SEKEPING NOTA BUAT HATI.

Thursday, May 1, 2008


Wahai diri...

Sesungguhnya,
Yang mengetahui tentang diri kita dan kemaslahatannya hanya Allah.
Sememangnya, kita tidak pernah tahu apapun yang maslahat dan terbaik untuk diri kita.
Bahkan apa yang kita anggap baik,
Terkadang malah buruk untuk diri kita
Dan apa yang kita anggap buruk dan jelek
Bisa jadi itulah yang terbaik


Wahai hati...
Banyak manusia menzalimi diri sendiri di atas nama keinginan dan kehendaknya
Padahal itu sebenarnya dari nafsunya
Banyak dari mereka yang baru menyedari hakikat ini di akhir hidupnya
Maka,
Apa yang telah Allah berikan kepada kita.
Itulah yang terbaik
Redha, Syukur dan Husnu Zon kepadaNya…

Mungkin juga nafsu kita menginginkan yang lain yang ‘dia’ anggap baik
Tapi Hanya Allah yang tahu hakikatnya

Ketahuilah wahai hati,
Allah takkan berbuat zalim sedikitpun pada hamba Nya
Terkadang manusia menganggap bahawa Allah menimpakan musibah dan menyusahkannya,
Padahal kerana itu tidak sesuai dengan nafsunya !

Jika kita terima apa saja dari Allah
Kita akan dibukakan faham oleh Allah bahawa memang itulah yang sesuai untuk diri kita
Jadilah dirimu sendiri dan jangan menginginkan menjadi orang lain serta beradablah kepada Allah pada kondisi itu
Maka kita akan bahagia dengan apa pun, bilapun, dimana pun dan bersama siapa pun
Kerana Allah Esa,
Tunggal.

Lalu apa yang kita usahakan dan lakukan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan
Anggaplah itu sebagai ibadah
Dan bukannya tengah menentukan keinginan diri kita
Sebab di dunia bahkan di akhirat
KEINGINAN ALLAH sajalah yang berjalan.
Itulah ibadah.

Allah…..
Allah…..
Allah…..


Jika tidak

Nafsu…..
Nafsu…..
Dan nafsu…..
Dan itu dari setan.





- Buat hati-hati dan hati sendiri -
- Jazakumullah ya Syeikhuna, Syeikh Rohimuddin An Nawawi Al banteni.

2 comments:

Anonymous May 5, 2008 at 9:38 PM  

buat ummu barakah

ana pernah mnghadiri kuliah sy.rohimudin..
ana mnjadi bingung serta keliru apabila syeikh menyatakan dia menyanggupi untuk menterjemah serta mengedarkan kitab2 syiah..
bukan ke syiah itu bkn drp ahlussunnah..
minta pendapat
terima kasih

kyrulle85@hotmail.com

Al haqeerah May 8, 2008 at 12:34 AM  

Salam,
Saudara kyrulle85 yang dimuliakan,

Berikut InsyaAllah merupakan respon atas pertanyaan saudara yang mana ana nukil dari kalam Syeikhuna Rohimuddin An nawawi.

Menurut beliau, syiah itu ada yang berfirqah – firqah. Secara umumnya mereka banyak melakukan khurafat dan bid’ah serta pegangan aqidah yang melencong termasuk mut’ah, haji di qom,memiliki quran sendiri, mengingkari sahabat- sahabat agung dan lainnya,akan tetapi ada sekelompok mereka yang I’tidal , bahkan menjadi musuh syiah yang khurafat dan melampau itu.

Kelompok ini banyak menulis buku tentang mengungkap kerosakan dan kepincangan aqidah dan akhlaq orang syiah sendiri dan menolak seluruh keyakinan sesat mereka.(walaupun mereka tetap tidak mahu membuang nama syiah) Para penulis itu sebahagiannya ada yang disembelih dan dimusnahkan oleh syiah yang berkuasa di Iran itu, Khomeni dan lainnya.

Dan kebelakangan ini, dari kelompok yang mu’tadil ini,mereka menulis buku tentang seruan untuk bersatu dan mengajak kepada kesatuan dari kacamata politik. Ertinya menyeru untuk mendirikan Daulah Islam dengan mengikut acuan di zaman khulafaurrasyidin.( Buku inilah yang Syeikhuna akan terjemahkan )

Sikap kita jelas, kepada siapa pun hatta orang kafir sekalipun. Mereka yang suka dengan keadilan, kebenaran, Maka kita akan bekerja sama untuk itu. Adapun hal hal yang berbeza yang menyalahi aqidah kita, maka kita akan tetap berbeza disitu.

Sekarang adalah masa untuk melihat kepada kesamaan kerana jika tidak, kita tidak akan bersatu selama – lamanya dan itu merupakan suatu kerugian yang besar namun, pendirian kita adalah jelas.

Kerjasama ini ( menterjemah buku kelompok Mu’tadil ) tidak bererti kita akan mengamalkan apa yang mereka amalkan. Sama sekali tidak, kecuali jika kita juga punya dalil yang jelas. Kerjasama ini adalah :

1. Dalam membanteras bidaah, khurafat dan kesesatan mereka.
2. Secara politik, dalam membangun daulah Islam dengan acuan Sistem khulafaurrasyidin kerana syiah muncul pun disebabkan faktor politik
3. Kita ingin membuktikan bahawa akhlaq ahlusunnah lebih baik daripada mereka dengan menunjukkan sikap menghormati.

Dan jika mereka menyedari kesesatan mereka dan ada keinginan untuk kembali kepada kesatuan seperti masa silam, maka kita akan menyambutnya.

Wallahu’alam.


Semoga Allah sudi memberikan Taufiq dan HidayahNya kepada ana yang jahil dan kepada kita semua serta memberikan kefahaman kepada kita sesuai dengan kefahaman yang Dia inginkan.

Syeikh Rohimuddin akan datang ke Malaysia pada bulan 6 ini InsyaAllah dan saudara Kyrulle boleh berjumpa dan berdiskusi dengan syeikh sendiri, dialu – alukan. Ana akan cuba tolong, Biiznillah.

Saya boleh dihubungi di ummul_barakah85@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP