Aduhai ' Si Belangkas'
Sunday, June 10, 2007
Aduhai Si Belangkas : FITRAH bisa jadi F.I.T.N.AH ?
Dengan asma’ Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, yang mana cukuplah DIA sebagai Sang Kekasih… Selawat dan salam moga senantiasa tercurahkan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad (saw), penawar bagi hati – hati yang kusut, penyembuh segala penyakit , pembuka bagi sesuatu yang terkunci dan petunjuk ke jalan yang lurus.
Sepulangnya dari kelas, mata diuji dengan berpasang - pasang ‘belangkas’,ada yang berdua- duaan di cafeteria, ada yang sedang menelaah bersama ,tak kurang juga yang bersembang berduaan sambil berbalas pandangan.Pemandangan yang sudah begitu memasyarakat di bumi kampus. Apatah lagi pemandangan sebegitu seakan menjadi perkara biasa dimana – mana. Takut juga sebenarnya hati menjadi ‘ imune’ dengan maksiat dan paling parah andai hati tak berupaya walau untuk mencegah atau membenci maksiat yang terpampang di depan mata. Teringat situasi bilamana saya dan sahabat pernah ditanya oleh seorang ustaz dari Aceh usai kelasnya dan pertanyaannya hanya mampu saya balas dengan senyuman singkat – tanpa bicara. Katanya lebih kurang, Sana- sini cerita cinta. ada apa dengan cinta ? Menyorot saban hari mitos cinta Laila Majnun seakan membarah di hati dan minda muda – mudi. Kerana cinta, ada yang hilang ibu –bapa dan keluarga. Dek menurut gelora cinta, ada yang hilang dara, kerana gejolak cinta buta juga, ada yang menjadi gila ! Ah, sekotor itukah cinta muda – mudi? Dari mana punca datangnya cinta,siapakah cinta itu,dan apakah sebenarnya cinta ? Ada asal usulkah…?
Apakah definisi cinta itu hanya layak ditafsir menurut filem – filem Hindustan dan cerekarama yang sering memaparkan manusia – manusia alpa yang sedang bercengkerama ? Merekalah yang menjadi ‘role model’ kepada anak-anak muda untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh syara’ ! Anak muda hari ini bagaikan hilang pedoman lantaran dikuasai bi’ah (suasana) yang sering mempromosikan cinta yang bersifat duniawi dan fana’. Penulis yang dhaif ingin menyeru kepada ‘ belangkas – belangkas ’ yang sedang hangat bercinta, agar pilihlah apa yang halal disisi Allah, Bukankah Allah telah menyediakan jalan yang halal untukmu dan si dia ? Kenapa tidak nikah saja ? Mungkin ada yang berkata “ Ingat nikah tu senang ke ?! ” Bukan persoalan senang atau susah, kata orang – orang tua, andai takut dilanda ombak, usah berumah di tepi pantai, andai takut terjatuh ke lubang najis, jangan sesekali mendekat. Bimbang- bimbang tergelincir. Begitu juga andai takut terjerumus ke lembah zina, jangan sesekali memulakan muqadimahnya dan bercinta itu merupakan satu muqadimah zina. Allah ada menyebut di dalam firmannya…

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32).
Inginku menasihati diriku yang sering lupa dan juga buat pemuda – pemudi, Dalam urusan jodoh, bertindaklah seperti yang dianjurkan syara’ yakni dengan istikharah dan musyawaroh ( berbincang ) dan andai Allah telah memudahkan jalan, teruslah dengan berkhitbah ( bertunang ) dan beriltizam dan setia dengan ikatan janji syara’ yang telah terbina. Ingatlah dan yakin ,bahawa jodoh itu bukanlah terletak pada kekasih, ibu – bapa, teman – teman, match maker ataupun murobbi, tapi kekuasaan mutlak itu hanya milik ALLAH dan ianya telah termaktub di Loh Mahfuz. Manusia hanya mampu berusaha dan tiadalah daya upaya keatas sesuatu perkara melainkan dengannya diiringi qudrat dan Iradat Allah. Ingatlah, jangan sesekali meletakkan pergantungan dan hajat pada manusia kerana bukankah manusia itu makhluk – tiada kekuatan walau sebesar debu, lemah, miskin, dhaif, faqir – kosong !
Disini,izinkanku untuk berkongsi walau mungkin orang yang membaca lebih beramal dari diri penulis sendiri. Allah berbicara dengan kita :
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur: 32).
Subhanallah, Allah telah pun memberi jaminan. Janji siapa lagi yang paling benar ? Perlu diingat, rezeki takkan datang bergolek jika tidak disusuli dengan usaha yang gigih.
Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi. “Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.Nabi Muhammad junjungan kita juga telah memberi gambaran dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a. “Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).
Jadi,wahai pemuda dan pemudi, carilah kekayaan melalui perkahwinan Musnahkanlah berhala material yang membeban fikiran. Marilah sama – sama kita membuang persepsi- “ kalau nak khawin mestilah gah, bermewah, bermegah, barulah vogue..” Penulis yang faqir ingin menyeru muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta dan wajib baginya menikah agar menyegerakan pernikahan dan ia dapat menutup perangkap setan yang sentiasa ingin menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan maksiat. Awas, setan tiada istilah jemu !
Ada yang bercakap “ Sape kata kami takde ikatan, kami bercintalah…” Takutlah andai nantinya Allah tarik kemanisan perkahwinan dan alam berumahtangga kerana nikmat yang telah direngguk sebelum berkahwin. Rugi kan.. kerana bukankah berkahwin dan alam berumahtangga itu adalah bahtera sunnah yang mana hubungan lelaki - perempuan yang sebelumnya haram menjadi halal dan berpahala. Bercinta, bukankah masing - masing sebenarnya sedang berpura – pura, tipu – menipu pada apa yang benar, berlakon, dan tak mencerminkan hakikat ?
Dan bagi mereka yang belum berhajat untuk segera menikah dan belum berpunya, ucaplah “ Alhamdulillah…” kerana disitu sebenarnya ada ketenangan dan ruang untuk kita terus melangkah menggapai cita – cita. Allah pasti akan menguji sedikit masa lagi dan janganlah kalah dengan cinta manusiawi. Pasti, andai sudah jodoh takkan kemana, walau pertemuan tak pernah terlukis di kanvas dunia, nun di syurga sana.

Hati- hati membawa hati, juga lirikanmu kerana Nabi kita pernah bersabda, Pandangan mata itu (laksana) anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis ( HR Ahmad )
Ibnu Abbas juga pernah berkata “ Kedudukan setan dalam diri orang lelaki ada di tiga tempat : dalam pandangannya,hatinya dan ingatannya.Kedudukan setan dalam diri wanita juga ada tiga : dalam lirikan matanya, hatinya dan kelemahannya. Pujuklah hati untuk ghaddul basar (tunduk pandangan) kerana menahan pandangan bisa mendatangkan kekuatan firasat dan firasat itu termasuk cahaya dari buah cahaya, membuka pintu ilmu kepada hati yang bersinar terang, membebaskan hati dari tawanan syahwat dan hikmah lainnya yang banyak dari Allah swt.
Dan bagi syabab yang belum mampu menikah, hayatilah Hadith ini :
“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhori). Sama – sama mengingatkan diri andai takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.
Dan bagi kaum hawa, sama – sama kita menghayati dan pohonlah kekuatan dari Allah untuk beramal dengan sepotong Hadith :
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).
Dan akhirnya, saya memohon ampun dari Allah diatas segala kelemahan, kelemahan,kelemahan dan kesilapan. Marilah sama- sama kita memuliakan apa yang dimuliakan Allah. Alangkah sucinya fitrah kurniaan Ilahi untuk yang bergelar hamba. DIAlah Pencipta dan Pemilik rasa cinta dan orang- orang beriman itu, hanya berkasih keranaNYA – semata! Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk mengejar apa yang ada disisiNYA dan semoga Allah memelihara kita semua dari terjerumus ke sumur cinta buta dan moga – moga Allah menyelamatkan kita semua dari fitnah dunia akhir zaman. renungilah bait - bait indah dari UNIC ( Boleh juga kalau nak bernasyid )
Assalamualaikum wbt.

Rela aku pendamkan,
Impian yang tersimpan,
Enggan ku keasyikan,
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta,
Pada Dia yang lebih sempurna.
Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,
Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya haikikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, CintaNya
“ Sungguh beruntung orang yang menyucikan ( jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya “ ( Asy – Syams )
Ilahi, anta maqsudi wa ridhaka matlubi. A’thini mahabbataka wa ma’rifataka.

*** CINTA ALLAH TAK PERNAH MENGECEWAKAN...***
0 comments:
Post a Comment