang musibah yang melanda, ada rahmat dari Nya. Itu adalah kehendakNya dan. Janganlah kita berdoa dengan bunyi seperti ‘menyuruh’ atau ‘memaksa’ Allah seperti “ Ya Allah.. apa – apa pun keadaan mesti yang itu juga…, mesti yang ini Ya Allah....”
Jangan dipaksa Allah mengikuti kehendak kita, kerana bimbang – bimbang Allah akan memberi apa yang kita minta, tapi dengan kemurkaanNya.
Dalam Qasidah ‘ Qod kafaani ilmu Rabbi’ ( Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku) yang dikarang oleh Imam Haddad ra, ia mengandungi satu bentuk rintihan tulus seorang hamba, dalam qasidah tersebut juga menunjukkan pergantungan Si makhluq kepada Khaliq.
Dikatakan di dalam Qasidah tersebut :
“ Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku,
Daripada permintaan dan usahaku,
Doa serta permohonanku,
Sebagai bukti pada kefaqiranku
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa,
Di saat senang dan susahku,
Aku adalah hamba dan itu menjadi kebanggaanku
Dalam kefaqiran dan keperluanku,
Wahai Tuhanku, Yang Memilikiku
Engkau Maha Tahu akan keadaanku/ halku,
Dan apa yang berada di dalam hatiku,
Dari kesedihan dan kesibukanku………..”
Bukankah di dalam qasidah tersebut terkandung makna zauqi dan adab permohonan Si hamba kepada Penciptannya. Jagalah adab kita bersama Allah kerana Dialah Tuhan sedang kita hamba.Tidak ada suatupun yang terkecuali dan terlepas dari pengawasan serta pandangan Allah hatta detikan di dalam hati. Yakinlah, Allah tidak akan mensiakan hambaNya, apatah lagi untuk mengecewakan hambaNya yang berdoa dengan penuh khauf dan roja ’ kerana ‘mengecewakan’ itu bukanlah sifat Allah. Allah itu kan bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kata Imam ibn Athoillah As Sakandari dalam munajatnya “ Tuhanku Alangkah lemah-lembutnya Engkau kepadaku, maka apakah yang menghalangiku daripadaMu “
“ Tuhanku keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan bersihkanlah aku daripada keraguan dan penyekutuanku sebelum hancurnya jasadku. kepadaMu aku menyerah diri, maka janganlah Engkau serahkan diriku kepadaku, kepadaMu aku memohon, maka janganlah Engkau kecewakan aku. Dan hanya kepadaMu aku berharap. Janganlah Engkau halangi aku (daripada nikmatMu). Disisi Mu lah aku mendekat, maka janganlah Engkau jauhkan aku. Di pintuMu aku berdiri, maka janganlah Engkau menghalau ku…”
Dan puisi di bawah ini ternukil bilamana terfikirkan ada dikalangan manusia yang secara tidak sedar menggunakan istilah cinta murahan ini untuk ‘melawan’ kehendak cintaNYA , Qada dan Qadarnya buat Si hamba. Jika begitu keadaannya, pasti yang dijumpai oleh makhluq tadi adalah kekecewaan, kehilangan, kecelaan dan kehampaan kerana Allah tidak lagi bersamanya.. Tuhan akan membiarkan dia, bertuhankan nafsunya. Nauzubillahi min zalik.
Secara umumnya puisi di bawah ini adalah buah tangan saya kepada teman – teman muslimah dan secara khususnya buat teman – teman yang dekat dengan saya dan puisi di bawah ini juga ditujukan buat seorang sahabat yang pada waktu ini mungkin sedang dikelilingi bintang – bintang.. :)( Ukhti je yang faham ).
Bilamana hatimu “ berwarna pink ”, :) tetaplah di atas jalanNya. Saling berpesanlah kepada kebenaran dan kesabaran kerana Ad Deen an nasihah .
Teman Hawa,
Andai rasa itu
tidak syar’ie untuk kau rasa,
Kuharap itu bukanlah untukmu..
Kerna apalah yang ada,
pada debu – debu rasa..
Andai disitu ada setan,
menggelayut di balik qalb.
Andai disitu,
Dikaburi kabus maksiat,
Dan disitu..
Bertaburan selumbar
dan duri MurkaNya…
Teman Hawa,
Simpanlah jiwa itu
sumbat ia dalam – dalam,
Walau dikiri dan dikananmu
Dibelakang dan dihadapanmu,
Bergelegak marak api rasa,
Yang mereka gelar sebagai ‘cinta’
Aku takut gelora badai,
Ombak al~ isyq yg menggila,
Yang bisa melemaskanmu,
Jangan kau mati,
Berkafankan cinta basi
manusiawi.
Usahlah kau menjadi Laila…
Yang mengheret Majnun
ke lembah derita lara – sengsara..
Teman Hawa,
Balutlah dan pekunglah hati mu,
Dari angan – angan indah setan,
Kerna setan itu,
kerjanya mengindah – indah,
Yg jelek , hodoh dan busuk.
Dalam perangkap warna – warni, al – wahn.
Tidakkah kau ingin…
memberikan hati,
yang sudah kau basuh,
Di dalam haudh Kauthar
Untuk kau hadiahkan,
Hanya pada ‘dia’ yg tertulis
Pada pena catatan Tuhanmu,
Siapa bernama ‘dia’ ?
Bukankah telah termaktub disisiNya…
Seandainya teman…
Kau bisa tahu,
‘dia’ sekadarnya wasilah cuma,
juga insan dari negeri yg fana’,
Hanyalah tongkat cinta,
Buat menuju Pencipta Cinta,
Pastinya rasa
yang melimpah – limpah itu,
kau akan takungi,
Dengan zauq al – hubb,
Kpd yg mutlak Memiliki segala rasa,
Natijahnya…
Kau pasti berasa jelik dan mual,
Dengan rasa - rasa murah dan basi,
Yang kononnya kau namakan ia,
sebagai ‘cinta’ !
Seandainya….
Kau bisa mendapatkan sezarah cuma cinta Pencipta,
Indahnya pasti melebihi segala dunia dan seisi khazanahnya.
Pastinya lemas dalam cinta itu terasa lazatnya.
Khayalnya bagaikan,
Meminum air dari negeri Syurgawi..
Teman,
Andai kau ingin bercinta…
Bercintalah,
Di bawah lembayung sebuah aqad.
Berpijaklah pada pohon Syariat
Berteduhlah di bawah rimbunan redhaNya.
Moga harumannya,
Akan bisa melewati gerbang – gerbang Syurga.
ramadhan kareem
~ummul barakah~
8 comments:
Salam. Tulisan yang indah. Tahniah sadiqati!!
Ana rasa ana tahu siapa yang sahabat yang sedang dikelilingi bintang kini :).. Moga khair semuanya.. Amin..
Wsalam wbth..
InsyaAllah.. mg semuanya khair. sama sama kita doa ya..
" Allahumma ikhtarli wala taj'alni akhtar " :)amen..
salam..
selamat bhari raya..
kullu amm wanta bikhair..
satu penulisan yang memberi banyak makna dan begitu bermakna...
Wsalam..buat faridmw
Selamat hari raya 'idul fitri
moga kita semua beroleh kemenangan di hari lebaran..
Segala puji hanya bagi Allah.. Tuhan sekelian alam.. :)
salam ya ummul barakah,
salam idul fitri...maaf di atas segala kekasaran..
benar tulisan yang indah...
insyaAllah jumpa lagi...doakan akak
alida
Wsalam.. kak Alida.
Salam 'idul fitri juga untuk akak..kue raye ade lagi ke.. :)
k.Alida tak pernah ade kekasaran apa2... kebaikan akak yang banyak pada kami.. :)
InsyaAllah,kalau ada apa2 majlis yang terdekat,kita jumpa, InsyaAllah.. Doakan saya juga kak.. Doa sebut nama tau... :)
Salam 'alaiki..
buat ukhti ummul barakah, jazakillah atas tulisan yg begitu menusuk hati ana..sedang diri bergelut dgn ujian drpdNya..tatkala hati ini diuji dengan 'cinta murahan' itu, ana rasa bersyukur seusai membaca tulisan enti..teruskan menulis di atas jlnNya..krn masih ramai di luar sna yg memerlukan pembakar smgt dan penghilang rasa gundah dgn membaca tulisan berbaur smgt perjuangan islamiyyah dr enti..mabruk alaik..
-hurun 'ain-
Waalaikumusalam wbth ya ukhti hurul ain, bidadari syurga :)
Alhamdulillah,sama2 kita ingat mengingatkan dan yakinlah Allah tak akan meninggalkan ukhti dan 'kegundahan' ukhti. Pasti DIA mendengar setiap keluhan kerana kita kan hamba NYA..
InsyaAllah,mudah mudahan kita tergolong muslimah yang selalu yaqin dengan janji Allah.. amen.
Post a Comment