UJIAN
Tuesday, March 24, 2009
Rupanya posting kali ni berkongsi rasa dengan posting Al Bazrah, Al Qasam dan cintamuhammad. Kisah tentang seorang sahabat yang sebetulnya kekanda kami yang dikasihi , Syarifah Fatimah bt Syed Abdul Qadir Al Yahya atau pun mesranya Kak Ikin, yang sekarang sedang menghidap penyakit ‘Steven Johnson’.
Musafir ke Kuala Terengganu dengan cintamuhammad – sebuah musafir yg diselubungi hiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana sebaknya kami saat melihatkan keadaan beliau di Hospital Terengganu. Memang siapa pun tak akan dapat menahan kesedihan bila melihat keadaannya. Beliau terlantar di atas katil dengan mata terpejam dan seluruh kulitnya seperti melecur – gejala penyakit ‘steven johnson’. Mata yang memandang sudah cukup merasa perit, apatah lagi yang menanggungnya. Syafahallah…
Musafir ke Kuala Terengganu dengan cintamuhammad – sebuah musafir yg diselubungi hiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana sebaknya kami saat melihatkan keadaan beliau di Hospital Terengganu. Memang siapa pun tak akan dapat menahan kesedihan bila melihat keadaannya. Beliau terlantar di atas katil dengan mata terpejam dan seluruh kulitnya seperti melecur – gejala penyakit ‘steven johnson’. Mata yang memandang sudah cukup merasa perit, apatah lagi yang menanggungnya. Syafahallah…
Beliau adalah seorang kakak yang baik. Kami selalu kemana- mana bersama. Ke kuliyah pengajian, talaqqi, daurah dan lainnya. Beliau adalah seorang yang komited dengan ilmu dan sering bertanya soalan di dalam kuliyah jika ada yang kurang difahami.Beliaulah kakak yang banyak mengajar saya erti, beliau lah guru motivasi dan nasihat , guru bahasa arab saya dan saya banyak berguru dengan pengalamannya. Saya rindu dengan perkongian ilmu bersama beliau, dan kata – katanya yang selalu bersemangat apabila berbicara tentang ketaatan pada Allah, kecintaan pada sunnah rasulullah solallah alaihi wasallam dan para masyaikh.
Kak Ikin,
Beliau adalah seorang yang suka bergurau dan suka menyakat saya dengan gelaran
‘Tuan Puteri’. Sikapnya yang suka berlawak itu membuatkan beliau disenangi oleh ramai orang. Beliau juga mewarisi darah yang mengasihi ummat dan perhatian kepada ummat. Pernah suatu ketika, ketika terserempak dengan remaja – remaja yang kurang beradab di atas jalan raya, lantas didoanya, Hadaakumullah.
Semasa berziarah beliau di Hospital Terengganu, beliau sedar kehadiran kami. Beliau cuba bercakap dengan kami, nampak susah tapi butir kata – katanya jelas. Saya kagum dengan beliau, di dalam keadaan sakit beliau sempat mengungkap rindu pada majlis- majlis maulid yang tidak sempat dihadiri, rindu dengan burdah (puji – pujian pada Rasulullah) Terdengar di telinga saya nama Sumayyah dan Bilal di bibir beliau. Katanya lagi nak jadi macam Bilal yang sebut Ahad, Ahad, Ahad. Sempat juga beliau berkata “Ashaddu hubban lillah.. kak rasa Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengasih..” dengan mata terpejam. Allahu Allah…
Penyakit ‘ steven johnson’ khabarnya penyakit yang dihidap oleh seorang dalam seribu. 1:1000. Saya pasti beliau adalah seorang yang terpilih untuk diuji dengan penyakit tersebut. InsyaAllah, beliau istimewa di sisi Allah dan Rasul. Semoga beliau cepat sembuh untuk berkhidmat kepada ummat dengan ilmu yg Allah anugerhkan, moga kesabarannya mendapat ganjaran disisi Allah dan kesakitan yang beliau hadapi adalah wasilah untuk Allah mengangkat darjatnya disisi Allah bersama kekasih – kekasih Nya. Ameen.
Hajatkan doa dari kalian untuk sama – sama mendoakan beliau.
Syafahallah Syifaan La Yugoodiru Saqoma. Ameen…
1 comments:
masyaALLAh. sunggoh ALLAH lebih sayang kak ikin sbb 2 dier di uji..
kiter doa dier tabah dan diringankan sakit terus sembuh.. insyaALLAH
terasa diri ni jauh dari ALLAH..kalu melihat sahabat kiter terlantar sakit..kerana kiter x sehebat die yg dipilih ALLAH untuk ganjaran yg juga hebat
Post a Comment