Qardawi : Dimanakah Ummah ?

Sunday, June 10, 2007


QARDAWI : Dimanakah ummah ?

Ketua Institut Al Quds antarabangsa, Dr Yusuf Al Qardhawi menyatakan kekecewaannya terhadap keadaan bangsa Arab dan kaum muslimin masa kini walaupun jumlah mereka banyak, namun dari segi kekuatan sangat lemah dan mudah dihina.Qardawi mengkritik tajam sikap diam bangsa Arab terhadap apa yang terjadi di Palestin. Pernyataan ini disampaikan Al Qardawi di Algeria, dalam sambutan pada Persidangan Institut Al Quds ke 5 . Beliau mengatakan masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan sementara kita tidak ada kerja. Meeka terorganisasi. Sementara kita bercerai berai.Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.50 tahun sebelumnya, mereka merancang untuk mendirkan negara Zionis.

Ternyata rancangan mereka berhasil, mereka telah berjaya mendirikan negara Zionis dengan bantuan perjanjian yang ditandatangani Jeneral British, Balfour dengan menyerahkan negara Palestin kepada Yahudi Inggeris. Zionis yang hanya ‘ beberapa kerat’ itu telah mampu merampas Al Quds dari tangan kita, padahal jumlah kita sepertiga penduduk bumi. 1.5 bilion dari lebih kurang 5 billion dari lebih kurang 5 bllion per –penduduk bumi. Institut Al Quds adalah satu badan yang memfokuskan kegiatannya dalam membantu rakyat Palestin, berupa “ jihad Madani “. Qardawi mengingatkan tenang perancangan Israel membersihkan Al Quds dari Penduduk muslim. Maka bentuk jihad yang boleh kita lakukan kini adalah dengan membina masjid, hospital dan pelbagai infrastruktur yang boleh mengukuhkan Al Quds sehingga kaum muslimin boleh menghadapi penjajah Zionis Israel disana. Dijelaskan pula, bahawa Imam Ibnul Qayyim Al Jauzi juga pernak menyebutkan 13 jenis jihad. Dan Kini, Qardhawi mengatakan ingin menambahkan istlah jihad lain yang ke 14, iaitu Jihad madani.

Menurut Qardawi yang juga Pemimpin pertubuhan ulama Antarabangsa, terdapat 60 program yang dibawa oleh yayasan Al Quds untuk segera dilaksanakan. Beliau juga meminta pemerintah Arab dan Islam serta pelbagai organisasi sosial masyarakat untuk turut memberi sumbangsih dalam penerapan program tersebut.


KONSPIRASI ZIONIS….


- Menawan seluruh Palestin dan kawasan – kawasan sekelilingnya bagi

membentuk Israel Raya.
- Berusaha untuk memisahkan umat Islam daripada A Quran dan sunnah.
- Memecahbelahkan Umat Islam seluruh dunia
- Melalaikan umat Islam dengan hiburan dan keseronokan melampau
- Memasukkan makanan dan minuman haram ke dalam diri setiap umat Islam
- Memastikan negara – negara Umat Islam tidak melaksanakan SyariatNya.

“ tidak akan redha ke atas kamu ( umat Islam ) orang orang Yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut cara mereka “ ( Surah Al Baqarah)




1 comments:

moonie February 2, 2009 at 7:56 PM  

Allahuakbar...semua ini kebenaran pahit yg harus ditelan..inilah sikap ummah di zaman ini yg semakin goyang dan lemah dek kerana iman yg terlampau rapuh...

tersedar aku dari lamunan...

Related Posts with Thumbnails

Keep in ukhuwwah

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP