Diantara TOBIB dan ROFIQ
Saturday, April 18, 2009
3,4 hari sebelum tibanya hari peperiksaan, permintaan dan sms silih berganti masuk ke kotak telefon saya. – permintaan untuk berbekam dari kalangan muslimat. Oleh kerana kemampuan yang terbatas tambahan pula debaran dan kekangan dalam menghadapi final exam membuatkan saya sekadar memenuhi permintaan setakat yang termampu. Usai exam paper terakhir juga, ada lagi sms dan panggilan yang masuk, minta dibekam. Pelik juga bila difikir dari mana ‘teman-teman baru’ ni mengambil nombor telefon saya. Tak pernah pula saya mengiklankan khidmat bekam di mana-mana. Ada yang mengadu susah untuk mencari pembekam dari kalangan muslimat. Ye ke?
Memang tak dinafikan, bekam mampu memberikan ‘side income’ kepada pembekam tapi perlu sentiasa diingat, niat dan adab untuk membekam dan semasa membekam adalah lebih utama. Tidak salah menerima upah dan memberikan upah kerana Rasulullah solallah alaihi wasallam sendiri pernah memberikan upah kepada orang yg membekam beliau.
Kepada para pembekam atau pun mereka yang berminat untuk menjadi pembekam di luar sana, tanamkan dalam hati bahawa bekam merupakan salah satu dari sunnah Nabi kita solallah alaihi wasallam dan dengan menjadi pembekam mudah – mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang menggalakkan orang lain untuk mengamalkan sunnah baginda. Bukankah kata hadith barang siapa yang menunjukkan manusia kepada jalan kebaikan maka pahalanya seperti orang yang melakukannya.

Menjadi pembekam, disitu ada jalan untuk membantu kesembuhan dan kesihatan saudara seIslam, ruang untuk berdakwah dan sedikit sebanyak menambah ekonomi– InsyaAllah. Peluang untuk mendampingi orang lain sangat besar dalam perubatan ini. Kita dapat berkenal – kenalan di samping mendengar keluh kesah mereka. Disitu ada ruang untuk kita sama- sama berkongsi cerita dan ingat mengingati bahawa hanya kepada Allah kita bersandar dalam apa jua kondisi. Susah mahupun senang, sakit mahupun sihat, InsyaAllah.
Bilamana orang mempercayai kita untuk menjadi pembekam, di situ kita dapat lihat bagaimana dia bersedia untuk ‘mendengar’ dan ‘mengikut’ apa yang kita cuba sampaikan. Ada situasi bilamana saya cuba katakan “ InsyaAllah, sambil berbekam kita sama-sama istighfar dan selawat…” dan automatically akan terdengar dari mulut nya “ Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad ”. Sabda Rasulullah solalallah alaihi wasallam – sampaikan dariku walaupun satu ayat. Mudah – mudahan kita dapat menyampaikan apa yang termampu menurut cara kita tersendiri. :)
Dikongsikan diantara adab – adab yang perlu diambil cakna oleh para pembekam semasa membekam :
1.Niat bekam kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah solallah alahi wasallam
2.Mohon pada Allah agar ikhlas membantu atas dasar persaudaraan sesama Islam
3.Wudhuk ( Afdol pembekam dan org yg ingin berbekam solat sunat 2 rakaat sebelumnya)
4.Pesan pada orang yg ingin dibekam :
- Niat ikut sunnah
- Dgn amalan sunnah yg kita lakukan mudah – mudahan sihat dan sembuh
- Penyakit datang dari Allah dan Allah yg menyembuhkan
- Banyakkan selawat dan tawakal
5.Baca doa dan pendinding
- taawuz dan basmalah
- Syahadah
- Ayat kursi
- Baca ayat – ayat syifa’ dan bacaan – bacaan lainnya.
6.Beberapa perkara lain sebagai added value semasa proses bekam :-
- Cucuk jarum lancet lawan arah jam ( mengikut putaran orang tawaf)
- Cucuk dalam bilangan ganjil / witir.
Antara Tobib dan Rofiq
Ada teman sebilik yang mengusik dengan gelaran Tobibah. Tobibahkah diriku ? Nabi ada jawapannya. Nabi kita pernah bersabda tentang orang yang menyebut “ Aku seorang tobib” dengan kata beliau - Allah lah Tobib. Adapun engkau adalah Rofiq ( orang yang bersimpati) Tobibnya adalah orang yang menciptakannya. ( Riwayat Imam Ahmad dan At Thabrani. Hadis soheh)
Pengasihnya Nabi pada ummat, sehingga kepada urusan kesihatan ummat, Nabi memperhatikan kita. Lestarikan pengubatan wahyu, agar kita adalah ummat yang Rasulullah banggakan, umat yang qowiy, fizikal dan spiritual.
Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'in.
- credit to HPA-
-al haqeerah-
1 comments:
Salam...
enti jadi pembekam ke di UIAM? hmm.. boleh cerita mengenai pengalaman enti? Ana dari UNITEN, tahu serba sedikit mengenai bekam (belajar dr ummi) ;-) tp belum di buka hati nak bekam kawan2 lg..
YM ana : mohdalliph@yahoo.com
Post a Comment